Yummy Cupcake -->

Monday, August 29, 2016

My Engagement : Hantaran



My Bestie Cik Nad offer untuk bawa beli barang2 hantaran…sangat excited kan.. Cik Nad selalu tanya ada apa2 nak minta tolong dia ke..aku sampai segan nak minta tolong apa.. jadi minta tolong ke Atuz..So aku bawak Mak sekali beli dekat AtuZ.. siap buat VIP konon nak dapat special harga.. then orang tu cakap dah boleh guna dah.. tapi bila aku dah angkut cam2 tengok2 harga sama ja.. T_T..tak pa lah.. Hantaran aku nak DIY sebab excited nak buat aku kan suka benda2 craft camni.. aku google jek tengok2 hantaran org n ambik inspirasi.. lepas dah beli bilik penuh pulak dengan barang2… T_T

Aku berkenan dengan hantaran moden yang kurang bunga.. sebab aku semak kepala tengok bunga banyak2 kat hantaran.. So aku berkenan yang ni..

Blogger tu cakap renyah buat kalau foam bulat so aku terus decide nak buat petak hehe.. sebab kan theme aku baby blue + silver so aku pun beli ikut thema tu Cuma bunga ja kaler lain laa tak dak la nanti nampak sekata ja.. bunga Hangea (camni la kot eja) peach dan purple jadi pilihan…

aku tengok contoh ni la...cantik kan..simple and cute


1. Apple Choc.. ni aku order dekat Choco Express 9 bijik RM35 jek siap delivery

2. Chocolate.. ni pakai susun jek..
Kain biru tu beli kat Atuz balik balut square form tu then bubuh reben polka dot kat tepi dan reben shining2 tu kat tengah so that tak la nampak plain sangat tengah2 tu..
3. Princess Jelly.. sebab bawah tu jelly jek.. Patung tu beli kat kedai kek jek

4. Harta Karun hehe...
 cawan kecik tu aku balas jek dari almari hiasan mak aku haha.. mungkin dari pergi kenduri2 rumah orang kot..pastu campak2 jek coklat haha
5. Marble cake..
 Ni kira dah tak dak idea...beli jek kek kat mydin pastu campaq2 bunga...

6. Finger basket choc...

7. Chumi + Jeruk Basket
 Jiran bagi jeruk.. tak tahu nak letak mana sebab bekas dah tak dak.. so letak ja la sekali yang ni mak yang buat bagi bentuk cam sejambak tu

8. Apom polka dot yang wajib ada
 Time buat saja2 atau untuk orang lawa kemain..untuk diri sendiri jadi tak elok.. dunia memang tak adil haha tiba2..

9. Baju.. baju beli time POLO sale raya hahahaha

yang ke 10 adalah sirih junjung tak pulak aku snap sirih tu huhu sirih tu wat malam tunang tu... Mak buat.. pastu ingat kan sat ka tengok sat2 terkuaq la.. jatuh la sampai naik lunyai sirih... nasihat aku nak senang hampa upah ja la kat orang... tak pun buat jek tapak sirih...settle... serious sampai bebai la bua sirih tu..

Aku cam paranoid sikit sebab tu aku saja buat lebih siap2 hantaran ni.. mulanya nak 5 balas 7.. pastu Future MIL cakap dia tak boleh janji takut adik beradik nanti bagi.. so memang da 7 hantaran dari pihak lelaki... nasib baik buat siap2 9 hantaran.. then jiran bagi lagi 1 chumi dan Pakcik aku bagi buah so berbalas 7 dan 12 tak pa yang penting perempuan lebih ye dak..

 Tag name tu ikut idea blogger tu.. aku design guna microsoft word pastu print then beli  pape tebal & keras.. fuhhhh berselerak bilik aku dengan barang2 nak buat hantaran jek.. jadi dalam tengah buat hantaran tu aku berikrar time kahwin nanti aku nak beli atau sewa ja hahaha tak mau dah DIY tidak,,tidak...tak mahu...! penat tau tak Jah walaupun seronok...


My 26th Double Surprise Birthday

Assalamualaikum....

Lately ni akan penuh la entry pasal tunang aku sebab aku baru ada mood nak buat entry haha.. and ada lagi entry sebab gambar tak dapat lagi hahaha

Ok 16th July 2016... it's my birthday!! 26 tahun dah aku kan... Alhamdulillah...actually kan aku nak wat tunang aku date ni la.. sebab boleh buat birthday sekali ye dak.. tapi bincang2 so tunang diawal kan ke raya ke4 sebab semua orang available time tu.. maka boleh la aku celebrate birthday ke 26 ni sebagai tunangan orang aiseh gedik bah!

Sebagai seorang yang amat menyayangi diri dan mempunyai banyak cuti.. aku ambik cuti pada Jumaat dan Isnin bersempena birthday aku yang  jatuh pada hari Sabtu... semangat dak Mak Jemah! Mr.Fiancee berkali2 cakap minta maaf birthday aku dia tak dapat bagi apa2... aku pun cakap tak apa lah sebab aku bukan budak2 kan nak kena da hadiah atau celebration  lagipun time tunang kan dah dapat cincin, perfume dan kek... Tamak pulak kalau nak hadiah lagi ye dak!.. berkali2 dia minta maaf cakap tak prepare apa tak beli apa untuk birthday... dah kenapa Mr.Fiance aku ok ja dia yang emo hahaha

Sehari sebelum surprise tu pada masa yang sama Ina my bestie whassup tanya suka kaler apa pastu dalam dok reply then Mr.Fiance kol tanya suka kaler apa... dah jadi tunang pun tak tahu suka warna apa ka! hahahha aku menjadi super pelik.. haaa lagi sikit nak kantoi kan... aku cakap suka kaler putih hitam kuning dan orange..

Jadi macam biasa ahad tu aku pun pakai biasa2 sebab nak keluar then sekali pergi open house umah Nana...aku main bedal jek pakai baju,,, haishh kalau aku tahu boleh pakai comey2 kan...then ahad tu Mr.Fiance datang awal then cakap konon nak jumpa kawan kat The Roots sat.. aku pun ok ja la.. sampai sana kat pintu dari luar aku nampak macam Ina.. aku baru nak kata kat Mr.Fiance "tu bukan Ina ka.." tu aku ternampak blackboard kecik tulis happy birthday zuzu... alahai so sweet...


My 26th Birthday....

Thanks love....

nasib kedai orang tak berapa ada tak segan la nak snap2

i love this shot...

Mr.Fiance suruh tunjuk choc bouquet..last3 suruh dia pegang


Thank Ina....

cantik deco ni nak bawak balik tak boleh...hahaha


orange..black..yellow..white  memang ikut color favourite ni

nasib aku berat kalau tak hot ballon jadinya

Aku tak reti terima surprise2 ni so aku kenyih ja la hahaha.. Ina datang dengan anak dia.. then kami pun order makan.. actually kenyang sebab happy kenyang tengok belon.. aku pun menikmati makan bersama decoration yang cantik cam nak bawak balik tu.. tengah bagui hirup mushroom sup yang cam hangit sikit tu tiba da 1 girl datang pegang 3 belon and chocolate bouquet cakap "Surprise..Happy Birthday!!".. terharu sambil tutup mulut dengan 2 belah tangan sebab,,,sebab kalau terharukan orang selalu buat camtu hahaha at the same time belah kiri plak da orang bawak kek nyanyi2... alahai ni yang nak nangis ni buat sweet2 kat kita... nasib kedai time tu da 2 guest jek kalau ramai iolsss malu hehe..

 Actually kan sebelum orang yang bawak chocolate bouquet tu mai Mr.Fiance tiba2 jawab kol then terus pergi.. selalunya dia akan cam " sat naa adik kol.." ni tiba2 ja keluar kedai.. baru nak bebai tu tanya dia cakap adik kol konon rupanya gitau jalan kat orang yang deliver tu.. then aku da la nampak orang turun keta dengan belon2 aku ignore ja la sebab tempat tu memang orang buat surprise2.. Ina dan Mr.Fiance cakap jenuh dok takut aku terkaleh nanti tak surprise la...

time habis kami boleh bawak balik belon helium tu.. so sebab kan banyak sangat belon bagi la 5 bijik kat Ina n anak pastu letak dalam kereta bawak pergi balik pulau sebab open house Nana.. seksa gak la bwak belon tu.. pastu bagi kat Nana dalam 3 ke 4 bijik belon..


kasi 5 belon dia balik jadi 3 ja kata Ina

dengan Rabiatul Adawiyah

friend since 2002 ni

Terima kasih Encik Tunang
 

My Engagement : Pelamin, Busana, Kasut, Flowerhand, Makeup & Henna



1. Pelamin
 
Berkenan camni

Mini Pelamin aku

Aku terlajak suka pelamin yang da grass tu.. acah2 macam garden gitu.. jadi aku search tanya harga untuk package tunang… lepas search so Farazain Bridal House ja la yang menepati bajet semasa hehe  ada yang murah tapi murah RM10 jek.. sebab aritu dah memang suka cara Zarith mekap so aku on jek ambik package… Pelamin nak dekat raya dah depa pasang sebab time raya susah dapat lori.. memang tak da plan lukisan untuk pelamin… ko ingat ko artis haha… tapi hasil nya…wow aku suka… sebab aku memang impikan pelamin yang cemgini.. ada grass green pastu kain putih pastu kayu pallete dan bunga yang sikit2 tak serabut.. 


2. Baju
Lepas dah bayar untuk book date sebab takut date tu orang ambik so pergi la testing baju… aku sebenarnya tak dak idea pun nak buat color apa tapi dalam kepala nak kaler macam baby blue.. tiffany blue..turqouise gitu…mula nya nak beli jek tengok kat FB tapi cam mahai sangat sebab baju rm599.. nk buat pulak dah nak kena carik kain bagai… pastu nak upah time2 dekat2 raya emmmm jenuh… so last option adalah sewa jek… aku memang dari hari tu dok usha baju ni kat butik tu time mekap kenduri kawen aritu.. so aku choose nak pakai.. nasib baik try pakai tak ketat.. pastu zarith kecikkan bahagian tangan..
Aku teringin baju camni..tapi kedai tak da plak
So baju tunang aku adalah cam ni… tudung grey tu aku beli shawl kenis tu jek..aku nak carik light grey actually..

Baju yang berkenan kat kedai tu


3.  Kasut

Kasut ni beli time shopping raya.. actually aku berkenan 2 kasut.. 1 tu jenis full cover bling2 grey kiranya match dengan baju.. dan satu lagi peach lace da ribbon.. sebabkan yang ni lebih tinggi so aku pun pilih yang ni… ribbon yang penting tu okey… Beli kat Opera harga lepas diskaun RM134 cmtu..

4. Flowerhand

Aku tengok flowerhand cantik2 kat FB..RM50 yang jenis2 campur manik2 tu.. then pikiaq2 balik cam rugi beli pulak sebab under package dah ada flowerhand… kalau beli pun ok jugak boleh letak as decoration kat bilik lepas tu ye dak.. rasa time nikah ke kahwin nanti nak beli laa hehe..

5. Makeup

Aku dah lama teringin nak pakai white eyeliner tapi kalau aku yang mekap nampak pelik benar pulak.. tengok2 time tunang Zarith mekap guna white eyeliner.. Alahai suka sangat soft touch camni… Cousin2 aku dah warning siap2 jangan mekap cam Opera…hahaha contact lens aku nak yang cam dolly sikit tapi maybe silap beli kot tak berapa berkenan pulak aku rasa...

6. Henna 

Zarith nak bagi Kek 2tingkat tapi aku minta kek 1 tingkat jek pastu nak henna..demand kau Jah!.. so raya ke 3 tu pergi lah kat  Khaleda Zakaria (IG KZ.Hennaartist).. cantik adik ni cam Ayda Jebat gitu.. KZ henna ni la yang buat henna untuk Marsha Milan, Syatilla, & Ika Nabila untuk aku tunjuk design aku nak dia cakap simple nanti tak nampak sayang pulak.. so aku choose dari koleksi dia... Family dia baik2.. Mak aku tanya Mak dia kat sini nak beli sirih kat mana dia cakap depan sana tu pastu suruh anak laki dia pergi beli alahai...