Yummy Cupcake -->

Saturday, May 15, 2010

Lelaki 'Novel' VS Lelaki 'Realiti'

Tarikh: 16 May 2010
Tempat: In my own World
Mood: sesuka jek...

Idea ni tercetus time aq nak tido semalam... hakhak macam mana boleh mai tak tahu la..hihi.. Yang ni bukan nak tuju kat sapa2.. Bagi aq yang ini normal... Berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aq la.. Lelaki 'Novel' ni termasuk la lelaki dalam filem ka drama ka... Contoh macam Adamaya.. Huh, mana nak ada lelaki sebaik Adam itu.. lelaki macam Dani tu ada la... Banyak.. So aq dah buat differentiation between Lelaki 'Novel' dan Lelaki 'Realiti':

LELAKI ‘NOVEL’

LELAKI ‘REALITI’

“Awak, ambik la.. Ikhlas dari saya..” Kata Boy kepada Girl sambil menghulurkan sejambak bunga.

“Waahhh..thank you awak..tak sangka saya..” Kata Girl terharu..

“Wah cantiknya bunga tu.. awak tak nak beli kat saya ke?” Kata Girl kepada Boy.

“Alah.. nak buat apa..Buang duit ja la” Jawab Boy

“Grrrrrrrr..hampeh” kata Girl dalam hati..

- “Selamat ulang tahun ke 5 bulan kita couple” Kata Boy kepada Girl.

“Tak sangka awak ingat jugak yer..” Jawab Girl.

- “Awak hari ini First Anniversary kita..tak sangka kan.” Kata Boy kepada Girl.

“Ha’ah kan.. Terima kasih awak” Jawab Girl

“Awak ingat tak hari ini hari apa?” Tanya Girl

“Hari sabtu la.. napa?” Jawab Boy

“Betul tak ingat?” Tanya Girl lagi mencari kepastian..

“Sabtu la.. napa ni??” Jawab Boy bernada rimas

“Grrrrr…Hampeh tul..” Kata Girl dalam hati berlagu sedih.

Tak sanggup rasanya Boy melihat air mata Girl yang paling disayanginya jatuh. Sungguh Boy tak sanggup. Segera disapukan air mata Girl itu.

Girl mengalirkan air mata..

“Haisy.. nangis ja.. sikit-sikit nanges” Kata Boy dalam hati bernada rimas.

“Dah la.. Tak malu ka nangis..” Kata Boy kepada Girl tanpa rasa bersalah.

“Awak.. terima kasih sangat” Kata Girl kepada Boy. Boy memberi ‘suprise’ kepada Girl. “macam mana awak tahu saya suka ni?” Tanya Girl terharu. “Saya kan sayang awak.. Mesti la saya tahu apa yang awak suka..” Jawab Boy tersenyum.

“Awak nak apa ambik la.. Mana la saya nak tahu awak nak apa…Haisy macam-macam la..” Kata Boy kepada Girl.

“Emmm nak kena cakap baru nak bagi..tak payah la..” jawab Girl dalam hati

Boy memegang erat tangan Girl. Tidak mahu Boy lepaskan insan yang disayanginya itu.

“awak tak pegang tangan saya pun.. nak terjatuh saya tadi” kata Girl kepada Boy. Lalu Boy pun memegang tangan Girl.

“emm ihlas ke tak tu.. Nak kena suruh baru nak buat..” Kata Girl didalam hati.




Yang ni la aq rasa perbezaannya... Novel kebanyakan dibuat oleh wanita so perwatakan lelaki tu di 'describe' la mengikut apa yang kaum wanita ini nak.. So jangan harap la lelaki 'novel' nak appear dalam realiti ni.. Just terima seadanya apa yang kita ada walaupun HABIT mereka kadang2 so ANNOYING.. sebab mereka adalah REALITI..

No comments: