Yummy Cupcake -->

Saturday, October 17, 2015

03-04 Octocber 2015 Tasik Banding Perak

Assalamualaikum...

1st outing untuk Penang SSC kot tahun ni.. kali ni kami ke Tasik Banding... aku memang tak tahu menahu pun pasal Tasik Banding... search google rupanya tempat memang heaven untuk fauna n flora lover... tanya orang.. orang cakap "apa la pi tempat orang hantu..." haiyooo cuba la cakap tempat nak tengok ciptaan Allah ka molek sikit dongar...

so dekat sini we all stay... Banding Lakeside Inn.. RM250 kot sebilik.. kami ambik sekali dengan BBQ nanti malam so seorang kena bayar RM190.00 for accommodation and  makan..yang tak bestnya.. time pergi ni jerebu pulak... tak boleh nak menikmati keindahan alam sangat...
Kami bilik sebelah2 jek.. dekat2 jek balkoni rasa macam boleh nak panjat jek pergi bilik sebelah... Aktiviti hari pertama naik rakit ni... seorang kena bayaq RM35.00... aku macam nak try tapi macam takut tapi cam nak try.. yang takutnya sebab rakit tu macam masuk dalam air tu huhu.. kalau aku tau berenang aku memang tak kisah.. minta restu Mak.. Mak cakap tak payah la... Mr.S pun cakap tak payah...kalau aku berani Mak aku n Mr.S tak kasi pun aku naik jugak hahaha....
So depa2 ni ja la yang naik.. dayung rakit dengan buluh perindu ehh buluh ni...
Dalam takut2 nak pergi dekat2.. sampai ke hujung sana depa ralik mendayung... ohh yaa jangan risau ada 2 orang peneman untuk naik rakit ni...

Ok lepas naik rakit... nak pergi makan lapaq teruk kot  sebab kami sampai pun petang so dan naik rakit ja la..  kami pergi makan kat kedai2 dekat2 jek.. makan laksa sedap jugak.. dan milo ais sebab tengok meja depan tu milo ais dia cam sedap... malam BBQ time.. Ya Allah makanan punya banyak Ya Rabbi...kenyang Alhamdulillah..

so potluck gift time...aku dapat hadiah yang depa semua nak avoid sebab dalam banyak2 hadiah.. hadiah ni yang orang boleh nampak yang lain balut2 dah.. so depa memang tunggu sapa yang dapat.. tengok2 aku hahaha pandai pulak time last2 baru dapat grand prize ni.. syarat hadiah kena RM20 ke atas...

Hari kedua.. kami nak pergi tengok bunga raflesia, Sira Gajah dan perkampungan Orang Asli.. kami pergi ni bukan under  hotel tu.. kami jumpa pakcik ni kat kedai makan.. dia offer pakej more cheaper.. sebab kalau hotel kena bayaq RM800++ tapi pakcik ni RM500++ jek..lawak pakcik ni katanya dia suka turun Penang minum kopi..suka makan kat Seoul Garden... haaa  cam pelik..

naik laa bot tu.. gerun pun ada tapi pasrah jek.. sebelum naik doa bebanyak jek.. tara bot tu nak stabil sorang2 naik memang senget benget bot tu huhu  first sekali kami nak p tengok raflesia... kiri kanan tak ada boat.. pastu jerebu tak nampak sangat memang takut gila.. takut aku tu sampai nak snap pic pun aku tak ada mood hahahah walaupun orang kata tak ada buaya tapi tengok air tasik tu aku tetap rasa da buaya ada anaconda hahaha.. nak sampai tempat raflesia tu memang Subhanallah cantik walaupun cam kegerunan sikit.. nak naik tu Ya Allah dah la pakai tak proper.. masuk hutan tu naik bukit aku ingat bukit yang biasa ni yang kena pegang tali da curam2.. da licin2 pulak.. alahai.. memang tak pikiaq apa dah.. nasib kami tak brapa baik jumpa bunga raflesia dah mati.. nak naik lagi kami cam tak mau sebab nak naik pun dah setengah mati satgi nak turun tu takut pulak.. aku ingat bunga tu atas tanah tapi ada atas pokok jugak..

dari sana pergi pulak Sira Gajah.. tempat ni memang jauh...tengah pulak aku yang tengah lena2 sebab jauh sangat pastu pemandangan pun cam tak nampak sebab jerebu plus nk cover perasaan gentar tu aku lena2 la gak tiba2 boat berhenti.. boat jadi senget memang gila creepy.. rupanya minyak habis so dok da tengah2 tu sementara nak isi minyak... serious Sira Gajah tu jauh.. aku selagi tak sampai kat darat memang cuak.. trek dalam hutan kali ni tak adventure cam kat Raflesia tapi jauh laa nak sampai still perlukan orang tarik and pegang aku.. maklum la insan kerdil kena laa orang tolong....hehe and yang best lagi gajah pulak tak dak adoiii.....
Last destination pulak perkampungan orang asli.. comel jek budak2 ni berani benar mandi dalam tasik.. dah biasa kan... cam ni la rupanya rumah2 orang asli kat sini... ada tadika...kadang2 orang luaq datang.. tapi yang banyak datang orang yang nak sebarkan kristian..

tara nak sampai tu memang jauh stok makanan dah habis.. mula2 kami cakap kat Abg Sam tak payah bawak makanan banyak2 tapi memang patut pun dia bawak... memang kami kelaparan... tanya Abg Fauzi (pembawa boat)  dia cakap 1 jam lagi sampai laa.. perghhh stok makanan dah habis.. memang survival laa.. nasib tak minum aiq banyak sangat kalau tak memang cari nahas laa kalau nak terkucil... laki senang laa kita yang perempuan hahaha...

dah sampai tu memang  lega selega mungkin....walaupun penat tapi serius best.. paling suka kat yang tengok bunga raflesia tu mencabar habis.. Alhamdulillah kami semua selamat.. yang tak boleh belah nak masuk hutan ada yang bawa handbag laa pastu bawak powerbank semua.. first Aid kit tak sapa pun bawak... handphone guna pun untuk tangkap gambaq jaa.. sebab dalam hutan memang line internet tak dak..line telephone pun tak dak...kat tasik pun sama tak ada line..cuma da line kat setengah tempat sekali dengan line internet haha berderet masuk missed call and wechat dari Mr.S hahaha

No comments: