My Bestie Cik Nad offer untuk
bawa beli barang2 hantaran…sangat excited kan.. Cik Nad selalu tanya ada apa2 nak minta tolong dia ke..aku sampai segan nak minta tolong apa.. jadi minta tolong ke Atuz..So aku bawak Mak sekali beli
dekat AtuZ.. siap buat VIP konon nak dapat special harga.. then orang tu cakap
dah boleh guna dah.. tapi bila aku dah angkut cam2 tengok2 harga sama ja..
T_T..tak pa lah.. Hantaran aku nak DIY sebab excited nak buat aku kan suka
benda2 craft camni.. aku google jek tengok2 hantaran org n ambik inspirasi..
lepas dah beli bilik penuh pulak dengan barang2… T_T
Aku berkenan dengan hantaran
moden yang kurang bunga.. sebab aku semak kepala tengok bunga banyak2 kat
hantaran.. So aku berkenan yang ni..
Blogger tu cakap renyah buat
kalau foam bulat so aku terus decide nak buat petak hehe.. sebab kan theme aku
baby blue + silver so aku pun beli ikut thema tu Cuma bunga ja kaler lain laa
tak dak la nanti nampak sekata ja.. bunga Hangea (camni la kot eja) peach dan
purple jadi pilihan…
aku tengok contoh ni la...cantik kan..simple and cute |
1. Apple Choc.. ni aku order dekat Choco Express 9 bijik RM35 jek siap delivery |
2. Chocolate.. ni pakai susun jek.. |
Kain biru tu beli kat Atuz balik balut square form tu then bubuh reben polka dot kat tepi dan reben shining2 tu kat tengah so that tak la nampak plain sangat tengah2 tu..
3. Princess Jelly.. sebab bawah tu jelly jek.. Patung tu beli kat kedai kek jek |
4. Harta Karun hehe... |
cawan kecik tu aku balas jek dari almari hiasan mak aku haha.. mungkin dari pergi kenduri2 rumah orang kot..pastu campak2 jek coklat haha
5. Marble cake.. |
Ni kira dah tak dak idea...beli jek kek kat mydin pastu campaq2 bunga...
6. Finger basket choc... |
7. Chumi + Jeruk Basket |
Jiran bagi jeruk.. tak tahu nak letak mana sebab bekas dah tak dak.. so letak ja la sekali yang ni mak yang buat bagi bentuk cam sejambak tu
8. Apom polka dot yang wajib ada |
Time buat saja2 atau untuk orang lawa kemain..untuk diri sendiri jadi tak elok.. dunia memang tak adil haha tiba2..
yang ke 10 adalah sirih junjung tak pulak aku snap sirih tu huhu sirih tu wat malam tunang tu... Mak buat.. pastu ingat kan sat ka tengok sat2 terkuaq la.. jatuh la sampai naik lunyai sirih... nasihat aku nak senang hampa upah ja la kat orang... tak pun buat jek tapak sirih...settle... serious sampai bebai la bua sirih tu..
Aku cam paranoid sikit sebab tu aku saja buat lebih siap2 hantaran ni.. mulanya nak 5 balas 7.. pastu Future MIL cakap dia tak boleh janji takut adik beradik nanti bagi.. so memang da 7 hantaran dari pihak lelaki... nasib baik buat siap2 9 hantaran.. then jiran bagi lagi 1 chumi dan Pakcik aku bagi buah so berbalas 7 dan 12 tak pa yang penting perempuan lebih ye dak..
Tag name tu ikut idea blogger tu.. aku design guna microsoft word pastu print then beli pape tebal & keras.. fuhhhh berselerak bilik aku dengan barang2 nak buat hantaran jek.. jadi dalam tengah buat hantaran tu aku berikrar time kahwin nanti aku nak beli atau sewa ja hahaha tak mau dah DIY tidak,,tidak...tak mahu...! penat tau tak Jah walaupun seronok...
No comments:
Post a Comment