Yummy Cupcake -->

Saturday, November 19, 2016

Dewan Kahwin Pulau Pinang

Assalamualaikum,



Sekarang dah bulan 11 maknanya dah akhir2 nak masuk 2017… oh my Gucci.. dalam dok kata tak pa kahwin lambat lagi…tak pa tahun depan nuh… emmm so disebabkan tarikh kahwin diawalkan ke hujung bulan 8 sebab cuti sekolah kalau takbulan September.. yeah tarikh kahwin harus memikirkan budak2 sekolah…yelah senang nanti orang yang jauh nak mai ye dak.. jadinya lagi 10 bulan… lagi 10 bulan…. Memang cam lambat lagi..tapi kalau preparation kira dah tak lama dah tu..
Time ni la dah kena booking dewan… dah kena cari catering… melainkan duit hampa berkepok2 so boleh book tempat yang mahal2 yang orang tak selalu buat.. kalau camtu last minute pun sempat… dalam 10 bulan memang banyak benda kena settle.. 10 bulan ni la yang ada kalau kau nak cantikkan diri nak kuruskan diri..nak perkasakan diri dengan ilmu2 agama.. ingat lagi dulu sebelum bertunang nak tunang 6 bulan jek… tengok2 nah 2tahun bertunang pun tak apa la tara nak prepare semua.. kalau korang plan nak tunang 6 bulan jek sebaiknya time sebelum tunang tu prepare kan sekali preparation untuk kahwin atau nak senang kahwin ja terus tak yah tunang2 ye dak..

So moh kita sembang pasal dewan kat Pulau Pinang ni.. ni yang aku make a call tanya…

1. Dewan Recsam
Ini lah dewan yang aku memang plan nak buat sebab senang orang nak cari tepi jalan dan kawasan parking yang menyenangkan.. Cousin aku  cakap RM1500++ jek sebab relative dia sewa last year 2015.. dan aku survey blog 2014 blogger tu pun tulis harga camni bagi aku ok jek sebab bajet aku untuk dewan RM2k…bila aku make a phone call orang tu cakap RM4500 sekali dengan kerusi meja.. aku tanya sekali lagi dewan yang bawah tu ka sebab kalau tak silap da 2 dewan dalam recsam… tapi dia confirm kan RM4500… perghhh baru setahun dah mahal.. tak tahu pulak mungkin ada penambahbaikan sebab tu mahal..tapi still kalau camtu jek RM4500 dengan dewan yang camtu bagi aku tak berbaloi.. ye ada aircond tapi bukan rasa cam uolss duduk kat ballroom pun…jadi reject awal2 baik pergi honeymoon…

2.  Anjung budi USM
Tempat ni sangat sesuai kalau buat untuk sikir2 dan konsep garden style.. sewa RM1000 termasuk kerusi meja cam garden cafeteria tu.. then RM100 deposit kebersihan (so kalau memang bersih akan dipulangkan) RM120 (untuk 2orang security..mungkin jaga parking..).. Kalau aku buat sikit orang nak jek sewa sini sebab cantik sangat..photoshoot pun cantik..tapi En.Rimau advise not to sebab kami kahwin nanti musim hujan nanti inconvenience.

see cantik sangat untuk garden style

3. Desasiswa USM
Dewan ni aku tengok dah cukup cantik dah..parking pun senang dah.. tapi hanya untuk staff… beruntungnyaa keja USM T_T… price tak dan nak tanya bila dia kata untuk staff jek..

4. Dewan Kastam Bukit Gelugor
NI la Antara dewan yang aku nak tempah RM1100 jek… ada homestay kalau nak sewa untuk adik beradik 1malam RM100 jek mama cakap…Mama dah tempah untuk adik beradik belah En.Rimau. tapi orang cakap sini macam limited sikit.. nanti baru nak p tengok...

aku tak tahu ini ka rupanya tapi google jek da pic ni
5. Dewan Jubilee
Dewan ni time belah perempuan adik En.Rimau buat dekat sini.. Antara dewan yang aku nak tempah jugak.. lupa plak RM1100 atau RM1600… 1 kerusi dia charge RM0.50 then meja dia charge RM5.00 satu.. pastu parking pulak senang.

6. Penang Golf Resort
Ah'ha ni saja galak nak call sebab nampak advertisement board tulis promotion RM588 untuk Grand Ballroom..  En.Rimau suruh call.. RM588 tu bukan untuk dewan sahaja tapi merangkumi decoration pastu siap makan sekali.. perghhhh... tapi untuk chinesse wedding.. why so pilih bulu... kalau malay wedding RM6000 untuk dewan...kalau anak somebody ke keja hebat boleh la uolss buat kat sini.. tapi aku baik aku sewa dress mahai2..


Dah makin dekat dewan pun tak settle… sebelum akhir tahun ni nak booking dah.. sebab dewan pun antara major thing.. tambah2 yang duduk rumah flat.. kalau rumah kampong tak pa boleh pasang khemah…

Sunday, October 2, 2016

My Military Diet : 2nd Review

Assalamualaikum,

Sat ja kan dah boleh buat 2nd Review... tu maksudnya lagi 4 bulan jek nak habis 2016... ehmmm tolong laa biaq laa goal yang ni accomplish... Aku da banyak goal yang tak accomplish tau T_T.. ok no matter what i will never give up and i will never surrender..gituu

ok bulan 5 kenaikan 1.20KG jadi 51.2KG mungkin sebab dok seronok tengok carta turun so lupa diri haha.. Bulan June bersamaan bulan ramadhan yang mana menu sahur majoriti makan oat dan telur setengah masak.. tu pun oat makan dalam pinggan kecik ja..sebab sejak2 dewasa ni malas benar pulak nak bersahur..menu berbuka cam bihun goreng.. makaroni goreng camtu.. kecuali time berbuka kat luaq.. tahun ni rasa banyak pulak berbuka kat luaq... bulan posa turun 2.40KG.. happy Mak Jemah tau jadi 48.8KG.. lama tak nampak angka 4 kat penimbang tu,,

Masuk bulan july...bulan bahagia la kata kan... disebabkan aku sangat bahagia.. tambah2 pulak time raya.. dan tunang pastu birthday pulak.. segala kek dan chocolate aku sumbat dengan rakusnya..maka naik 1.80kg menjadi 50.6KG.. sedih teruih... tapi Encik Tunang seronok..apakah.. so hari2 makan hati dengan perihal duniawi masalah ekonomi negara masalah achievement target boss pressure hari2 jadinya bulan 8 jadik 49.5KG turun la 1.10KG.. ni yang semangat  ye dak nampak angka 4 tu.. so boleh la kot nak lose 2KG dalam masa 4 bulan terakhir ni... nak fat inchloss...i need fitness partner!!


Kaki Melangkah : Langkawi 16 Sept – 18 Sept 2016


Firstly Alhamdulillah apa yang telah kami plan dari last year kumpul duit RM20 sebulan okeyh… boleh la RM20 untuk beginner cam kami kan..kan… setahun kami kumpul membawa kepada RM240 seorang… boleh laa habuan lepas duit flight ke kan.. mula2 plan tu nak ke Cameron lepas tukar plan ke Pulau Perhentian then tukar Melaka pastu last2 jadi Langkawi hehe..

Walaupun dah biasa pergi tapi dengan orang yang berbeza2.. feeling tu lain…jadi meh list down expenses kali ni
Flight ticket = RM932.10 / 5prsn = RM 186.42 (Air Asia ja)
Accommodation = RM 240/ 5prsn = RM 48.00  (Belukar Lodge)
Car rent = RM200/5 prsn  = RM 20.00 (Myvi jek..)
Minyak  = RM 30/5 prsn  = RM 6.00
TOTAL = RM 260.42

Kami topup la sikit dari saving setahun tu kan… kalau beli ticket awal mungkin lebih murah… sebab agak lewat jadinya kalau flight pagi 16 Sept tu dah beratus so kami ambik petang then 18 Sept kami ambik pagi… singkat ja kan.. boleh laa tu… sebab kami tak pergi island hoping jadi waktu yang singkat tu boleh jek pergi mana2 Langkawi kecik jek..
On the phone dgn Mr.Fiance....tiap masa dia checking kihkih
Sampai awai kt Airport kita lepak Oldtown dulu
The best part tu kami tak tau pun kena beratur bayar sebab yela makan kat Oldtown kan kena tulis ja then waiter ambik.. dah siap2 tulis tunggu2 lama tak da sapa attend dan aku dengan confident angkat tangan 'excuse me" pastu dia cakap suruh pergi sana.. malu mak jemah...

Jadi 16 Sept tu Hari Malaysia dah tentu public holiday jadi bonus kepada aku dan Nas yelah baru la kami berpeluang nak pergi mana2 kalau tak memang tak laa kami nak dapat cuti… itu lah disadvantange kalau BFF keja 1 tempat 1 department…’ Pig might fly” laa kalau kami dapat cuti dari boss…ok tak nak stress2 jum have fun!
Sampai Langkawi around kul 5 camtu.. terus contact Mia Sara Enterprise.. sebelum tu dia contact dah suruh inform kalau flight delay ke hap ke kan…mulanya kami minta keta Kia Rio sebab Myvi manual…then sampai sana dia cakap Myvi tapi auto…boleh laa.. then akak tu actually nak minta duit minyak yang customer previous tu minta balik konon myvi tu tak sejuk.. kot mana pun kena bubuh jugak kan minyak jadi kami bagi la Rm30 untuk minyak… kak tu cakap kalau tak ok nanti besok boleh tukaq kereta atau pergi tambah gas untuk aircond..
Safely touch down...
Merasa naik flight duduk seat sebelah stranger..sis feeling travel alone... dapat seat no 4...

Time nak cari tempat penginapan kami aku kol dulu orang tu.. sesat jugak la kami nak cari.. GPS bukan boleh caya ye dak…sampai2 lepas settle payment nak kerabat tilam tu tinggi ya amat.. dalam pic nampak besa ye dak..
Kita stay kat Belukar Lodge ye kawan2..
 Aku n Nana tido kat bean seat ja.. tak sanggup tanggung risiko tido atas tu hehe kang tergolek jenuh mak jemah...

Ok pic time!!




















p/s: Insya allah da rezeki nak travel lagi… rasa hilang stress… sementara belum kahwin kan…

Saturday, September 3, 2016

My Engagement : Doorgift

Doorgift time tunang... over giler kau Senah!!.. tak pa la bagi yassin dan ceklat2 ja pun... dah buat majlis tunang orang mengata maka aku hadiahkan yassin in hope orang2 baca maka mengalir la pahala2 untuk aku memandangkan buat majlis tunang tu umpama buat dosa pada sesetengah mentaliti masyarakat..hahaha statement amik kau..

Aku confius actually nak buat paperbag printed atau beli jek paperbag then lekat sticker.. setelah buat perhitungan maka paperbag printed lagi menjimatkan duit dan masa( dah satu hal nak tempek2 sticker...).. terus aku PM ig wanprintingsolution ni... 200pcs skali postage RM60.00.. time dekat2 raya lak tu aku baru order..owner ig ni cakap dia nak cuti dia tapi tak pa dia buat jugak untuk aku..fuhhh sis doakan rezeki mu bertambah2 laa.. pagi aku tanya... tengah hari aku buat payment.. petang dia siap design..pas aku confirm malam tu kot dia send pic paper bag dah siap... perghhh ini lah cara bisness yang kita cari!! 2 hari lepas tu dapat laa..

Yassin di sponser oleh sepupu aku terima kasih... marah dia sebab aku tag nama dia as a sponser... tak nak orang tahu katanya... tak pa la take it as token of appreciation.... jenuh jugak pilih design yassin sebab banyak sangat yang cecantik.. segan pulak nak letak Majlis Pertunangan kat yassin tu..sebab sepatutnya tunang kan rahsia2 gitu..tapi dah gitau 1 dunia..jadi aku request letak Majlis Kesyukuran... dalam seronok2 kena bersyukur Allah bagi nikmat ye dak kat paper bag boleh pulak letak Engagement Day...english sangat! hahaha

Untuk kotak coklat tu aku beli kat Atuz... 10pcs RM4.14... aku tengok da sale tulis 10pcs RM1 lebih tu yang aku tukaq ambik kotak pattern kayu tu instead of beg kain yang RM3 lebih jek tapi time bayar jadi RM4 jugak..dah balik baru belek.. pastu dah satu hal nak lipat2 bagai.. time tu baru tahu erti penyesalan...haha aku ingat prepare untuk 200 orang tu sikit tapi makan space bilik aku.. nyesal tak sudah beli kotak tu.. Doily paper tu aku beli kat kedai biasa ja lagi murah dari Atuz..thanks Mak sebab tolong buat sama hehe




Monday, August 29, 2016

My Engagement : Hantaran



My Bestie Cik Nad offer untuk bawa beli barang2 hantaran…sangat excited kan.. Cik Nad selalu tanya ada apa2 nak minta tolong dia ke..aku sampai segan nak minta tolong apa.. jadi minta tolong ke Atuz..So aku bawak Mak sekali beli dekat AtuZ.. siap buat VIP konon nak dapat special harga.. then orang tu cakap dah boleh guna dah.. tapi bila aku dah angkut cam2 tengok2 harga sama ja.. T_T..tak pa lah.. Hantaran aku nak DIY sebab excited nak buat aku kan suka benda2 craft camni.. aku google jek tengok2 hantaran org n ambik inspirasi.. lepas dah beli bilik penuh pulak dengan barang2… T_T

Aku berkenan dengan hantaran moden yang kurang bunga.. sebab aku semak kepala tengok bunga banyak2 kat hantaran.. So aku berkenan yang ni..

Blogger tu cakap renyah buat kalau foam bulat so aku terus decide nak buat petak hehe.. sebab kan theme aku baby blue + silver so aku pun beli ikut thema tu Cuma bunga ja kaler lain laa tak dak la nanti nampak sekata ja.. bunga Hangea (camni la kot eja) peach dan purple jadi pilihan…

aku tengok contoh ni la...cantik kan..simple and cute


1. Apple Choc.. ni aku order dekat Choco Express 9 bijik RM35 jek siap delivery

2. Chocolate.. ni pakai susun jek..
Kain biru tu beli kat Atuz balik balut square form tu then bubuh reben polka dot kat tepi dan reben shining2 tu kat tengah so that tak la nampak plain sangat tengah2 tu..
3. Princess Jelly.. sebab bawah tu jelly jek.. Patung tu beli kat kedai kek jek

4. Harta Karun hehe...
 cawan kecik tu aku balas jek dari almari hiasan mak aku haha.. mungkin dari pergi kenduri2 rumah orang kot..pastu campak2 jek coklat haha
5. Marble cake..
 Ni kira dah tak dak idea...beli jek kek kat mydin pastu campaq2 bunga...

6. Finger basket choc...

7. Chumi + Jeruk Basket
 Jiran bagi jeruk.. tak tahu nak letak mana sebab bekas dah tak dak.. so letak ja la sekali yang ni mak yang buat bagi bentuk cam sejambak tu

8. Apom polka dot yang wajib ada
 Time buat saja2 atau untuk orang lawa kemain..untuk diri sendiri jadi tak elok.. dunia memang tak adil haha tiba2..

9. Baju.. baju beli time POLO sale raya hahahaha

yang ke 10 adalah sirih junjung tak pulak aku snap sirih tu huhu sirih tu wat malam tunang tu... Mak buat.. pastu ingat kan sat ka tengok sat2 terkuaq la.. jatuh la sampai naik lunyai sirih... nasihat aku nak senang hampa upah ja la kat orang... tak pun buat jek tapak sirih...settle... serious sampai bebai la bua sirih tu..

Aku cam paranoid sikit sebab tu aku saja buat lebih siap2 hantaran ni.. mulanya nak 5 balas 7.. pastu Future MIL cakap dia tak boleh janji takut adik beradik nanti bagi.. so memang da 7 hantaran dari pihak lelaki... nasib baik buat siap2 9 hantaran.. then jiran bagi lagi 1 chumi dan Pakcik aku bagi buah so berbalas 7 dan 12 tak pa yang penting perempuan lebih ye dak..

 Tag name tu ikut idea blogger tu.. aku design guna microsoft word pastu print then beli  pape tebal & keras.. fuhhhh berselerak bilik aku dengan barang2 nak buat hantaran jek.. jadi dalam tengah buat hantaran tu aku berikrar time kahwin nanti aku nak beli atau sewa ja hahaha tak mau dah DIY tidak,,tidak...tak mahu...! penat tau tak Jah walaupun seronok...

from his side