Yummy Cupcake -->

Monday, August 29, 2016

My Engagement : Pelamin, Busana, Kasut, Flowerhand, Makeup & Henna



1. Pelamin
 
Berkenan camni

Mini Pelamin aku

Aku terlajak suka pelamin yang da grass tu.. acah2 macam garden gitu.. jadi aku search tanya harga untuk package tunang… lepas search so Farazain Bridal House ja la yang menepati bajet semasa hehe  ada yang murah tapi murah RM10 jek.. sebab aritu dah memang suka cara Zarith mekap so aku on jek ambik package… Pelamin nak dekat raya dah depa pasang sebab time raya susah dapat lori.. memang tak da plan lukisan untuk pelamin… ko ingat ko artis haha… tapi hasil nya…wow aku suka… sebab aku memang impikan pelamin yang cemgini.. ada grass green pastu kain putih pastu kayu pallete dan bunga yang sikit2 tak serabut.. 


2. Baju
Lepas dah bayar untuk book date sebab takut date tu orang ambik so pergi la testing baju… aku sebenarnya tak dak idea pun nak buat color apa tapi dalam kepala nak kaler macam baby blue.. tiffany blue..turqouise gitu…mula nya nak beli jek tengok kat FB tapi cam mahai sangat sebab baju rm599.. nk buat pulak dah nak kena carik kain bagai… pastu nak upah time2 dekat2 raya emmmm jenuh… so last option adalah sewa jek… aku memang dari hari tu dok usha baju ni kat butik tu time mekap kenduri kawen aritu.. so aku choose nak pakai.. nasib baik try pakai tak ketat.. pastu zarith kecikkan bahagian tangan..
Aku teringin baju camni..tapi kedai tak da plak

kerana aku dan ribbon tak dapat dipisahkan
So baju tunang aku adalah cam ni…

Baju yang berkenan kat kedai tu


3.  Kasut


Kasut ni beli time shopping raya.. actually aku berkenan 2 kasut.. 1 tu jenis full cover bling2 grey kiranya match dengan baju.. dan satu lagi peach lace da ribbon.. sebabkan yang ni lebih tinggi so aku pun pilih yang ni… ribbon yang penting tu okey… Beli kat Opera harga lepas diskaun RM134 cmtu..

4. Flowerhand

Aku tengok flowerhand cantik2 kat FB..RM50 yang jenis2 campur manik2 tu.. then pikiaq2 balik cam rugi beli pulak sebab under package dah ada flowerhand… kalau beli pun ok jugak boleh letak as decoration kat bilik lepas tu ye dak.. rasa time nikah ke kahwin nanti nak beli laa hehe..

5. Makeup

Aku dah lama teringin nak pakai white eyeliner tapi kalau aku yang mekap nampak pelik benar pulak.. tengok2 time tunang Zarith mekap guna white eyeliner.. Alahai suka sangat soft touch camni… Cousin2 aku dah warning siap2 jangan mekap cam Opera…hahaha contact lens aku nak yang cam dolly sikit tapi maybe silap beli kot tak berapa berkenan pulak aku rasa...


6. Henna 

Zarith nak bagi Kek 2tingkat tapi aku minta kek 1 tingkat jek pastu nak henna..demand kau Jah!.. so raya ke 3 tu pergi lah kat  Khaleda Zakaria (IG KZ.Hennaartist).. cantik adik ni cam Ayda Jebat gitu.. KZ henna ni la yang buat henna untuk Marsha Milan, Syatilla, & Ika Nabila untuk aku tunjuk design aku nak dia cakap simple nanti tak nampak sayang pulak.. so aku choose dari koleksi dia... Family dia baik2.. Mak aku tanya Mak dia kat sini nak beli sirih kat mana dia cakap depan sana tu pastu suruh anak laki dia pergi beli alahai...

No comments: