Yummy Cupcake -->

Friday, October 29, 2010

AkHirnYa..Pecah Rekod

Tarikh: 29 OKTOBER 2010
Tempat: Home Sweet Home
Mood: aacchimmmm...uhukk2..uhuk...

Salam,

akhirnya pecah rekod dah... dari sem 1 sampai sekarang lecturee tak pernah pun dapat surat MC dari aq.. tapi sem5 ni kecundang disaat akhir lak..nampaknya rekod yang aq pertahankan telah runtuh.. kira lama jugak la aq sakit.. mula2 hari sabtu time ada dekat seminar kat Perlis.. aq telah "tak dak sora".. tetiba2 ja.. tak apa la biasa la tu... suara rockers+ seksi kot.. hari isnin ada pulak presentation..nasib lecturer memahami so i don't have to speak...fuh, nasib time oral tak macam ni.. hari rabu aq dah rasa seram sejuk dan lemah2.. aq ingat demam malam ja.. aq selalu macam tu.. demam beberapa jam ja.. esok tu bangun fuh..panas badan..

nak MC..tapi ada test plak..dan terpaksa aq pergi jugak.. terima kasih Kiroro for the ride.. nasib lepas test terus balik.. kondisi badan makin parah aq makan ubat dan terus lena.. mak demah2 badan... petang mak gerak.. mak buat teh so aq boleh muntah.. absolutely right.. lepas makan dan minum terus muntah..badan dah start peluh2.. rasa lega sedikit.. badan still panas.. so decision lepas kelas esok nak pergi klinik..tetapi..bangun2 masih tidak sihat... telefon member2 inform depa.. hmm macam mana la depa settlekan 3mini project tu.. aduh tambah pening pikir..

p/s: terima kasih la wei..rasa bersalah ni tak buat kerja pun..i'm sorry..

wow...

Tarikh: 16 oktober 2010
Tempat: My Own world
Mood: Kembang semangkuk..

Salam,

ah'ha... arini aq rasa sangat kembang semangkuk..kenapa dan mengapa? hold on.. let me tell ya..tadi sedang rushing plus serabut2 nak discuss dan buat mini project.. sempat jugak download games..game yang aq suka gila + obses sesangat adalah Hidden Objects.. tak tahu aq rasa leh release tension+stress kalau buat..walaupun boleh menyebabkan mataku yang rabun bertambah2 rabun haha.. tak apa boleh tajamkan akal yang tumpul ni.. games yang aq memang down sangat game rushing2 haishh aq memang confirm kalah.. lagi satu game budak laki macam counter strike dan apa benda alah lagi.. try jugak nak main tapi huishh aq la wira yang first mati di medan perang haha..

okeyh..banyak lak mukadimah..haa tadi cari2 game terjumpa satu game ni... mata tertumpu tepat lalu kembang semangkuk.. nama games tu"Zuzu and Pirates" haha.. kenapa pula nak kembang semangkuk.. hala nama aq di poli atau nama 'manja' yang diberi oleh sahabat2 adalah 'zuzu'..walau ada yang kata macam nama kucing.. tergedik2 aq men'download'.. sanggup setia menunggu..

balik2 terus main game.. alahh 1 hour ja..emm tak apa lah janji boleh main.. waaaaaa mana nak cari full version ni... dalam game ni zuzu ni seekor lebah yang tinggal di zuzuland hakhak..lantas minta tolong Si Dia..haha setia menunggu..


p/s: mana nak cari games yang full version instead of kena beli sendiri

huh..cita apa ni..


Tarikh: 16 oktober 2010
Tempat: Cinema somewhere..
Mood: huk? cita apa ni..

salam,

dah lama tak story pasal cinema story.. banyak sangat tengok movie sampai malas nak cerita..haha hari ni pergi tengok wayang denganSi Dia.. Si Dia suruh choose nak tengok gambar apa antara 'Buried' dan "The child's eye'.. aq pilih cerita 'Buried'.. dengaq tajuk macam menarik..
ini la first time aq tengok movie yang aq rasakan budjet tak banyak.. kenapa dan mengapa? let me list out..
1. acting kat 1 tempat ja..dalam keranda..
2. satu pelakon ja..pelakon utama.. dan pelakon lain hanya dalam video hendphone tu pun 3 orang ja kot..
suara2 lain ja banyak..
3.guna sepasang pakaian sahaja haha..

4. kesukaran maybe pada cameraman sebab tempat yang sempit..

dari first sampai habis tunjuk laki tu dalam keranda ja.. laki tu ditangkap oleh penganas then ditanam macam tu.. ada dalam keranda bawah tanah tapi line handphone still ada.. pelik2.. gelap cerita tu.. tapi adalah scene2 yang menarik macam tetiba ada ulaq dalam keranda tu.. then ada letupan2 yang buat aq terkejut berapa kali jugak la haha..lemah jantung and semangat tul haha.. ending yang entah apa2 tapi sedih jugak la sebab before dia nak mati tu.. isteri dia kol dia.. dia sumpah dia akan balik.. isteri dia suruh dia sumpah banyak kali..dia pun sumpah la..sebab dia ingat dia akan diselamatkan.. tapi unit penyelamat dah salah tempat pulak.. dah saat akhir cuma perkataan sorry ja dinyatakan.. padahal pasir dah sampai paras muka dia dah.. so laki tu pun macam redha ja la.. then habis..semua penonton gelak.. hala habis macam tu ja.. haishh tak adil betul..

p/s:rasa regret lak tengok..tapi tak apa la asal ada experience tengok cita pelik macam tu haha

Thursday, October 14, 2010

thE EndiNg oF ShOOtiNg

Tarikh: 09/10/2010
Tempat: Snake Temple, Taman Rimba dan Dam..
Mood: WAhhh besnya..

Salam,

Lokasi – Snake Temple..
Pengacara-nana
shooting kali ni ke snake temple... part nana pulak.. mula2 teragaq2 nak boleh masuk ke tak.. sebab tak nampak melayu pun.. then nampak da tourist Arab masuk siap berpurdah..
menambahkan keyakinan kami nak masuk haha.. masuk2 tempat ni tak lah besar macam kek lok si temple.. tapi yang special tempat ni ada Snake Farm.. masuk rm3.00 je utk rakyat malaysia..bangga tetiba jadi malaysian.. masuk2 tengah2 khusyuk shoot..terkejut lak dengan jeritan monyet hehe.. haaa nama ja snake farm tapi macam2 ada.. ada monyet, kura2,argus, arnab and apa tah lagi..

-trust me kura2 ni memang sedang tersenyum..comel-

terkejut sangkar ular sawa depa biar terbukak macam tu ja.. confirm ular tu tengah kenyang.. kalau tak pandai2 fikir la.. haaa ni part aq suka sentuh ular.. tak pernah sentuh.. tergedik nak try la jugak.. wahh bes la pegang.. banyak kali gak pegang.. sejuk ja haha..depa kata
"belai dari kepala sampai ekor boleh bertuah"...
haishh yang tu tak berapa berani..ular sawa mas tu...


-hehe sentuh2 macam ni je..-

-haaa ni dekat tempat ular sawa yang besar tu-

haaa ada adegam pelik... ular tedung selar kena paksa makan..uikk pelik tu.. depa kata ular ni tak nak makan..haishhh pelik2.. so terpaksa la sumbat makan.. emm kecian pulak tengok.. kami memang bawak tuah kot ada arnab beranak..emm 4 ekor kot..pink2 ja..hehe comel.

Lokasi-Taman Rimba
Pengacara-kiroro
jauh perjalanan dari snake temple nak pergi taman rimba.. lena la jugak dalam kereta.. punya lama tak pergi sini banyak dah perubahan..makin cantik tempat ni.. tak banyak nak story sebab aq dah pernah pergi.. tapi yang spoiltnya.. tak bawak baju lak.. tengah2 panas mandi sungai syok ni.. aiq dah la sejuk gila.. haishh lain kali la...

-posing sikit-

Lokasi-Dam
Pengacara-nas
lepas pergi taman rimba pergi dam pulak...dekat jek.. shoot bahagian nas.. emm air dah makin sikit... risau pulak.. 10 tahun lagi mesti takat air tu lebih rendah..hmmm

yiiiiippppieeee shoooting dah habis...yeahhh lega..tapi tak berapa lega kenapa??? hala shooting beb..story board tak lukis lagi.. haha kami memang terbalik storyboard tak buat tapi shoot dah.. lepas shoot singgah batu feringgi 'pekena' laksa dan air 'nyok'.. perghhh sangat sedap..


p/s: fighting!!! editing time...kalut2 kelamkelibut..

Masih Raya

Tarikh: 08 oktober 2010
Tempat: Tm Resort Tanjung Bunga
Mood: raya lagi yeah...

salam..

emm masih di mood raya walaupun raya dah lama... bersempena last syawal poli aq buat jamuan raya..nun jauh di tanjung bunga .. jauh la sangat dalam pulau jugak.. saja masukkan unsur hiperbola hehe student girl kena pergi pukul 12..dan aq tersangat la naughty bersama geng2 yang lain pergi pukul 3.. hala ada nak pergi awal2 padahal event start kul 5 kot..haha..

event ni bergabung dengan pelancaran kelab usahawan.. habis ja segala pelancaran dan perasmian.. terus ke tempat BBQ..adehhh banyak lak orang..terpaksa beratur dan berebut.. menu2 yang ada nasi himpit, kuah kacang, bihun, nasi goreng, ubi kentang cicah cheezy (yang ni aq suka), satay, hotdog..dan air suam..jangan mengata baik untuk kesihatan ni..haha

habis makan2..sesi bergambar..clik2 sana sini..yang aq suka hasil kerja kiroro.. emm tengok pic ni..

cantik kan..

click2 lagi...




okeyhh...majlis habis awal la jugak tapi balik lambat lak akibat masalah2 tertentu.. penatnya..badan pun dah melekit2 ni nak mandi!!! pukul 10.30 baru la sampai rumah..
terima kasih diucapkan pada kiroro sebab tolong hantar pulang hehe..

p/s: penat dan seronok...dan menyampah tengok adegan2 itu..

Tuesday, October 5, 2010

First Time...

Tarikh: 02/10/2010
Tempat: Kek Lok Si Temple
Mood: WAhhh besnya..

Salam,

Hmmm apa ke halnya tetiba aq boleh pergi temple ni.. ish2 buat apa ni?? Rilek2 cool.. sebenarnya aq ada mini project untuk subject Audio Video la.. emm ingatkan tajuk bebas boleh la ciplak idea abang aq buat movie.. dapat tajuk cuti2 malaysia lak.. emm totally blur at first.. nak shooting mana ni? Waktu2 nak habis sem ni.. angka kat dalam bank dari 4 nombor jadi 2 la hehe.. lastly, my group decide shooting kat tempat tak kena duit.. 1 langkah bijak.. emmm dulu group Si Dia pergi sampai genting tu.. tapi my group dah tak mampu la waktu2 sekarang ni..adeh.. we all decide nak pergi shoot dekat botanical garden, kek lok si temple, taman rimba dan snake temple..

Ok cita pasai shooting..

DAY 1-01/10/2010
Lokasi – botanical garden..
Pengacara-kak sue
Ok day one ni decide nak shoot part aq and kak su la tapi tak sempat lak.. ingat lagi rasa naik bukit kat temple tu malam2..gerun..gelap..seram beb!!!

DAY 2-02/10/2010
Lokasi-kek lok si
Pengacara-aq la..hehe
Yeahh ari shooting aq glemer2 sebentar.. Alhamdulillah sawan gelak aq tak kacau hari ni kalau tak jadi macam mini project 1 ler time shoot jadi pembaca berita..adehh berapa kali da kena cut!!! Sowie kak su..saya memang suka gelak ahha.. first taw aq nak kena shoot kat tempat ni.. aq terpikio la.. apasal depa pilih tempat ni..ada apa? Temple bukan tempat sembahyang ke? Nak shoot buat apa? Then search google.. tahu la sikit2 pasal tempat ni… dah pergi sana wow besarnya.. ada jual baju2, beg2, cenderahati and many more sebelum nak naik kat temple tu.. ingatkan tak boleh masuk..boleh rupanya..hehe
Then terjumpa benda pelik ni.. untuk apa ye???


Pastu jumpa tempat aq nak tengok ni..liberation pond @ sacred turtle pond..emm posing sebentar.

Teruja dengan tempat tu.. nak naik tengok patung Kuan Yin kena nak inclined lift.. kena bayar 4.00 adehh tak pe la..uihh takutnya macam nak jatuh ja..macam2 perkara negative terpikio.. macam mana kalau tergelincir.. macam mana kalau jatuh? Argghhh sudah.. alaaa baru teringat tak snap pic dalam crane ni..video adalah.. takot2 jugak la nak naik..dah sampai atas wahhh besnya rasa macam kat china la.. da tasik depa baling duit maybe ikot kepercayaan yang hajat akan dikabulkan…
Habis shoot..nak turun pula.. wahh aq dapat berdiri dalam crane yang betul2 depan cermin rasa macam nak jatuh la.. nasib distant dia tak la jauh sangat dalam 2-3 minit sampai dah… haishhh takot2 tapi seronok..ke aq buat2 berani?? Hahaha

p/s: emm kamera aq habis bateri lak.. tak sempat nak snap untuk koleksi peribadi kat situ haishh…