Yummy Cupcake -->

Saturday, March 18, 2017

Throwback : 9th July 2016 Syah & Zuzu Engagement Day



Alhamdulillah 9th July tu kan Raya ke4 adalah hari iolssss menjadi tunangan orang acece gitu… Bulan July adalah bulan yang En.Rimau dah rancang dari tahun lepas lagi untuk bertunang.. baru2 bercinta dah merancang nak ke next stage.. orang nanti kata ‘gatai sangat’..’pikiaq tak panjang’ and what so ever.. tapi bagi kami apa matlamat satu percintaan tu..mesti lah nak berkahwin.. bukan zaman remaja dah nak bercinta 4-5 tahun.. lagi pun dah nak tua wei pastu Allah dah hadirkan keyakinan.. mulanya aku amat tak bersetuju tunang raya ke4 sebab bagi aku susah cari catering..orang mekap dan segalanya.. tapi bila fikir2 raya ke4 laa semua orang nak ada sebab cuti..so on kan jek..

Minggu2 terakhir sebelum majlis.. aku yang jadi tak keruan.. stress… bebai2 tu bisalah laa extra lagi adalah…kecian En.Rimau handle iolsss … so nasihat aku kepada yang nak buat majlis tu.. buat la lebih awal2.. terlajak awal pun taka pa janji seminggu sebelum majlis uolsss boleh rileks2 manjakan diri..bukan macam iolsss malam tunang tidur pukul 1 lebih pagi sebab hantaran tak siap pastu meja dan kerusi kat dewan pun tak buat lagi.. dengan tak cukup rehat pastu stress semua.. memang malam tu ada la gaduh2 manja sikit dengan En.Rimau pasal baju ja pun hehehe En.Rimau tiba2 last minute nak pakai baju melayu.. padahal kami dah shopping kemeja dah untuk tunang.. I’m sorry hehe besok tu pulak bangun2 pagi terus buat kerja lagi… so mata iolsss pun sembab..

Dari tahun lepas jugak iollsss mencari info untuk projek tunang iolsss.. jumpa kat google jek format ni.. amat membantu dalam bajet.. so kita dah tahu awal2 bajet dan boleh ubah mana2 yang perlu.. majlis tunang bagi terpulang pada individu nak buat ka tak.. aku ada tanya pendapat banyak orang dan pendapat sangat la berbeza mengikut culture, level dan age… bagi aku,  yang buat majlis biar la depa buat hampa datang makan gak dan yang tak buat tak yah mulut puaka kondem2 orang.. so konsepnya di sini suka hati ko lah nak buat pa.. sebab kan aku memang teringin nak ada open house gitu time raya pastu tunang pun time raya buat pi la makan2 untuk semua..

Bila buat majlis tunang.. sedikit sebanyak uolsss boleh tahu macam mana nak prepare untuk wedding nanti.. dan apa yang aku belajar adalah:
1. Prepare semua awai2.. orang kata awai tak kalut...sebaiknya bagi 1 week tempoh berehat untuk diri.. bukan cam aku malam and pagi bertunang pun kalut buat kerja
2. Jangan lupa makan..makan..dan minum..nanti end up cam aku pening kemain time photoshoot tu.. lagi bagus prepare ubat pening..
3. dan paling penting.. buat ikut apa yang kita suka jangan fikir apa yang orang akan rasa dan kata..

tunduk bawah jek sebab iolsss kn pemalu benar...

muka hepi dapat cincin...ihiks..

close up.. i booked by him..

gigih ok aku print dan lekat benda ni satu2 pagi hari bertunang

i kinda like this shoot..

1st step done...next insya allah

rombongan En.Rimau

menjeling2 ku memandang..mata kita sama memandang..lalalala aiseh

Cincin Perak berbatu Emerald sebab En.Rimau lahir bulan 5 so kononnya bulan 5 batu Emerald


i should learn to smile properly isnt it

He's mine...gitu..

gambar acah2 tengah make up kena ada...

acara suap gula... tau tak betapa "awesome" kena makan gula

King & Queen of my Heart

semoga matanya hanya untuk aku... gitu dominance sangat kan...

Pukul 5petang baru la ada insan yang mulia iaitu nephew aku nak bagi drink....

muka rasa ketat sebab tengah malu2 sebab tu senyum ketat

bestie since 2004

Future Mother and Father in law

Cousin2 and nieces aku

Brother, Nieces and Nephews

thanks sebab join photoshoot             


No comments: