Sekarang dah bulan 11 maknanya dah akhir2 nak masuk 2017… oh
my Gucci.. dalam dok kata tak pa kahwin lambat lagi…tak pa tahun depan nuh…
emmm so disebabkan tarikh kahwin diawalkan ke hujung bulan 8 sebab cuti
sekolah kalau takbulan September.. yeah tarikh kahwin harus memikirkan budak2
sekolah…yelah senang nanti orang yang jauh nak mai ye dak.. jadinya lagi 10
bulan… lagi 10 bulan…. Memang cam lambat lagi..tapi kalau preparation kira dah
tak lama dah tu..
Time ni la dah kena booking dewan… dah kena cari catering…
melainkan duit hampa berkepok2 so boleh book tempat yang mahal2 yang orang tak
selalu buat.. kalau camtu last minute pun sempat… dalam 10 bulan memang banyak
benda kena settle.. 10 bulan ni la yang ada kalau kau nak cantikkan diri nak
kuruskan diri..nak perkasakan diri dengan ilmu2 agama.. ingat lagi dulu sebelum
bertunang nak tunang 6 bulan jek… tengok2 nah 2tahun bertunang pun tak apa la
tara nak prepare semua.. kalau korang plan nak tunang 6 bulan jek sebaiknya
time sebelum tunang tu prepare kan sekali preparation untuk kahwin atau nak
senang kahwin ja terus tak yah tunang2 ye dak..
So moh kita sembang pasal dewan kat Pulau Pinang ni.. ni
yang aku make a call tanya…
1. Dewan Recsam
Ini lah dewan yang aku memang plan nak buat sebab senang orang
nak cari tepi jalan dan kawasan parking yang menyenangkan.. Cousin aku cakap RM1500++ jek sebab relative dia sewa
last year 2015.. dan aku survey blog 2014 blogger tu pun tulis harga camni bagi
aku ok jek sebab bajet aku untuk dewan RM2k…bila aku make a phone call orang tu
cakap RM4500 sekali dengan kerusi meja.. aku tanya sekali lagi dewan yang bawah
tu ka sebab kalau tak silap da 2 dewan dalam recsam… tapi dia confirm kan
RM4500… perghhh baru setahun dah mahal.. tak tahu pulak mungkin ada penambahbaikan
sebab tu mahal..tapi still kalau camtu jek RM4500 dengan dewan yang camtu bagi
aku tak berbaloi.. ye ada aircond tapi bukan rasa cam uolss duduk kat ballroom
pun…jadi reject awal2 baik pergi honeymoon…
2. Anjung budi USM
Tempat ni sangat sesuai kalau buat untuk sikir2 dan konsep
garden style.. sewa
RM1000 termasuk kerusi meja cam garden cafeteria tu.. then RM100 deposit
kebersihan (so kalau memang bersih akan dipulangkan) RM120 (untuk 2orang security..mungkin
jaga parking..).. Kalau aku buat sikit orang nak jek sewa sini sebab cantik
sangat..photoshoot pun cantik..tapi En.Rimau advise not to sebab kami kahwin
nanti musim hujan nanti inconvenience.
see cantik sangat untuk garden style |
3. Desasiswa USM
Dewan ni aku tengok dah cukup cantik dah..parking pun senang
dah.. tapi hanya untuk staff… beruntungnyaa keja USM T_T… price tak dan nak
tanya bila dia kata untuk staff jek..
4. Dewan Kastam Bukit Gelugor
NI la Antara dewan yang aku nak tempah RM1100 jek… ada
homestay kalau nak sewa untuk adik beradik 1malam RM100 jek mama cakap…Mama dah
tempah untuk adik beradik belah En.Rimau. tapi orang cakap sini macam limited
sikit.. nanti baru nak p tengok...
aku tak tahu ini ka rupanya tapi google jek da pic ni |
5. Dewan Jubilee
Dewan ni time belah perempuan adik En.Rimau buat dekat
sini.. Antara dewan yang aku nak tempah jugak.. lupa plak RM1100 atau RM1600… 1
kerusi dia charge RM0.50 then meja dia charge RM5.00 satu.. pastu parking pulak
senang.
6. Penang Golf Resort
Ah'ha ni saja galak nak call sebab nampak advertisement board tulis promotion RM588 untuk Grand Ballroom.. En.Rimau suruh call.. RM588 tu bukan untuk dewan sahaja tapi merangkumi decoration pastu siap makan sekali.. perghhhh... tapi untuk chinesse wedding.. why so pilih bulu... kalau malay wedding RM6000 untuk dewan...kalau anak somebody ke keja hebat boleh la uolss buat kat sini.. tapi aku baik aku sewa dress mahai2..
Dah makin dekat dewan pun tak settle… sebelum akhir tahun ni
nak booking dah.. sebab dewan pun antara major thing.. tambah2 yang duduk rumah
flat.. kalau rumah kampong tak pa boleh pasang khemah…
5 comments:
Hai thanks sbb sharing dewan2 d penang :D Kami pun majlis 2017 jgk haha all the best preparation~
Hi sapa² boleh share tak contact number dewan kastam gelugor
Ada recommendation utk dewan di seberang prai
blh bg no fon dewan kastam bukit gelugor
Saya nak buat Majlis perkahwinan pada 23/08-29/08-30/8/20 Dan Minta no telephone Dewan ini.harap tuan dapat telephone saya Di no ini 0197612385 Zai
Post a Comment