Yummy Cupcake -->

Saturday, November 29, 2014

Happy Birthday Mak..62 already!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Allah beri kesihatan yang baik untuk Mak... Eeemmm dalam kepala macam2 nak buat untuk celebrate tapi jadi hal lain pulak...haishhh

Nasib baik My Sis and Abang Ipaq pergi beli kek...

dapat la celebrate small2 gitu...
haaa sempat lagi paksa Mak pakai tudung konon nak snap pic
hmmm mak siap pakai bedak n lipstick lagi haha kelassss...
kata Mak "Alaah.. baru elok sikit muka dalam kamera.."
hahaha tak apa Mak 360 kan ado..

Kan lanie trend kiss2 pipi hahaha

tapi tak apa la.. 
Kiss pipi Mak tanda sayang gituuu..
Bukan selalu kiss pun kan...
ni yang tambah sayang
nak kiss pipi Mak selalu la pasni..

haaaa rileks jek dengan pakai baju tidur tudung syria just grab jek habis terbesar pulak sanggul rambut tu..uhukkkssss

Bahagiakan Mak kita kena everyday
but this day a more special..

Sayang Mak

Saturday, November 15, 2014

15November- Wedding Miss Tan

Assalamualaikum...

Haaaa....nin dia...nin dia....hahaha buat teruk pulak.. 15 November  wedding officer aku yang depa kadang2 suka sangat kata kakak aku la mak aku la.. iolssss tak kesah as long as you guys happy with it... excited kot nak pergi wedding ni sebab nak tengok officer aku ni dalam version lain... sebabnya dia ni memang natural beauty pergi kerja tak makeup... So time wedding mestilah dia makeup and pakai cecantik kan...

iolsss pun ape lagi...nak jugak melaram... time2 camni la boleh makeup over2 kan.. baru perasaan night dress tak ada dalam wardrobe... so mix and match jek jubah hitam dengan jacket merah .. haaa hitam merah.. kelassss kau gothic feeling Mak Jemah... So try2 la nak mekap2 over2 malam ni...

Niat nak buat smokey eye tapi tak pandai so besa2 ja la...

try lukis hidung bagi mancung konon kihkih...hidung gatai pun tahan satgi takut mekap smudge...
Gambar dengan pengantin tak dak so dengan keta pengantin pun boleh!! Actually gambar dengan pengantin dalam camera gedebak tu hmmm bila tahun la nak dapat kan.. Perghh memang berubah officer aku tu... cantik kemain kau!!... sayangnya tak ada pic nak tunjuk huhu..

Haa lupa nak cita.. aku ni siap kemain awainya... kiranya kalau pakai bulu mata palsu pun sempat lagi la tapi rasa over pulak... siap2 tunggu teksi la.. haissshh demand kau teksi2 sekarang... dah la tengah hujan dan for sure jem.. teksi bukan ada sangat aku paham.. yang membara boleh pulak aku dengaq operator tanya teksi tu dia kata tak mau ambik.. tolak rezeki sangat kan.. so tunggu dekat sejam lebih dah kot... duk rasa cam tak jadi pi lah kot hmmm penat jek bersiap.. terus minta tolong anak penakan tolong hantarkan..nasib baik dia free malam tu.. memang bara gila dengan taxi service tu.. nasib baik cool down bila da anak jiran mai kat aku cakap "kakak... u look so pretty.." terkejut Mak Jemah haha kembang semangkuk hahah motif nak inform dalam blog hahahha..

haish ni yang rasa macam nak ambik lesen esok jugak then boleh beli kereta.. emmm nak ambik lesen tu boleh gagah... nak beli keta tu kena pikiaq lagi.. yelah gaji RM3600 dikira miskin bandar..huhu so sampai la restoren everyday supreme seafood tu sorang2 carik tempat tu.. dah naik lift tekan.. then dengaq bunyi dah sampai tapi lift tak bukak... cuak dah ingat terperangkap.. then dok rasa dengan bunyi lagu2.. then kaleh belakang lah boleh pulak lift tu pintu dia bukak on the other side.. haishhh malu kot orang tengok...malu Mak Jemah....

gambar2 bajet cemgini harus ada ni pengakhiran blog...
how i love the red and black combination..

Thursday, November 13, 2014

Kenapa suka hari2 pakai sling inner

Assalamualaikum...

Sambil2 mendengar lagu2 "Awak Kat Mane"-Taufik Batisah.. Musim diri ni suka Taufik Batisah pulak.. hokey let's go to main topic.. Dulu first2 time pakai tudung bila mula jinak2 pakai inner tudung ayunar tu kan.. rasa heaven gila sebab tak payah ambik masa lama nak setting depan tudung bagi muncung2.. muka bulat pakai bulat nampak macam doreamon huhuhu... then saja try2 pakai sling plak.. dah addict and terus lekat jadi style hari2.. selain senang..dan tak payah risau ditiup angin2 sepoi2 bahasa.. salah satunya.. haaa tengok gambar..

Pic atas tu menyerlah kan lagi betapa macam pau gebunya muka... 
then kalau pakai inner sling camni
nampak tak muka cam da effeck runcing..slimriver dan kecik..
bermain dimensi dimuka hasil pakai inner sling camni..
sebab dia sling dia bagi effect runcing atau muka jadi panjang sikit..effect jek..
lebih2 nak selfie bagai..lemme take a selfie kan..
tambah2 pulak pakai kaler hitam kan lagi la shadow tu bagi nampak muka kurus..
then snap pic sebelum and selepas konon dah kurus hahahaha..

haaa sebab tu suka hari2 pakai style camni...
selain cepat dan senang dan nampak style tapi nampak panjang sikit dimensi muka..

Sesalan yang dah too late

Assalamualaikum....

Berdosa pulak bila kata 
"Kalau la dulu...
Kalau la aku tak..
Kalau la.. Kalau la..."

Jadi
Sekarang memang sebenar2nya
menyesal dulu tak just ambik STPM instead of Diploma
So that lepas STPM 2 tahun 
boleh terus proceed Degree
Kira lepas SPM tu 
in the next 5years dah dapat tittle Degree dah
Sekarang dah 7Tahun dah dari SPM
baru masuk 1st year untuk Degree
tu pun mau extend ke 5years lagi
sebab 1 sem ambik 2 paper camtu..
itu ja yang mampu sebab RM800/subject
ni pun ambik part time sebab tak boleh afford ambik full time
PTPTN kan ada??
Time Diploma duduk dengan parent pun duit tak cukup..
Kalau duduk luar mesti lah banyak lagi expenses..
Kurang2 ambik part time...boleh sara diri sendiri bayar sendiri..
Orang ada cakap "Tak ada duit..Tak payah la sambung study"
Menjadi satu kepantangan yang abadi dengar ayat itu
 Mana jauh boleh pergi dengan Diploma..
Lainlah kalau after Diploma..
terus kerja dengan company family..related..or pakai cable..
Jadi bila umur dah nak masuk 3series
baru dapat title Degree 
time tu kawan2 yang lain siap boleh habis Master nak masuk PHD
Rezeki masing2...

Rasa menyesal tak study betul2 time SPM
tak dapat good result dalam subject sains..
dah for sure tak boleh ambik course sains kan..
consequence terpaksa ambik course yang bukan my cup of tea..
dan kerja pun bukan my cup of tea..
tapi syukur lah dengan kerja ni dapat jugak beli a cup of tea eh..tiba2..

Menyesal pun dah damn too late
dont cry over a split of milk..
Rasa dah buat biggest mistake in life tak ambik STPM
konon tak suka jadi student sekolah tak mahu pakai baju sekolah..
haishhh..
Dont believe in bad decision
make a decision and make it right!!

Smile and Keep Faith



Sunday, November 2, 2014

Woodlands Vegetarian Restaurant

Assalamualaikum....

Hmmm lama dah kan tak buat food review... Bila nak buat tak ada mood pulak.. so kali ni nak buat review.. Malam sebelum aku apply cuti tu..Biasa la lepas stay back lewat untuk siapkan keja yang tak pernah akan habis tu.. Aku, Kak Shida dan Officer aku Kak Haj decided nak have a dinner. So Kak Haj ajaq makan kat sini.. Woodlands Vegetarian Restaurant.. tapi Kak Haj just sebut woodlands..

Pic from google

dah sampai sana then baru nampak vegetarian..halamak... aku ni memang serious cakap species carnivorous.. rasa macam nak order apa ni.. Cheese naan pun nampak tak dak dalam menu tu.. So Kak Haj suggest makanan yang patut di cuba...

Pakodeh la kot nama dia...
 Macam pisang goreng celup tepung tapi yang ni cabai hijau celup tepung..

Yang ni Puri
Kembung besar bila dapat rupanya lama2 kempis.. 
cicah dengan kuah yang ada kacang kuda yang gedebak..


Price lupa pulak..adoii sebab Kak Haj yang bayar kan tapi affordable la.. Environment pun so clean..banyak tourist ada dalam restaurant ni..

Saturday, November 1, 2014

Hanya untuk 1 jam Hidup...

Assalamualaikum...

Sudah November..
Rasa sepertinya baru Oktober..
Mungkin sudah lupa 
Mungkin tidak sedar
Pantas waktu berlari kencang..
Seawal 5.30 pagi sudah kelopak mata buka
kadang hadiahkan diri ke 6.00 pagi
Lebih kurang 7.00 pagi bermula perjalanan
Pukul 8.00 pagi sudah tiba ke destinasi..
kalau awal sedikit dapatlah hilangkan lelah perjalanan
kalau lewat..pencarian rezeki terus bermula..
Segala kekalutan..ketakutan..kebencian..
Dengan segala makian..tekanan..tohmahan..
Terima kasih pada yang tidak..
Antaranya 1 jam waktu lari dari segala itu..
Kadang harus berkorban kerna lambakan kerja..
terus..
terus menghadapi sesi tekanan itu lagi..
Tekanan bertubi2
kadang2 pukul 8.30 malam baru mula mahu pulang..
baru mula pulang bukan sudah pulang..
Lagi ketakutan keseorangan
namun paksa diri berlagak kuat dan berani..
Mengikut nasib
Kadang pukul 10.00 malam kadang 10.30 malam bisa jugak 11.30 malam
tiba di tempat ku gelar "Syurga"
Dengan penat lelah 
Hanya 1 jam sehari untuk betul rasa nikmat hidup..
1 jam sehari dari 24 jam sehari
kadang pulang hanya untuk tidur 
tak sempat nikmat hidup
Pukul 12.00 malam harus beradu
untuk hanya 5 jam 
5 Jam untuk "lenyap" dari dunia yang menakutkan memenatkan
5 Jam untuk "bebas' dari segala rasa hati
5 Jam ketenangan itu indah..

Untuk tiba 1 hari terasa kaya itu
hanya 1 jam sehari nikmat hidup
ya hanya 1 hari terasa kaya
kerana hari kedua seterusnya
bermula pencarian untuk 1 hari terasa kaya itu