Yummy Cupcake -->

Wednesday, February 23, 2011

Bila rohku sedar..jasadku kaku

Tarikh: 23/2/2011
Tempat: My own world
Mood: i'm so scare

Salam,


Ehemm..sorry atas penggunaan ayat yang aq rasa "a lil' bit scary".. But itu la yang aq rasa... ok pernah tak bila u all sedar dari tidur then mata u all tak boleh bukak..tak boleh nak gerak 1badan u all even nak jerit or cakap pun tak boleh.. aq selalu kena macam ni.. dari dulu lagi sampai sekarang.. So aq nak share la pengalaman2 ngeri macam ni.. Orang cakap "Jin a.k.a Syaitan a.k.a hantu tindih"... euwwww tak maw takot... But rileks dulu... kalau dikira dari sudut sains teori aq mengatakan ini adalah sebab kepenatan yang terlampau.. ok let's say la u all letih sesangat tapi u all terjaga but badan terlampau letih so tak function well la sebab nk rehat..hehe teori aq la ni so sila jangan letak 100% kepercayaan... u all pernah rasa tak macam tu??..mana tahu boleh share story..

Aq ada cerita dengan kawan2 pasal ni.. setengah ada yang rasa tak boleh bangun and nafas tersekat..tapi aq alhamdulillah.. aq rasa aq boleh bernafas lagi..cuma badan ja tak boleh gerak.. aq paling takut tahap gerun la kalau jadi macam ni.. nak jerit minta tolong tak boleh.. kira sedaya upaya la aq memaksa anggota aq untuk bergerak.. mata ni aq paksa bukak gak..kadang2 tak boleh.. aq jenuh la membaca2 doa.. Selalunya kejadian "Bila rohku sedar..jasadku kaku" terjadi kalau aq tidur petang bangun time maghrib ka atau aq bangun lambat time pagi..aq mengaku aq akan tidur lepas solat subuh..maybe ni la akibatnya kan.. So aq paling takut kalau tak cukup tidur kalu badan aq letih nanti end-up macam ni la.. First time jadi macam ni aq gila punya takut aq sampai ingat aq dah mati..emm maybe bila mati rasa macam ni kan.. koma rasanya macam ni la kot kan..

Seriously walau aq rasa benda ni dah jadi hampir or lebih sepuluh kali jadi kat aq.. aq tetap rasa takot.. aq takot tak dapat gerak dah.. aq baca doa tido semua but still jadik macam ni so maybe sebab badan letih sesangat or something wrong dengan saraf aq ni..bila jadi macam ni aq akan struggle bukak mata n gerak jasad aq ni.. then bila dah berjaya cewah macam misi apa lak hehe aq akan terus bangun dan tak tido dah.. kalau aq continue tido kejadian "Bila rohku sedar..jasadku kaku" akan continue gak... menakutkan serius cakap.. so aq amat mementingkan tidur aq supaya cukup dan elak tidur siang.. cuma kadang2 tidur siang alhamdulillah tak jadi..

so nasihat aq sebelum tidur.. baca doa tido.. ayat kerusi..surah 3kul..bismillah 21x dan beristighfar.. elak tidur siang..pastikan tidur cukup...

p/s: nak tido pun takot..

Saturday, February 19, 2011

Chic Make up for Glasses

Tarikh: 18 February 2011
Tempat: Home sweet home
Mood: merapu itu hepi

Salam,

hahaha..macam tak sesuai ja title post ni kan.. yela aq mana la makeup2 ni.. actually time asyik tengok Youtube tengok video Maria Elena(i like her...so funny...i like her english too..salute beb..) okey let's go to main topic.. tak tahu la macam mana aq boleh tengok video make up ni.. tajuk dia Chic makeup for Glasses... hala aq kan pakai spek..saja la nak tengok.. so wow..besnya.. kenal kan Michelle Phan?? kalau yang rajin tengok youtube pasal makeup2 ni maybe kenal la kot.. memang banyak sangat2 tips..



okey, hari ni date dengan my mom..so macam nak try2 la makeup kan.. tapi hampeh..tak comel tul... so time dah balik aq try lagi... tapi tetap tak cantik lor.. tengok ni...

-haha jangan kutuk memang tak jadi pun buat make cat eye tu.. M.P guna maybelline eyestudio tapi aq guna yang silky girl punya ja.. -


so alang2 tak jadi tu kan aq pun merapu la.. besa la kaki merapu conteng muka..haha tengok ni


-nak ikot Amy Lee tapi tak jadik hehe..amaran: jangan make up cam ni tak manis..tak jadik buat menantu nanti haha-

tapi kalau Amy Lee yang make up memang comel.hehe


untuk make up macam patung gothic lolita sila ke siniGothic Lolita Doll also by Michelle Phan..


p/s: tension dengan assigment so merapu2 boleh hilang kan stress..

Tuesday, February 15, 2011

5 Weeks More..

Tarikh: 15/02/11
Tempat: My own world
Mood: owhh nehi..

Salam,

5 weeks more......???!!! 5 weeks more untuk bertunang?? 5 weeks more untuk kahwin?? ohhh nehi..nehi....tidak...tidak hahaha saja buat teruk pada permulaan hehe don't get angry with me.. sebenornya, lagi 5 week nak final.. tu dia punya cepat masa berlalu..haish... masalah2... keja banyak tak settle lagi.. final projek aq "Sistem Library" tak jugak nampak permulaan yang baik. aduh.. tak campur lagi mini project untuk Java, Web dan Network.. serius cepatnya masa berlalu.. lagi 5 minggu ja tapi otak aq masih tak centralized.. macam2 aq fikir.. nak study lagi.. huwaa nak habis dah student life aq.. lepas ni nak kena keja pula sementara nak sambung degree...

So, kerana kemalasan aq..banyak masa telah aq habiskan sia2 ja.. maybe lepas ni nak update blog pun terpaksa dielakkan...tidak...jangan....jangan pisahkan aq dengan blog..ehmm cik violetrose berhentilah buat teruk... oh ya.. aq dah centralized otak aq dengan membuat jadual..yeahh jadual adalah sesuatu cara yang baik untuk golongan yang otak tak centralized macam aq haha hope sangat2 aq follow apa yang aq dah plan... tapi agak impossible la bagi insan seperti aq nak menggunakan masa selama 5jam sehari untuk final project, lab work, assignment, mini project dan study... study untuk final dan juga MUET.. owh ya aq akan ambik MUET april ni.. So kerana tak bijak kena la study dan buat exercise.. huh abang aq gelakkan aq kata dia "MUET pun nak kena study ka..." tahu la dia terer.. but impossible is nothing!! aq akan memperuntukan 5 jam sehari jugak..

1. final project =2 hours
2. lab/assigment/mini project= 2 hours
3. study=1 hours


Apa2 pun aq kena berkorban jugak untuk dapat result yang gempak cewah tinggi angan2.. tak kira tinggi ka apa ka orang nak kata aq nak jugak2 sebab aq nak masuk U and nak dapat biasiswa JPA....so aq tak payah berhutang dengan PTPTN lagi... cukup la RM15k.. RM15K tu boleh buat belanja kenduri kahwin tau tak hahhahah..

p/s: jika aq malas...maka dipersilakan teguq ok...

Kain Felt...Nadya Artwork

Tarikh: 15/02/2011
Tempat: My own world
Mood: suka..suka

Salam,

Dari editing ke cupcakes ke kain felt lak aq.. haish apa la yang aq minat ye.. Actually aq minat semua benda berkaitan art ni.. kain felt ni aq beli dari Nadya Artwork.. Sahabat baik aq dari form2 dulu sampai sekarang.. dah beli lama jugak la kat dia tapi sekarang baru aq try buat.. sebab banyak sangat task2 so tak ada masa nak menjahit huhu keciannya aq...

so percubaan pertama adalah membuat kek... tadaaa..

-aik..jangan kutuk atau gelak2 tak baik hehehe-

percubaan kedua..hp porch..

-tengah membuat..dah siap tapi tak reti nak decorate la-

serius aq memang tak pandai nak menjahit benda ni secomel2nya.. So sila2 la ke Nadya Artwork untuk membeli barang2 craft macam ni... serius pandai gila dia buat.. antara yang aq suka ialah

-haaa kan lagi comel dari aq buat..untuk pembelian boleh la ke blognya..-

ada macam2 lagi.. bear, strawberry, burung hantu, love...haaa who said student yang tak ambil bidang seni tak reti buat benda2 kreatif ni..student engineering pun boleh tau..



p/s: i do love craft things..

Friday, February 11, 2011

Ayun Ayunar my Style Contest,

Tarikh: 11/02/11
Tempat:Depan laptop
Mood: kepingin nak join haha

Salam,

Tetiba ja rasa nak join contest ni walau sodar diri tak gorgeous n xstyle macam contestant lain haha.. Setelah dipujuk oleh BBKiroro beberapa kali baru la sekarang nak join.. Huh dulu jual mahal sangat aq ni hehe sekarang nak masuk lak.. haha Tak apa "always try something new"..

ok takyah la nak cakap banyak wahai violetrose...ayuh mula kan... ok2 for further information tengok dalam blog Ayun Ayunar


Gambar yang aq choose ialah
---jeng---
---jeng---
---jeng---
-stop wat suspen-
-ni dia-



okey mulakan story

head= aq pakai simple just inner syria color hitam then pakai hairband kuning(so nampak cam 2 tone inner la).. then shawl biasa2.. tak lupa reben biru so contra dengan shawl kuning)

makeup= for me just eyeliner(1 kemestian), mascara, BBKrim, compact powder, blusher, lipbalm and lipgloss..err contact lens(mataku rabun daa..)

body: cardigan yang rupa cam jaket je jaket ahh tak tahu la.. actually cardigan ni tak ada button so pakai kerongsang bagi nampak cam style sikit.. disebabkan cardi ni lengan separa ja.. so inner harus dipakai so baju tutup sampai ke pergelangan tangan.. seluar biasa jek
shoes= alaa..xnampak pulak.. shoe yellow to match with inner and shawl..

p/s: alangkah indahnya kalau menang hehe..

Thursday, February 10, 2011

Birthday Party

Tarikh: 06/02/2011
Tempat: U-Garden
Mood: yeah makan2.

Salam,

macam biasa la aq.. benda dah berlalu baru kalut2 nak upload haha.. actually last week ada birthday party celebration sempena birthday 3 anak penakan aq iaitu Nuraniesa syafiqah, Siti Ederyn Balqis dan Siti Ederyn Zulaikha..(tengok nama2 budak2 zaman sekarang panjang yang amat hehe) dan juga sempena birthday Mak Cik aq..

Aq telah mendapat tempahan buat baulu kukus sebanyak 3 loyang.. memang penat la aq malam tu dengan peluh2 but don't worry setitik pun xjatuh dalam baulu hehe..trust me... My Mom lak buat daging kicap dan cokodok... dalam party ni ada game for adult and children.. alaa game for party la.. bebudak main game music chair, tiup belon then bagi pecah dan cari barang.. so funny tengok bebudak ni.. my dearest niece sapa lagi kalau bukan Siti Nuraliya Farahanis menangis lak kalah game hahaha.. then for adult music chair and teka jumlah kacang.. aq masuk 2 game.. then 2 2 la aq kalah haha.. music chair aq orang first keluaq haishh tak aci betul.. then kacang ada 83 aq guest 53 haha.. My Mom menang 2nd place untuk game teka kacang.. My Sis 2nd place music chair menang .. My Father tak main game and My Bro da part time so tak attend party tu..

ok taip banyak2 tak guna.. tengok pic ja la ok... ni ja aq upload tak larat banyak2 haha..


-masing2 sibuk-

- the foods-

- yeah cakes...chocolate cake taste better-

-birthday girl Balqis and "anak" aq Aliya hehe-

-pose perasaan(aq memang tak ada shawl kuning lain selain ini so don't mengata haha)-

- pose buat2 macam sempoi la konon tema kuning utk match kasut kuning-

- My Sis and My Niece Aleeysha-

-the Sisters.. The RedQueen and TheYellow..psss i still obses purple k-


-Aleeysha and Me..see dulu aq tengok dia dari baby lagi sekarang ni sama tinggi dengan aq..haishh pendek tul aq-

-lepas party syok gila tengok bebudak terjun swimming fool..haishh tak boleh mandi lak time tu-

- birhday orang lain tapi aq sibuk ambik gambar aq ja haha.. ha birthday girls.. baju kuning=Aniesa, baby=zulaikha, green= Balqis.. Makcik malu2 lak nak snap pic-

p/s: family program is fun..

Monday, February 7, 2011

JOM MASUK U....

Tarikh: 07/02/2011
Tempat: PISA
Mood: melaram..

Salam,

wokey..entry ni nak post lama dah cuma faktor gambar ja.. tak dapat gambar sepenuhnya so sekarang dah ada so boleh la upload hehe... Aq,BBKiroro, Chocolatestrawberry a.ka. kak sue, Fiza Fizo dan nisha dengan semangatnya pergi... banyak budak sekolah.. terasa over ja melaram haha.. Aq apa lagi tergedik2 nak rasmi kasut baru..huhu nothing to story just nak letak gambar jek hehe.. kredit to Fiza Adnan dan Kak Sue.

banyak sangat gambar ni saja mampu aq upload...


-eeuuww buruknya aq pose-


-kredit to Fiza Fizo


-hehe ada macam model dara.com x hehe-


-see..how terrible i am hahaha-




-yeahh pose lagi -


-yeah last pic-


p/s: setelah lapaq singgah Pak Hussein..then jumpa annoying person huh...

Wednesday, February 2, 2011

****Tips Pilih Jurusan Masuk IPTA****


Tarikh: 03/02/11
Tempat: Home sweet home
Mood: yeehaaa

Salam,

1. Minat itu penting

ikot minat u all la.. Sebab benda kalau kita minat susah macam mana pun tetap boleh... Just ignore kalau ada anasir kurang sihat yang cakap " susah la kos ni"..." boleh kah hang ni..ramai yang kata susah..sat fail lak".. just ignore this annoying thing ok.. kalau dah minat ikot ja la minat.. jangan dengar cakap orang.. cakap kat depa " Aq yang nak belajar bukan hang.." haha sound rude right..

2. Kemampuan akademik

kadang2 kita dah minat sesangat tapi result tak berapa ok.. ni pun masalah gak.. takot nanti tak dapat masuk U lak.. For example aq.. dulu aq minat sangat sains.. gila2 la.. konon nak jadik doktor... time nak sambung Diploma dulu semua aq ambik subjek sains.. padahal subjek sains semua 'c' jek..tengok semua tak layak.. haaa ambik hang tak dapat masuk U.. so kena tengok la subjek tu ok ke tak dengan result kita.. pilih jurusan ikot result spm/diploma kita ok..

3. Tempat

Explore website.. Tengok kat mana U yang kita minta.. Jauh dari bandar ke apa yang patot ke.. Tengok kemudahan2 yang ada... Mana tahu tak selesa nanti.. Tapi ni bukan main thing la untuk pilih field tapi lebih kepada keselesaan... Jangan cerewet sangat nak tempat tu macam 5star hotel.. And jangan tanya orang tempat tu berhantu je tak...hahha nanti jadi ke lain lak..

4. Kemampuan diri

ah'ha yang ni penting mampu kah kita jaga diri nanti.. Buatnya macam aq ni.. ambik Diploma kat penang.. tempat belajar pun alahai dekat jek dengan rumah.. Time raya tak boleh nak menyanyi lagi dendang perantau hahha.. Nanti nak sambung degree kat tempat jauh2 jadi lain lak.. But please jangan jadi anak manja k.. "tak mau la jauh2 tak boleh jaga diri nanti" Grow up sikit la.. Jangan disebabkan tak boleh berjauhan dengan family u all tak pilih jurusan yang u all minat tu.. bes apa kalau jauh nanti balik cuti boleh beli cenderahati kat family hahha

5. Jangan sehati sejiwa sangat

ni lagi 1 hal.. ikot kawan.. konon sehati sejiwa la.. Tapi ni soal future la.. be mature ok.. Untuk yang SPM u all nak masuk umur 18 tahun ok.. Tolong jangan buat "perjanjian kemana bersama sentiasa".. tak kisah la kalau semua dalam gang u all nak ambik medic then u sorang je nak ambik engineering... just go on with your interest.. bukan gang u all yang nak jawab paper exam u all nanti.. yang umur lagi up rasanya tak ada masalah macam ni lagi kot... biar la kita nak terlempar sorang2 kat mana2 pun asal kita minat dengan jurusan tu that's ok.. sekarang FB ada..telephone pun ada.. still boleh contact aih...

6. pilih C.I.T.A-C.I.T.A ok bukan C.I.N.T.A

yang ni lagi parah... most common factor salah pilih jurusan.. Tak boleh jauh dari insan tersayang.. Ok la aq admit aq pun tak boleh haha tapi think our future ok.. maybe insan tersayang tu belum tentu jadi husband or wife u all.. if he or she is professional lover.. He or she will not against u.. Ada jodoh nanti kahwin juga u all so no need to worry.. Jangan diucap kata2 " i rela korbankan apa yang i minat dari i terpaksa berjauhan dengan u.." stop drama hindustan here.. nanti dah break2 ke apa2 ke.. mula u all nanti kata " kalau aq tau..aq p sambung kat sana lagi baguih.." kes lain lak.. pilih kos ikot negeri insan tersayang u all tinggal.. kalau kos u minat tak pe.. ni tak minat langsung tapi nak dekat dengan insan tersayang punya pasal..haishh sanggup macam tu..merana nanti u all.

7. cari info tambahan

rajin2 la cari info tambahan mengenai jurusan tu.. cari subjek apa yang ada.. kerjaya yang akan ada.. cari la pasal apa pun...jangan malas...

p/s: hope tips ni sama2 membantu kita...

Tips Jimatkan Penggunaan Inner Shawl

Tarikh: 02/02/11
Tempat: Home sweet home
Mood: yeehaaa

Salam,

ah'ha terjumpa jugak 1tips untuk jimatkan duit dari beli inner.. Dulu orang pakai anak tudung hitam atau putih je.. Sekarang ni macam2 ada.. So disebabkan teringin jugak nak inner color2 tapi duit tak mengizinkan so why not kita beli hairband...alaaa hairband untuk pakai kat kepala tu... haaa yang tu la... ganti kan sebagai inner.. Inner kat penang yang paling murah aq dapat RM7 ler.. So kalau nak beli banyak2 tu haishh keras duit la.. hahaha biaq orang kata kedekut pun... hairband ni Rm1.90 jek... haaaa menjimatkan kan.. Aq beli dekat MYdin 1set ada 12 color=RM7.80 jek.. Mydin "beli lah dengan harga borong" emmm macam ni kot trademark dia..hehe

Ok sebagai student yang sentiasa tak cukup duit plus telah berhutang sebanyak RM15,000 dengan PTPTN so seharusnya mengambil jalan2 penjimatan.. sometimes "kedekut" ni jugak membantu agar tidak boros... haha cara pemakaian macam biasa jek macam pakai inner.. cuma hairband ni kecik sikit so pandai2 la u all nak adjust.. beli hairband yang lebar tau... ayuh check it out..masa untuk merapu2..

-abaikan pemakaian shawl yang cacamarba..aq nak tunjuk inner jek so shawl tu main pakai letak jek haha-

-...hijau biru dan kuning actually matching.. kalau u all jenis berani pakai jek color apa pun..-

-black+white=emo style hehe-
-style pic no 3 tu aq tengok orang pakai ok tapi aq pakai sangat tak ok sekali macam singh la-
-style pic no 2...ok kot-
-pic no 5.. indonesian style kot hehe sangat tak ok dengan aq-
-kalau u all zoom boleh tengok la shawl ni 1Malaysia..who said i'm not patriotic?? dari pakai jenama2 baik pakai 1malaysia hahah-

beli hairband banyak2 color so leh mix n match.. kalau brave boleh la mix color merah, biru and kuning... kalau takut2 mix color selamat seperti hitam merah, hitam kuning and so on.. kalau baru nak mencuba try pink and light pink ke and so on.. Tengok macam Ayun Ayunar style2 kan dia pakai...suka sangat tengok...

p/s: pakai je apa pun 'hidup jangan ikot hukum manusia tentang fesyen"..