Yummy Cupcake -->

Monday, January 2, 2012

Cerita Setelah 6 Bulan..

Tarikh: 2/1/2012
Tempat: My own world
Mood: .......

Salam,

Before start reading smile... Tanpa sedar dah 6 bulan aq bekerja.. so dalam resume 6 bulan tu kira experience la gak kan.. Menjawat jawatan "Junior Management Executive" yang gah pada nama tapi tidak pada salary  wakakak... Nak buat macam mana dalam appointment letter dapat post camni.. padahal dulu aq minta kerja jadi clerk ja kot.. so gaji yang aq dapat setaraf clerk jek tapi dapat post "Junior Management Executive" after 3month keja...

Scope kerja aq? Macam aq buat dari serendah2 clerk kepada kerja2 executive..makanya sebab tu title aq ada exec kat belakang tu..Yelah kadang2 deal dengan orang2 tertentu.. mereka tak kan layan kita la kalau kita ni clerk jek.. Kena ada title exec.. Baru orang nak bercakap kan.. Syukur Alhamdulillah dapat kerja dari 1sen pun aq tak dapat every month.. Dapat pengalaman2 yang bisa membuka minda aq yang selama ni agak childish.. Dapat tahu banyak pasal dunia perniagaan.. permainan2 perniagaan.. Pengalaman baru2 ni..nak buat loan.. so i thought yang akan mai just finance consultant je la kan alah yang muda2.. Tiba2 yang mai agak tua dan siap bagi kad tertera "Branch Manager".. what?? ketaq kot cakap dengan orang2 atasan ini.. Nasib baik Shaz ada.. So aq tak face semua ni sorang2.. Pengalaman yang dapat untuk kerja ni memang banyak sangat2.. alhamdulillah aq belajar banyak.. yela budak Diploma Programming kena handle accounting lepas tu tak ada orang nak check betul ke tak.. So dalam resume dah boleh letaq "knowledge in UBS Accounting".. Dulu Ex-Admin and Finance Manager cakap 1 advantages tu belajar benda ni..

Then.. yang syukurnya.. company melayu so soal nak sembahyang tu bukan 1 prob.. kira dapat buat kewajipan jugak la.. pekerjaan itu satu ibadah jugak.. Kerja ni aq kena deal dengan bank.. Kadang2 kena speaking.. kadang2 tu tak payah pun tak apa.. So aq nak improve aq try la speaking.. tapi besa lah lidah terkelu.. cakap gagap2.. ayat berterabuq.. sampai orang tu tukaq cakap malay dengan aq.. hehe embrassing kan.. feel down pun ada jugak.. kecian kat aq.. nak ambik kelas english.. mahal bebenor lak.. bila nak terer cakap english ni... sorry to say walaupun bukan semua kadang2 manusia ni akan respect orang yang cakap english ni lebih.. maka orang2 yang tak reti sangat speaking ni akan dipandang rendah, tak dilayan sangat.. lebih kurang cam tu la..

Sekarang hanya 6 bulan lagi iaitu bulan June 2012 ni cukup setahun.. dah ada experience setahun satu advantage lagi tu untuk minta kerja lain.. Bukan tak bersyukur dengan kerja yang ada cuma aq ni lulusan Diploma.. bukan nak demanding tapi tak kan selamanya nak kerja dengan gaji taraf SPM tapi job title jek tinggi.. Then aq nak kena kumpul duit untuk tolong sara family, further study lagi nak bayar duit PTPTN lagi.. Gaji RM1500 pun dah alhamdulillah kalau dapat.. So kerja semua dah minta... Hope sangat dapat kerja GOV banyak benefit.. Gaji pun ontime tak ada la macam sekarang gaji bagi guna cheque.. bagi lak time bank dah tutup.. lagi parah kalau time public holiday.. So aq harap tahun ni dapat la kerja yang sebaiknya2 Allah bagi dekat aq..Tapi boleh ka aq bersabar untuk 6 bulan lagi.. kadang2 tu sehari pun rasa tak tahan.. Ya Allah bagi la aq kekuatan untuk hadapi semua ni..

p/s: semoga dapat kerja yang terbaik..amin..

No comments: