haha... so why worry all dear?? Feeling Che Ta sangat kan....haha Yes I'm already 24 years old this year... time muda2 dulu plan konon 23 or 24 nak bernikah dah hahaha...tapi lanie okey Allah lebih tahu.. If orang dolu2... umur 24 tahun dah beranak pinak dah... kira memang dah lambat sangat lah kalau masih anak dara... terusssss pannnng!! "ANDARTU"... pwehhhh so cruel...so cruel..... Dunia kejam...Dunia kejam...rilekkkksss dunia tak kejam..manusia yang kejam...sebab mulut manusia yang cakap.. Ada ka bumi bersuara cakap kita ANDARTU..
So disebabkan mulut2 puaka atau mulut2 longkang segolongan manusia ni.. Banyak gadis yang sebaya2 aku ni jadi tak senang duduk.. dah la kena fikir pasal kerja pasal belajar pasal dunia pasal politik eh tiba eh.. ni tambah pula pasal kahwin..ohhh damn.. So kecian la dekat gadis yang terpaksa kahwin..dipaksa kahwin..terdesak kahwin ni.. Just to avoid from being stamped as so called "ANDARTU".. Kalau dipaksa kahwin atau terpaksa kahwin kesudahan dia awesome cam dalam drama2 atau novel2 cinta tu tak apa jugak.. Ni jadi pelik2.. Dapat laki kaki pukul... kaki perempuan.. kaki segala bapak kaki.. Sebab tak mahu jadi ANDARTU kena sacrifice whole life suffering...serius sangat kasihan...
Perempuan ni time dia anak dara orang tanya bila nak kahwin..kalau kahwin awal orang kata "dah gatai sangat.." or "dah ada apa2 la tu".. Kalau tak kahwin lagi terus cop "memilih.." "materialistik..." paling sadis "tak laku.." Dah jadi isteri orang.. tanya pulak bila nak ada anak.. setengah tu Allah bagi ujian tak ada anak.. Si Sibuk Mulut Puaka ni sibuk tanya.. tanya time raya time kenduri..time kat shopping compleks...tanya sekali boleh la accept.. kalau dah frequently.. Dah tahu soalan tu so sensitive.. dari sibuk2 tanya yang kau tahu jawapannya.. why not doa kan untuk depa ja...hadoiii people always make it so complicated.... then bila berlaku penceraian.. perempuan lagi..."Tak Pandai Jaga Laki".. "Tak Pandai Jaga Badan".. yang sedihnya perempuan sendiri yang kata kat kaum perempuan sendiri..hasihh nasib la orang tak tanya.."Kau bila nak mati?"
Tambah sekarang zaman Facebook..Instagram...selfie merata... bukak2 jek.. berderet gambar kawan2 kita sana sini kahwin.. Kad2 kahwin pun dapat atas nama kita...Dolu2 dapat nama parent kita.. Serious aku tengok pun terus rasa wahhh nak kahwin jugak la.. punca?? Sebab baju cantik... photoshoot feeling model.. orang2 ucap tahniah..Orang yang tak berapa rapat pun akan kata tahniah... boleh dapat ribu2 like kat facebook..hehe then i realized marriage bukan setakat 1 hari yang kita jadi Raja sehari tu.. nak pakai baju cantik.. boleh jek pergi sewa mana2 baju pengantin then tangkap gambaq buat koleksi sendiri... tapi jangan kang orang ingat physco ahhaha...
Bila orang yang Allah dah takdirkan memang tak ada jodoh ni... Actually tak ada apa pun... sebab Allah cipta kita hidup untuk jadi khalifah bukan hidup untuk kahwin semata2 dan bila kahwin tu dah kira hidup dah settle down kononnya...tapi fungsi masyarakat sekeliling yang mulut2 puaka2 ni yang banyak merosakkan semua.. Kalau orang tu tak kahwin sampai tua.. bila dia moody marah2..kena kata "Dok perangai camtu..tu yang tak kahwin2".. "Tak kahwin tu yang suka marah2".. "Orang tak kahwin..memang camtu".. hey come on la.. kita ni human kot.. what u all expect.. kita tak boleh marah2 or moody...then what u expect us to do?? Kalau orang dah kahwin moody2 or marah2.. lain pulak orang kata...haishh la mulut puaka.. please la change this type of mentality..!!
So for those yang maybe tengah runsing Mr.Jodoh tak kunjung tiba tu.. well dont worry girl!! Marriage is not your only aim.. yeahh perkahwinan itu satu yang di tuntut dalam Islam.. leave it to Allah.. Allah akan bagi Mr.Jodoh pada waktu yang tepat.. maybe kita rasa cam kita ni dah layak sangat nak kahwin tapi Allah tu Maha Mengetahui.. Dia tahu kita tak bersedia lagi that's why Dia tak bagi lagi.. well hello perkahwinan tu bukan setakat u suka i..i suka u come on let's get married.. kahwin tu umpama sama2 nak menuju Jannah..aiseh.. kalau takat duit uolss banyak kat bank dah ada rumah dah ada kereta uollss rasa layak kahwin tapi ilmu agama sikit pun tak ada better tak payah kahwin kot.. macam mana nak ajar isteri macam mana nak ajar suami and macam mana nak ajar anak2...
From my personal view la.. orang kita sekarang ni lebih fokus untuk jadi bakal pengantin... hmmmm segala tok nenek punya collagen..supplement semua dok telan...konon nak bagi cantik and konon baru orang masuk meminang aka baru laku.. please girl we are not "thing".. kenapa letakkan diri kita macam barang.. nak test laku tak tak... we are more than that.. in other word kita cam nak future husband kita tu berkenan kat kita sebab kita lawa.. Beauty is not everlasting.. and kita tak akan pernah jadi yang tercantik kat dunia.. sentiasa ada yang lagi dan lagi cantik.. Kalau husband kita nak kita sebab cantik esok ni dia jumpa lagi yang lagi cantik..dont cry girl!! Tak salah pun makan collagen untuk supplement untuk diri..untuk kesihatan untuk keyakinan diri..jaga nawaitu tu.. iolsss pun makan jugak..
So why kita fokus untuk jadi bakal pengantin ja?? Kita ni sure ka semua bakal pengantin?? Bukankah dah for sure kita ni bakal jenazah?? haaa yang tu memang semua confirm.. tapi kita tak ambil peduli pun.. sibuk nak fokus jadi bakal pengantin jek.. So dari kita stress pasaipa tak da orang meminang.. pasaipa tak kahwin lagi.. stress dengan mulut2 puaka orang.. Moh ler kiter fokus diri kita yang bakal and for sure jadi bakal jenazah ni.. Mulut orang tu arghhhh just ignore... atau jawab je " Jodoh itu Rahsia Allah, Mak cik.... Saya dah berdoa.. Makcik pun berdoa la untuk saya..terima kasih"..
Rileks girl!! Move forward.. Kita bukan duduk zaman dolu2.. Dunia dah maju aiseh.. Untuk mulut2 puaka tu anggap lagi mereka tak majukan diri mereka lagi.. Tak tahu la kalau kat luar negara isu tak kahwin ni apa mentality depa.. orang cakap tak apa depa bukan Islam so depa tak kahwin pun boleh... haaa salah tu.. marriage is not about u can have a sex..maaf cakap.. So girl!! change up your mentality! Iolss buat entry ni bukan pasal iolsss pun tak kahwin but just wanna share my opinion... and help other girl that may face all these situation... sebab rasanya orang kita lebih fokus pada perkahwinan padahal perkahwinan bukan satu2nya ada kat dunia ni.. Ingat kita dilahirkan untuk jadi Khalifah Allah...and Jodoh itu Rahsia Allah.. kadang2 Allah angkat darjat seorang wanita tu tinggi yang mana kat dunia tak ada laki pun layak untuk dia.. tapi di syurga nanti.. Ada kisah seorang pemuda zaman Nabi ni.. Dia pemuda yang baik.. berjihad.. kenapa Allah tak bagi dia jodoh kat dunia sedangkan dia terlalu baik?? Sebab ada bidadari yang berebut2 untuk dia kat syurga..akhirnya dia meninggal time berjihad.. time tu dia berpuasa...dia nazak..sahabat2 lain nak bagi air dia tak mau sebab dia nak buka puasa dengan isteri dia bidadari syurga...so sweet... ok ladies!! dont be sad.. be awesome instead wokey!! perbaiki diri sedikit demi sedikit.. this advice is for me too..
p/s: everyone has their own past stories but it cant stop them from being a good person in future..