Yummy Cupcake -->

Thursday, July 26, 2012

Part 2 : Bila Diri Mula Bawa Kereta Atas Jalan Raya

Salam

Bersambung lagi cerita ni kiah ooii.. tak habis lagi ni.. Hari Ahad pulak.. kali ni baru pukul 8.. Tapi 7.30 dah sampai tempat yang nak dituju tapi kan.. tak ada sapa pun huhu.. kena tunggu lama baru la staff2 mula datang..


Aq amat la berharap dapat cikgu Apek tu lagi tapi kali ni Pakcik pulak.. Dia suruh bawak dalam trek dulu.. Pasaipa tiba2 hari ni cam2 la jadi.. Pak cik tu cakap macam mana la Apek tu boleh lepas aq kat jalan raya.. huhu sampai hati.. Agak lama la jugak kan train dalam tu... Then baru pakcik tu lepas pergi jalan raya..
Baru nak keluar dah mati enjin sebab pak cik garang sangat so aq pun jadi gelabah biawak..tengok cam uncle semalam cool jek..

Ingatkan dia nak bawak jalan A, B atau C cam apek semalam.. tapi sekali dia bagi masuk Jalan Taman Lip Sin der... Lu tahu tak jalan apa itu.. Jalan sempit kiri kanan market..kereta rapat2 baik punya..manusia2 jalan suka2 hati.. and jalan sempit gila kot... Bro, wa cakap serius wa ketaq lutut kot.. Wa serius rasa nak jek turun suruh pak cik tu bawak wakakka tapi wa tak mau bagi malu keturunan wa kalau buat camtu hakhak

Memang wa lose temper la hari tu kat masyarakat sekeliling yang dok hon2 wa.. pastu manusia2 yang tak sayang nyawa dah nampak dak2 baru belajar ni lalu.. boleh jek selamba lintas wat catwalk.. masyarakat2 sekeliling tengok macam aq dok bawak lamborghini jek.. tahu la u all nak tengok muka gabra aq kan.. 
sangat jahat uollls..

Antara kata2 pakcik tu pada aq

" Yang berhenti buat apa..langgaq ja motor tu sapa suruh dia tak berhenti"
(pakcik ooiii biaq benor???)

"Kereta ni ada satu gear ja ka?"
(pakcik saya takut nak tekan minyak camna nak tukaq gear lagi kalau dah bawak kurang 20..)

"Bawa melelong aihh.. stereng pun tak pandai control..kita nak bawak kereta kena tau matematik..ratio..nisbah..bla.bla"
(pa la pakcik ni merapu...)

"Ni orang panggil break "mak mertua" sok ni mak mertua naik terus turun tak jadi buat menantu..sapa berani naik kalau dok break macam ni"
(pak cik apa kena mengenonya pakcik ooii...huhu)

" dah tekan minyak tu tukaq gear... ketegaq aih"
(pak cik saya dok fokus tak mahu langgaq kereta sapa2.. gear2 lupa habis dah.. confirm cek beli auto lor huhu)

Perghh pak cik bi betul2 buat aq rasa lose confident nak bawak kereta.. Aq dah cam nak terima diri ni dalam golongan yang tak boleh bawak kereta huhu

Then ada dalam 50minit dia suruh rehat.. Ada ka patut.. duit aq tu.. Terus aq cakap nak buat parking.. so dia biaq ja la aq bawak kereta dalam tu.. 
so side parking and 3 penjuru dah agak terer buat dah
jangan time exam nanti jadik kot len dah la haha
paling penting tiang tak jatuh pun 
yippiee
time aq dok duduk tunggu my bro
pak cik tu pun mai dengan aura kebapaan
memberi nasihat kepada aq
walau dia ajak jalan yang susah kat aq
at least bila aq dah bawak nanti aq ada pengalaman bawak tempat2 scary cam tu
terima kasih apek and Pak cik
so minggu ni hari sabtu lak.. pwehh takut betul la..

p/s: doakan aq boleh buat tau..

Part 1:Bila Diri Mula Bawa Kereta Atas Jalan Raya

Salam,

Puasa ke6 dah.... tapi kecundang harini.. diberi "cuti" hehe.. kenapakah terawal... tak apa.. it's not related to my entry... Ok come on let's story2 babes...

Last saturday kan.. First day puasa so bangun sahur pukul 5.. terus tak tidur sebab pukul 8 dah ada kelas driving.. dah siap cecomel siap makeup2 semua.. baru la kan nak buka jadual.. then tengok pukul 11 la der.. walaweh, duk da 4 jam lagi kot.. Nak lena malas lak sebab dah pakai contact lens semua dah.. maka online dan online ja jawabnya.. haish punya excited sampai siap punya awal..

Allah ja tahu camna nervousnya aq nak pergi.. Tengok2 dapat apek tua.. Nasib apek yang sangat2 loving..sebab apa? dia banyak bagi aq semangat.. Antara kata2 dia,

"Orang2 hon u just buat tak tau ja.. dia olang pun macam ini jugak dulu"

"haaa pandai..kita mest kena puji baru semangat.. apa guna ajar orang marah2"

tapi
aq dah buat dalca bila tiba2 nampak motor nak keluar simpang aq break mengejut tak tengok cermin der..
nasib belakang bukan lori atau bas ada belakang..
perghh moto lak yang ada.. Bro wa salute sama lu sebab pandai elak.. nasib lu panjang umur..
kalau tak wa nanti trauma seumur hidup bro..
wa tak tahu lu bangsa apa.. wa betul2 minta maaf bro..alaaa lu pun tahu kan wa dak practical lagi
mueheee peace one malaysia kan


Apek mula membebel.. 
"Haiyaaa sini jalan raya u tak boleh break mengejut camni"
"Haiyaa nasib tak ada bas atau lori..kalau tak habis ooo"
"haiyaaa.. kalau moto tadi talak elak..habis la dia sudah terbang ooo"
aq buat dek jek sebab tangan aq shaking kot sebab tadi..huhu

So merasa la aq bawak kereta pusing roundabout QB
lalu terminal Sungai Nibong, Bukit Jambul
sekarang dah berani tekan minyak sampai 50
ok tahu la u all dah boleh bawak sampai 120 kan
biasa la bro n sis, wa dak baru belajaq
eleh cam u all jugak dulu
jangan buat hebat k haha

but hey tiang hanya jatuh 1 ja sebab terlajak time wat side parking..
3 pointer dah boleh dengan jayanya..

Saturday, July 21, 2012

I am Usm PJJ student..

Salam,

Second day of Ramadhan!! Guys, actually i wanna post many entry but feel so lazy to do it.. So i just come back from my driving class.. pwehhh so exhausted.. So that day 11 July until 15 July 2012, Kiroro and Me went to USM.. Kan dah dapat tawaran so pergi la.. Mostly dak2 PJJ ni semua dah berumur yang nampak macam pangkat2 besar so macam ada gap nak cakap dengan diorang sebab kami still muda so nak interact tu cam tetakut lak,,muehee

PJJ ni kena ada daya ketahanan mental dan physical yang kuat sebab kita kena belajar sendiri.. Bolehkah daku?? Kena bagi boleh la itu la jawapannya.. kalau tak boleh..buat sampai boleh la... no other choice lor.. Bilik asrama USM besar sangat.. cermin sampai 3 so tak payah nak berebut2 cermin dah.. macam nak tinggal lama jek uhuks...

Tak sabaqnya nak jadi student yuhuuu... Kiroro dapat Full time so dia tak akan proceed PJJ.. maka terpisah la kembar ku... as per aspected   orang akan ingat kami kembar...weyhh kat mana yang kembaqnya.. dak2 poli tak pernah kata pun.. tapi sejak pergi practical dah cliche sangat orang kata kembaq.. tang mana hak serupa pun tak tahu,, So kami cakap kami cousin kikiki...  Then last day Kiroro still sudi temankan aq pergi beratuq ambik buku yang berat sangat2 tu then ambil matrix card... Thanks a lot my friend!! I feel like i'm troubling you...So really wanna apologize.. Hari last baru kami snap pic..







besar gila library.. confirm boleh sesat kalau sorang2

badan cam mak budak..kenapakah??

ok jum buat cam dak2 pulak..

Kiroro.. pic ni wat kita nampak awesome la ekekek perasan

Ni la buku2 yang aq akan kelebek utk 1 year ni..

yey...matric card..
teringat zaman poli...rindu... :'(


Last but not least kupersembahkan gaya poyo cam nak gelak guling2 tengok pic ni haha

so muka aq confirm akan jadi penuaan sebelum masa
sebab stress nanti kan..
so tak payah la teguq kalau aq ni nampak matured dari u all
sob....sob...
kena makan collagen



Friday, July 20, 2012

I'm officially 22 years old now!

Salam,

errr okey2 dah terlewat 5 hari baru nak post entry birthday... 22tahun lalu aq selamat dilahirkan oleh ibu tercinta pada tanggal 16 Julai 1990 pada 7.55am.. Lahir pada waktu malam that's why kulit gelap ekekke.. Maka lahir la budak yang chubby2 ni.. Tapi tahun ni punya birthday aq macam tak excited macam tahun2 lepas.. owhhh betul la aq sudah tua... ohh cant accept that anymore!! Every year i'll be the most excited person in da world.. but this year it feel like.."yeahh my birthday..so what?" but..but.. still feel grateful la to Allah SWT that i'm still alive...alhamdulillah.. So what achievement that i've achieved?? emmm tal boleh kata achievement la sebab tak berjaya lagi.. But aq dah buat target2 untuk umur 22tahun ni..iaitu Ambik lesen( sat lagi nak p training 2 jam) then dapat sambung buat PJJ.. So Alhamdulillah again...

So this year would be my hard year because i took long distance studies..
being strong, hardworking and Independent is a MUST.
so my wish that
I'll be success in every single thing i do..

Special thanks to all my friends that wish me via phone, FB and so on..
really appreciated it..
My gift?
later will make another entry sebab tak p collect gift lagi muehehe

my birthday cake..from my parent
thanks!!
i love both of u
and
promise to be
good daughter..

last but not least

p/s: nak hebatkan diri itu tak salah, yang salah adalah tunjuk hebat..

Inai..Henna..Halal...Haram..Kalis Air??

Salam..

Happy Fasting u guys!! Sahur tadi makan apa? Tengok bertuah punya budak ni excited nak pergi kelas driving sampai kelas pukul 11 ingat pukul 8.00..pukul 8.00 esok la.. Huhu dah siap2 dah.. Tak pe kita update blog k.. On my previous entry kan dah beli inai.. so pakai kat kuku.. Lama teringin nak pakai inai.. tunggu kahwin Si Dia tak kumpul duit lagi muehehehe..

That day pergi CIMB untuk open account.. Then Makcik tu errr Kakak la better.. tapi dia nampak macam ibu2.. ahhh whatsoever la.. customer service executive la kot dia tu dengan ramah tamah nya bersembang dengan aq sebab nak bukak account tu lama bebenor..

She:" Inai ni pakai daun atau tube?"..
Me: " tube"..
She"Halal tak?
Me:"Emm..ada tanda halal tu kira halal la" gulpp tetiba jek
She:"Ada tanda halal.. Kalis air tak?"
Me:" Emm...........tak sure la" Gulpp.. tak pernah fikir lak.. sebab dok ingat Inai memang kalis aiq pun
She:"Bahan dia memang halal.. tapi kita kena check dia kalis air atau tak sebab dia bukan macam inai daun.. inai daun sunat kita pakai..boleh sembuh penyakit.." She shared her knowledge to me..
Me:" Oh..ya ka" khusyuk mendengar penjelasan..dalam hati said aq dah buat something wrong ke..
She:"Ramai orang kita tak tahu.. Benda ni macam pengilat kuku la.. bahan chemical dia halal..kita boleh pakai tapi dia tak kalis air..sebab tu tak boleh bawa solat..nak mandi hadas"
Me:"oh.." no wonder la cepat jek hitam..
She:" Tengok pengantin sekarang pakai ukir2.. ada hadis kata tak boleh...tapi orang kita buat sebab tak tahu.. So kita share2 la ye.. "
Me:"oh..henna tu memang tak boleh sebab macam tarik perhatian lelaki"
She:" bukan tu ja.. ukiran2 tu pun tak boleh.. Pengantin sekarang ramai pakai.. Malam depa "buat keja" esok mandi hadas..sah  tak?
Me:"hahhaaha.. saya memang tak suka henna.. kahwin nanti memang tak akan buat.. semak tangan ja.."
She:"tapi setengah orang suka.. then mandi hadas depa tak sah..depa "buat kerja" lagi.. anak tu dikira camna nanti"
Me:" Tu la budak2 lanie perangai teruk.."
She: "haa sebab tu kita susah nak kawal budak2 lanie.. kita kena tengok semua tu..kadang2 benda2 camni orang tak kisah.."
Me:"ohh..terima kasih ye"
 She: "o k sama2.. setengah orang tak boleh terima kalau kita tegur.. silap2 kena tempeleng"
 Macam ni la lebih kurang our conversation.. Emm just wanna share with u all.. Betul tak betul tu tak tahu la.. yang betulnya.. kalau tak kalis air Solat tak sah... everyone ada dia punya fatwa..pandangan masing2.. 

Follow if u wanna follow.. Take it or leave it.. simple as that..



i admit buat ni memang cantik.. tapi tak nalk buat kat diri sendiri..

i'm done my part..


p/s: Sharing is caring.. bukan nak tunjuk baik..atau buat hebat..

Tuesday, July 17, 2012

Nafsu Serakah Seorang Perempuan

Salam,

Hi guys..actually nak update banyak benda tau... cuma malas...hehe so sempena ganti posa so tak mahu tidur maka boleh la aq update apa yang patut..hehe dah tengah bulan maka dapat la allowance.. Separuh duit commission telah kuberikan pada colleague aq.. tak mahu aku ambik duit yang tak ikhlas diberi sepenuhnya pada ku.. Alhamdulillah next month punya salary ada increment.. milkysmile Aq pelik la dengan diriku ini.. kenapa dan mengapa? Sebab sebelum dapat gaji dah bajet dah nak beli apa.. Tapi duit dah ada kat tangan maka semua terbabas membeli yang tak ada dalam senarai..

Fresh from bank...Duit baru sayang mau guna der..huhu


Then balik keja semalam after iftar dengan kakak kira hati nak beli benda ni jek sebab dah habis stock..
then nak beli satu jacket kat online ni

nak matching ngn dress yang sebijik kaler ni..milkysmile

tapi bila nafsu serakah datang membuak2..tanpa kawalan ekonomi yang mantap.. camna nak ambik subjek ekonomi ni wahai diriu tercinta.. maka dengan tak sengajanya terbeli..terbeli okey

actually niat ni hati nak beli kasut keja baru tapi nak postpone next month.. kasut keja dah licin tapak dah..
lepas tengok da discount 50% dari RM69.90 jadik RM34.95...maka terbeli la..
tapi tapak ni pun senang haus jugak huhu careless again.. milkysmile
dah jumpa kasut untuk konvo tapi RM99.90.. time raya tolong la ada sales.. kasut tak nak kaler hitam boleh tak?

time nak beli shawl.. nak keluarkan beg duit yellow yang awesome itu tiba2 bedak OXY Powder terpelanting mencecah lantai dan retak..malunya nasib ada owner kedai jek..milkysmile maka beli la SilkyGirl PureFresh Oil Control Pressed Powder dgn harga RM11.80 jek sempena sale kat Watson..


orait yang ni hanya RM5 sebab teringin... Dulu2 pakai inai time raya jek.. Rumah lama ada pokok inai so My Mom akan giling cam giling rempah.. So seronok gila pakai inai.. lanie mana nak p carik kan.. so beli la.. Ketegak tak mau dengaq cakap Kak kuku jadik cam hitam2 lak.. Kak kata pakai sat dah satgi hitam.. Pada aq inai pun tak kering camne nak basoh.. so disebab ketegak so aq tunggu lama lagi then bila mak basoh mak cakap basuh cepat2 sebab dah hitam.. Makanya jadi la kuku aq cam pontianak..dari nak mood bollywood jadik gothic pulak ..haha Inai untuk buat Henna cantik la..


So niat yang hanya nak beli contact lens solution terus tersasar membeli barang2 berikut... Pashmina stok untuk raya nak matching dengan Dress..
Oh ya dah dapat Button Skirt kegemaran dah milkysmile.. dekat online jual RM46-48(exclude postage)
beli kat kedai RM39.90.. Untuk stok raya
Raya tahun ni dah ada 3 Skirt.. Elok sangat la kan beli semua bottom jek
Tops tak beli pulak huhu

last but not least.. coklat semestinya kena beli.. mengembalikan mood yang duka akibat fitnah orang lain.. Fikir2 balik kenapa nak kena dukacita dengan orang yang mulut puaka ni.. Let her face her own karma..



huishh habit yang perlu aq ubah.. makanya kena tetapkan iman dari membeli macam2.. Plan lain beli lain.. ohh please Zuzu Obaithee..

p/s: Kiroro ajak pergi kursus kecantikan.. interesting tapi tak join lak.. malam sangat.. Hey harini last Qada puasa... and Ramadhan lagi 3 hari.. Jumpa kak Imi (akak PJJ USM) tadi..tapi dia lupa nama hehe but at least dia tegur..

Monday, July 9, 2012

My second Government Inerview

Salam,

ah'ha lambat lak nak cerita pasal my second government interview pada 5 Julai lalu.. And never ever cross my mind to be the last candidate... Semua sebab abang aq..huhu bertuah kan sampai lambat kat tempat interview.. Sorang2 berlalu pergi... dah sampai turn aq yang tinggal sorang2 menambahkan nervous yang kian menyeksa..

Masuk bilik interview sambil buat ayu sambil beri salam dan kenyih kerang busuk..kekononnya..

Interviewer 1: Ok. kenapa datang lambat?
Diriku           : Emmm.. Jem tadi lepas tu nak naik lift penuh.. ( apa ni alasan cliche sangat ni haha)
Interviewer 1: Datang pukul berapa tadi?
Diriku           : 8.15...
Interviewer 2: Ok perkenalkan diri..
Diriku          : ok...nama saya bla....blaa...bla...
Interviewer 1: Apa itu transformasi negara?
Diriku          : bla...bla..bla...( baru hafal tadi...entah betul entah tidak)
Interviewer 1: Sebutkan nama menteri di Jabatan Perdana Menteri
Diriku           : Emmm Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib.. aaa... Yang Amat Berhormat Datuk Seri Sharizat.. ( ahhh hentam saja la.. aq memang tak tahu nama pangkat depa)
Interviewer 1 : haipp.. Datuk Seri Sharizat tak masuk lagi... ni menteri di Jabatan Perdana Menteri
Diriku            : emmmm... Yang Amat berhormat Datuk Seri Hishamuddin... Yang Amat berhormat Datuk Seri Muhydin Yassin..emmm (otakku silalah berfungsi dengan bijaknya...huhu)
Interviewer 1: Menteri kat Jabatan perdana menteri?? nampak sangat awak tak tahu kan..
Diriku           : Ye.. ( encik saya ada bukak laman web tu semalam tapi saya betul2 tak ingat huhuhu)
Interviewer 1 : Ok lepas ni ambik tahu ok..
Diriku           : ok.. ( dusss... tamparan hebat"
Interviewer 1: Pernah dengar 5S,,tahu tak?
Diriku           : Yup saya tahu... (confident sungguh kot..sebab saya ada buat design pasal logo ni encik hehe)
Interviewer 1: sebutkan
Diriku           : Emmm Sapu, Susun, Sentiasa...emmm ( time ni lak otak nak jemmm)
Interviewer 1: ha? Sentiasa??
Diriku           :emmm saya tak pasti encik.. saya ingat dua tu ja..
Interviewer 2: Apa skop kerja kerani ni?
Diriku           : bla...bla...bla..
Interviewer 2: Kenapa nak bekerja dengan kerajaan?
Diriku          : Sebab saya dengar kerja dengan kerajaan banyak benefit..kelebihan..( tersasul cakap english..ohh my english)
Interviewer 2: apa kelebihannya?
Diriku          : Kelebihan macam senang dapat pinjaman... da pencen..lebih terjamin
Interviewer 2: Surat rasmi tahu?
Diriku           : yup tahu.. Surat rasmi kena ikut format2 yang ditetapkan.
Interviewer 2: Format apa tu? belah mana kena tulis?
Diriku           : emmm semua belah kiri macam alamat tajuk..( cik saya amat lemah kiri kanan cik..nasib baik otak berfungsi dengan jayanya) tarikh belah kiri.. lepas tu ada perenggan.. kena start dari number 2..( dok wat terer kenononya)
Interviewer 2: Dalam surat rasmi kerajaan ada satu slogan kat bawah tu.. slogan apa?
Diriku          :  Emm "Berkhidmat Untuk Negara"
Interviewer 2: Apa maksud "Berkhidmat Untuk Negara"?
Diriku           : (pulak dah..)  emmm berbakti kepada negara.. bekerja untuk negara.. bla..bla..
Interviewer 2 : Apa itu SPA?
Diriku            : Suruhan Perkhidmatan Awam..
Interview 2 dan 1 : apa dia?
Diriku            : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. (suka2 hati lupa ayat)
Interviewer 2 : Apa tugas SPA ni?
Diriku           : Mencari pekerja untuk berkerja disektor awam... ( hentam ja kiah ooiii)
Interviewer 2: Ni kali keberapa awak datang?
Diriku          : Kali kedua
Interviewer 2: Kali kedua ye...Apa persiapan awak?
Diriku          : Saya ada surf internet tengok2 apa yang patut macam nama menteri (nampak sangat menipunya)...emmm sebab kali pertama depa ada tanya soalan yang tak berkaitan (suka2 hati ja aq cakap camni...hahha betul la depa tanya gigi da berapa batang and belakang RM10 ada apa hahhaa)
Interviewer 1: ok.. Ada apa nak tanya?
Diriku           : ( aq boleh dapat kerja ka tak ni) emmm tak ada apa2 encik.
Interviewer 2: Apa harapan awak dalam interview ni?
Diriku           : (confirm la dapat kerja) emmm harapan saya mesti la saya dapat kerja dengan kerajaan.. berjaya dalam interview ni..
Interview 2 : ok itu saja..terima kasih..
Diriku        : ok.. terima kasih cik..

Fuh lega habis.. datang 8.15.. habis interview pukul 12 lebih...
Hmm interview kali ni ok lagi dari dulu
dengan tak prepare haha

 
tunggu turn lama sangat maka sempat la kami berkenalan.. bertukar no dan FB haha.. depa ni memang sekepala..so fun...

To the new Path

Salam,

Goodmorning guys!!! Bersahur lagi aq pada hari ni.. adeh.. Ingat kan harini lepas sahur and subuh boleh sambung tidur tapi betapa responsible girl nya aq rajinkan diri ke ofis haha.. Sepatutnya cuti hari ni tau.. Tapi disebabkan kerja yang bertimbun dan nak handover kat collegue so semalam memang tak sempat beb.. Ikut hati just wanna leave that tapi kecian lak kat colleague nanti.. Tak pe biaq orang buat kita jangan kita buat orang..

Tapi HALF DAY ja la erk... Baju semua tak packing lagi.. see bertuah punya budak semalam check lupa nak p sahkan sijil2.. Terpaksa la kaki melangkah ke politeknik tercinta.. Nasib baik dekat ja haha.. Alhamdulillah check semalam.. kalau check malam ni tak ka meraung aq nanti.. Yey esok nak daftar jadi student dah.. ahhhh my dream.. tambah2 dapat jadi student USM.. so tak payah la aq nak explain kat mana USM tu berada... Dulu sampai naik meluat nak jadi "google map" kat orang yang perihatin nak tau politeknik tu kat mana... Tambah pagi2 tengah tunggu bas sampai layan mood blues tengah mengantok and totally not in the mood nak jadi google map kat masyarakat2 sekeliling..

Hope so everything goes smoothly.. jangan la pulak lupa ini lupa itu.. I hate that..  Disebalik kegembiraan nak jadik student..tetiba rasa takut...yup takut sebab pilih kos lain dan buat pengajian jarak jauh lak tu.. Ah tak apa perlu azam yang kuat.. never turn back once u made decision ok girl!! Hope so girl yang orang kata lembab ni boleh berjaya dengan jayanya..amin..hehe

Tapi kan.. a lil' bit sedih la.. kenapa bila orang tanya kita study apa and kita jawab..

" oh saya sambung management.."

" oh..."
-respons yang biasa2 ja that typ of not interested at all-

" oh saya sambung medic/law/ engineer..."

"wow..."
- tersembul bijik mata"

"oh saya ambik graphic"

"boleh kerja apa nanti?"
-seakan merendahkan that type of cynical-

kenapakah perkara ini terjadi pada masyarakat kita?
People wont stop to criticize..
well
we should not stop proving 
that
they are totally wrong

Saya nak ambik management 
sebab
saya nak jadi
Manager Maybank
wakaka


tak habis2
dengan angan2
menjadi staff Maybank

hahaha

Saturday, July 7, 2012

#FoodReview : Jemputree @ Jalan Burmah

Salam,




Tempatnya macam konsep hawaii pun ada tapi konsep melayu pun ada sebab ada meja untuk bersila.. Romantik bila pergi waktu malam sebab candlelight beb.. ,,,huhu Ada live band.. Ada pasang lagu.. sangat bes.. sangat romantik tapi bila kedengaran lagu " I Dont love u" My Chemical Romance tetiba mood romantik bertukar haha apa la pasang lagu macam tu.. Nasib lagu Widur nyanyian Live Band mengambil mood romantik itu kembali haha..



So let's story about the food... I chose Chicken Chop (RM 19.90) It taste awesome..mungkinkah sebab kami lapaq?? wakak eh seriuos sedap..  For beverage, I chose  Mocha Ice Blended (RM 8.50)  Eh lepas makan ada 20% discount lak.. kenapa?? mungkinkah sebab kawan Si Dia pekerja sana.. atau memang haritu  ada discount.. Paling penting dia tak ada government tax beb.. Nak snap pic malu la plak sebab ramai orang time tu... lagipun gelap.. huhuu so ambik pic dari google jek la.. credit to all for your beautiful snap..


Let's rating!!

Food & Price = *****
Enviroment = *****

REVISIT?

Yes..definitely

Tuesday, July 3, 2012

#Obsession and #tips = 'It's time for Color Block"

Salam,

Holla!!!!! Already July u guys!!!!.. It's a month of mine..why?? because this month is my Bro birthday, My Late birthday, My 3rd anniversary, My birthday, My Parent's 28th Anniversary, My Gov Interview, My USM Registration and Ramadhan!!!! Yey, nak tarawih tahun ni hehe

Ok2 tak payah nak stiory2 yang orang tak nak tahu... Hey It's color block time la weh... At first macam pelik2 jek trend ni but then lama2 wow ter'fall'in love la pulakk der.. So tanya la pendapat Si Dia ok tak kalau pakai color maler ni.. Adakah patut dia kata jangan sampai nampak macam india dah..so meannnnn.. Tapi nak pakai jugak kisah apa??? hehehe Kekadang tu if i wear something and so many people said it's not nice.. If i like i'll wear it no matter what.. because i"m not u!!

So Raya ni dah tempah dah skirt and dress yang kaler maler.. dulu2 almari 1 kaler jek.. Tapi sekarang berkaler2 tapi lebih tertarik warna yellow.. tak tahu kenapa... Baca dalam buku Dara.Com.. Nak match color guna warna kuning.. sebab warna kuning senang nak match... example



mungkinkah color block ni tercetus kerana inspirasi color2 bollywood??
mungkin hehe


bila agaknya dapat keberanian pakai kaler camni..
mungkinkah sebab depa putih so masuk semua warna??


Trend..trens jugak.. asal jangan nampak macam badut.. apa badut??