Yummy Cupcake -->

Tuesday, April 5, 2011

Tips Study A-Z...cara aq..

Tarikh: 5 April 2011
Tempat: my own world
Mood: yeah it's time to be nerdy!!!

-aiyak..so nerdy-
Assalamualaikum,

alright.. disebabkan sekarang dah nak masuk musim2 stress sebab final nak dekat.. maka ada la tips2 yang sama2 kita boleh amalkan..

A-ALLAH

Sesungguhnya kepada Allah SWT saja la kita boleh minta pertolongan.. so berdoa la kepadaNya.. but jangan tunggu time exam baru nak sembahyang k... study gila2 kalau tak berdoa tak guna gak.. ingat lagi formula ni.. study+doa+tawakal=success

B-BACA

benda apa pun kalau tak baca tak guna.. sebelum nak mahir akan sesuatu bab kena baca ok.. ingat baca..baca..baca dan terus baca....ingat surah pertama berkaitan apa...

C-CATIT
apa2 note atau benda2 yang important kena catit... bukan sekadar dengar dan lihat ja.. kena catit jugak... it will help us to remember something important...

D-DENGAR DAN DOA
suka atau tak suka... dengar la ajaran cikgu2 atau lecturer u all.. bila kita dengar benda tu akan tersimpan dalam memori.. nanti time exam sure boleh ingat la... insyaallah.. doa sesuatu yang penting... mulakan dengan bismillah dan akhirinya dengan alhamdulillah

E-EFEKTIF

belajar secara efektif so that apa yang kita study tu tak useless dan tak masuk otak k...

F-FOCUS DAN FIKIR
fokus..apa2 pun kena fokus.. buat kerja kena fokus... dalam kelas kena fokus... pokoknya fokus la hehe...Dan sentiasa la berfikir.. fikir dan selamat beramal hehe Tidak ada salahnya mengakui kekurangan anda, tapi fokus pada kelebihan anda akan jauh lebih baik.

G-GIGIH
tanpa usaha yang gigih kita tak akan berjaya.. ingat la nak berjaya bukannya senang.. Allah akan membantu hambanya yang gigih berusaha...

H-HAFAL

tak boleh dielakkan kadang2 kita kena hafal untuk kuasai sesuatu bab.. oleh itu hafal dengan cara yang menyeronokkan..bukan yang menyeksakan.. contoh menghafal adalah seperti menggunakan huruf pertama sesuatu point dan buat 1 ayat yang lawak.. tak paham..adoii macam ni la...
note: Key component in java servlet:
1. Directive------------D=DIA
2.Action---------------A=ANTAQ
3.Scriplet-------------S=SURAT
4.Tag libraries--------T=TALAQ

got it.. kalau ayat yang lawak maybe lebih senang untuk diingati.. ikot suka la u all nak buat ayat camna pun.. u sorang ja yang tahu.. believe me it helps a lot..

I-INISIATIF

sentiasa la ada inisiatif untuk memulakan sesuatu... jangan la tangguh kerja atau beri alasan esok..esok dan esok.. sebab kalau hari ni kita boleh kata esok.. esok mungkin kita akan kata benda yang serupa...bear it in mind... change now

J-JAGA TIDUR
jangan terlalu rajin sampai menghiraukan elemen penting seperti tidur.. tidur itu penting.. jangan kurang jangan lebih... some people akan korbankan tidur untuk study but that's not me..
if dalam seminggu nak exam kita tak cukup tidur..takut nanti time exam kita akan fall sick.. kan useless apa yang kita usahakan selama ni..

K-KUAT SEMANGAT

kita mesti lah kuat semangat... pedulikan orang nak kata apa pun dekat kita.. ni diri kita... susah nanti kita jugak.. so kuatkan semangat untuk berjaya dalam apa yang kita nak buat dalam hidup..

L-LATIHAN
latihan pun penting gak.. sebab tanpa latihan kita tak akan tahu tahap kita.. so buat la latihan tubi yang bertubi2 hehe

M-MAKAN

ah'ha... nampak macam remeh.. makanan adalah sesuatu yang penting.. makan la makanan2 yang boleh tajamkan pemikiran seperti:
· Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blueberry )
· Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )
· Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )
· Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )
· Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )
· Roti
· Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )
· Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )
· Ikan tuna
· Telur ayam
· Daging ayam
· Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) )

macam biasa elakkan:
· makan kepala ikan.
· Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
· Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
· Makan makanan ringan dan makanan segera.
· Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi
· Makan bawang mentah
· Makan makanan atau buah yang masam secara kerap ( jeruk, asam )
· Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe )
· Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
· Minum minuman bergas dan beralkohol

N-NASIHAT
dengar la nasihat2 mereka yang lebih berpengetahuan.. dan salinglah nasihat menasihati..

O-OPTIMIS
Kunci menjadi optimis adalah memaksimalkan kejayaan anda dan mengurangi kegagalan anda.

P-POSITIF
always be positif.. kalau kata malas maka malas la anda.. so always positif k.. walau tak suka subject tu katakan anda suka...

Q-QUALITY

kalau study 6jam per day kalau apa yang kita study tu tak ada kualiti tak guna gak... it's better study 2 jam dan boleh ingat 10 perkara than study 6jam dan apa pun tak ingat.. quality is better than quantity..

R-RELAX DAN REST

always relax... panik boleh buat otak kita jem haha.. so apa pun tak boleh ingat dan apa pun tak boleh fikir... dan tak lupa rest... our brain need to rest.. so that otak kita akan berada dalam keadaan center haha... time2 exam kan selalu otak tak center..

S-SEMBAHYANG DAN SAHABAT

sembahyang dah memang wajib kan.. cuma jangan esok exam baru hari ni nak sembahyang.. oh ya sahabat.. study group jugak kadang2 berguna jika pandai memanfaatkannya...

T-TEKUN DAN TABAH
tekun sudah semestinya kan.... tabah lah mengharungi hari2 sebelum dan semasa exam berlangsung haha...

U-ULANGKAJI
ulang2 la buat ulangkaji... bila buat banyak kali.. kita boleh ingat dengan lebih baik..

V-VISION
letak kan vision anda.. bayangkan apa yang akan perolehi bila dah success nanti.. for me maybe bayangkan suzuki swift kot haha...

W-WARNA
elemen warna penting jugak.. buat note dengan guna pen yang berwarna2.. warna dapat menambah ingatan kita..

X-XTRAORDINARY

buat sesuatu yang xtraordinary... testify to the world that u can do it..

Y-YES DAN YANG TERSAYANG
always say yes and never say never... macam lagu justin (bieber)bibiaq lak.. i hate when i have to say i don't know.. dan yang tersayang.. bukan gf or bf k.. ibubapa kita.... balas la segala jasa ibubapa kita...

Z-zero to hero

it's never too late to be what u want to be.. so never stop to try.. because from zero we can be hero..bear it in mind k..

tips ni maybe kita boleh praktikkan bersama untuk success dalam exam insyaalah.. ok dah prepare untuk study time exam jangan la kita amalkan habit2 yang tak sihat seperti tak breakfast.. makan something yang boleh buat kita keja nak p toilet ja hehe..malam lak pulun study sampai bangun lambat dah kalut2 nak pergi exam..dan discuss dengan kawan2 time pagi2 sebelum exam...please do avoid it... sebab at last minute bila dah berlaku kekeliruan antara u dengan kawan u.. u'll end up with false fact... ni yang aq paling tak suka.. time test or quiz maybe ok.. but bila exam don't do it... but ada orang yang lebih selesa discuss pagi2.. it's up to yourself.. for me.. i don't like it.. so to avoid this u can go somewhere else when there is a discussion..

p/s: ni tips2 dari aq.. different people different technique.. but respect each other k..

2 comments:

Lovely Emy said...

goodluck :) tips ni sesuai praktik sejak awal sem. mmg kita pun xsuka discussion last minute dgn kawan2. scary je..

VioletRose said...

tq kak emy..wah kak emy komen trharunya..hehe btul tu stuju...