Yummy Cupcake -->

Monday, August 29, 2016

My 26th Double Surprise Birthday

Assalamualaikum....

Lately ni akan penuh la entry pasal tunang aku sebab aku baru ada mood nak buat entry haha.. and ada lagi entry sebab gambar tak dapat lagi hahaha

Ok 16th July 2016... it's my birthday!! 26 tahun dah aku kan... Alhamdulillah...actually kan aku nak wat tunang aku date ni la.. sebab boleh buat birthday sekali ye dak.. tapi bincang2 so tunang diawal kan ke raya ke4 sebab semua orang available time tu.. maka boleh la aku celebrate birthday ke 26 ni sebagai tunangan orang aiseh gedik bah!

Sebagai seorang yang amat menyayangi diri dan mempunyai banyak cuti.. aku ambik cuti pada Jumaat dan Isnin bersempena birthday aku yang  jatuh pada hari Sabtu... semangat dak Mak Jemah! Mr.Fiancee berkali2 cakap minta maaf birthday aku dia tak dapat bagi apa2... aku pun cakap tak apa lah sebab aku bukan budak2 kan nak kena da hadiah atau celebration  lagipun time tunang kan dah dapat cincin, perfume dan kek... Tamak pulak kalau nak hadiah lagi ye dak!.. berkali2 dia minta maaf cakap tak prepare apa tak beli apa untuk birthday... dah kenapa Mr.Fiance aku ok ja dia yang emo hahaha

Sehari sebelum surprise tu pada masa yang sama Ina my bestie whassup tanya suka kaler apa pastu dalam dok reply then Mr.Fiance kol tanya suka kaler apa... dah jadi tunang pun tak tahu suka warna apa ka! hahahha aku menjadi super pelik.. haaa lagi sikit nak kantoi kan... aku cakap suka kaler putih hitam kuning dan orange..

Jadi macam biasa ahad tu aku pun pakai biasa2 sebab nak keluar then sekali pergi open house umah Nana...aku main bedal jek pakai baju,,, haishh kalau aku tahu boleh pakai comey2 kan...then ahad tu Mr.Fiance datang awal then cakap konon nak jumpa kawan kat The Roots sat.. aku pun ok ja la.. sampai sana kat pintu dari luar aku nampak macam Ina.. aku baru nak kata kat Mr.Fiance "tu bukan Ina ka.." tu aku ternampak blackboard kecik tulis happy birthday zuzu... alahai so sweet...


My 26th Birthday....

Thanks love....

nasib kedai orang tak berapa ada tak segan la nak snap2

i love this shot...

Mr.Fiance suruh tunjuk choc bouquet..last3 suruh dia pegang


Thank Ina....

cantik deco ni nak bawak balik tak boleh...hahaha


orange..black..yellow..white  memang ikut color favourite ni

nasib aku berat kalau tak hot ballon jadinya

Aku tak reti terima surprise2 ni so aku kenyih ja la hahaha.. Ina datang dengan anak dia.. then kami pun order makan.. actually kenyang sebab happy kenyang tengok belon.. aku pun menikmati makan bersama decoration yang cantik cam nak bawak balik tu.. tengah bagui hirup mushroom sup yang cam hangit sikit tu tiba da 1 girl datang pegang 3 belon and chocolate bouquet cakap "Surprise..Happy Birthday!!".. terharu sambil tutup mulut dengan 2 belah tangan sebab,,,sebab kalau terharukan orang selalu buat camtu hahaha at the same time belah kiri plak da orang bawak kek nyanyi2... alahai ni yang nak nangis ni buat sweet2 kat kita... nasib kedai time tu da 2 guest jek kalau ramai iolsss malu hehe..

 Actually kan sebelum orang yang bawak chocolate bouquet tu mai Mr.Fiance tiba2 jawab kol then terus pergi.. selalunya dia akan cam " sat naa adik kol.." ni tiba2 ja keluar kedai.. baru nak bebai tu tanya dia cakap adik kol konon rupanya gitau jalan kat orang yang deliver tu.. then aku da la nampak orang turun keta dengan belon2 aku ignore ja la sebab tempat tu memang orang buat surprise2.. Ina dan Mr.Fiance cakap jenuh dok takut aku terkaleh nanti tak surprise la...

time habis kami boleh bawak balik belon helium tu.. so sebab kan banyak sangat belon bagi la 5 bijik kat Ina n anak pastu letak dalam kereta bawak pergi balik pulau sebab open house Nana.. seksa gak la bwak belon tu.. pastu bagi kat Nana dalam 3 ke 4 bijik belon..


kasi 5 belon dia balik jadi 3 ja kata Ina

dengan Rabiatul Adawiyah

friend since 2002 ni

Terima kasih Encik Tunang
 

No comments: