Yummy Cupcake -->

Wednesday, May 26, 2010

Bersyukur dengan keburukan....hu???


Tarikh: 27 May 2010
Tempat: My own World
Mood: Syukur...


Lately ni aq banyak berfikir.. berfikir tentang setiap sesuatu... Lihat diri aq.. Lihat diri orang lain.. sudah2... pergi ke topik... Bersyukur dengan keburukan??? emm kenapa aq boleh keluarkan statement macam ini... Ok la aq lihat diri aq ni... i admitted i'm not perfect... Tak boleh la nak lawan supermodel.. Actually supermodal pun tak perfect.. Kena make up tebal.. And gambar2 kat magazine semua tu emm jangan percaya la.. Dulu time muda2.. selalu kata "Kalau aq dapat kulit macam ni kan best".. dah besar2 ni dah tahu dah tu semua edited.. Thanks to Photoshop..

Alright stop.. bukan nak cakap pasal supermodal ke apa ke...berbalik kepada topik.. Pernah tak kita fikir kenapa Allah s.w.t bagi kita macam ini.. So dari pemikiran aq lah.. aq huraikan dalam point so tak nampak macam karangan sangat hihi


1. KENAPA kulit tak gebu...SEBAB kalau gebu nanti perasan dan tayang pada public.

2. KENAPA cutting tak menarik..SEBAB kalau menarik nanti suka nak show off.

3. KENAPA kaki tak cantik...SEBAB kalau menarik nanti pakai skirt ja selalu.

4. KENAPA ketiak kadang2 hitam...SEBAB kalau putih nanti pakai singlet ja selalu.

5. KENAPA rambut tak lawa.. SEBAB kalau lawa tak kan terlintas dalam hati nak pakai tudung

6. KENAPA perut buncit... SEBAB kalau tak buncit nanti pakai baju yang dedah bahagian iu.

ok setakat ni ja KENAPA..dan SEBAB.. Kalau ada lagi nanti aq update... Pernah tak kita fikir macam ini.. Sebab tu aq buat statement Bersyukur dengan Keburukan.. Kadang-kadang keburukan ini menjaga kita dari melakukan sesuatu yang lebih buruk..


Bersyukurlah dengan keburukan yang diberi.. Kerana setiap keburukan itu ada hikmah yang tersendiri yang kita tak nampak.. Kerana Allah itu adalah Sempurna.....

Yang Manakah KIta...


Tarikh: 26 May 2010
Tempat: Home sweet Home...
Mood: thiniking deeper...


ok... As human kita selalu dibandingkan dan membandingkan... Konon sapa lagi hebat lagi kaya..sapa lagi cantik/comel/hensem... Fuh, sememangnya begitu... Aq pun sama juga banding2 kan dengan yang lain.. So aq terfikir what is the purpose banding2 ni semua... Dah bandingkan diam2 ja la... Boleh pulak buat statement perghhh.. So aq dah wat analisis.. Terfikir seketika......

membandingkan diri atau hrta dengan orang lain ada 3 sebab :

(1) membndingkan diri dengan yang kurang dari dirinya atau hartanya agar dia rasa
BANGGA dan PERASAN...

(2)membandingkan diri dengan yang lebih dari dirinya atau hartanya
lalu timbul IRI HATI, HASAD DENGKI...

(3) membandingkan dirinya atau hrtanya
dengan yang kurang dan lebih darinya agar dia berasa SYUKUR kerana dia
lebih dari yang kurang dan RENDAH DIRI kerana mengetahui ada yangg lebih darinya..

YANG MANAKAH KITA??

Sunday, May 23, 2010

"Gerak Gempur Final Report 2 "..


Tarikh:24 May 2010
Tempat:tempat kerja
Mood: workaholic

Gerak Gempur Final Report bahagian kedua.. Setelah gerak gempur.. ni dia hasilnya

Bab 1 = 24 page (setelah ditambah gambar...)
Bab 2 = 12 page (setelah disusun dan dikemaskan maybe akan tambah 2 page lagi)
Bab 3 = 21 page (still 21 page)
bab 4 = 26 page (still 26 page)


so total up = 83 pages <---- wow reach target..!!

tahniah2 violetrose... u made it!!!
Lagi 2bab tak buat lagi.. dah estmated maybe report boleh sampai 100++ page.. Emm tak pe la janji dah lepas 80 page.. Kalau tak pasal2 kena repeat Li lak.. perghh tak sanggup...2 bab tu tak tau la bila nak buat.. Keja tak settle lagi hmmmm.... :(


p/s: disebabkan stress sangat jerawat gunung berapi dah naik 4 biji dalam masa yang sama..owhh noo...

Saturday, May 22, 2010

Shrek yang "Terserek"..fuh

Tarikh: 22 May 2010
Tempat: Cinema somewhere...
Mood: Geram..Regret



ok... How "Shrek" can be "Terserek".... This is how it start... Keluar dengan Dia... As usual pergi ronda dulu then baru pergi beli tiket.. So excited nak tengok Shrek.. Besa la last chapter..

beratur beli tiket..emmm tak banyak sangat orang beratur.. that's good... Dah sampai kat kaunter.. bagitau no booking kat yang jaga tu and taraaa dah dapat tiket.. Walaupun tak dapat seat yang booking tu sebab depa tukar bilik.. Emm whatever la... That day aq lak saja nak simpan tiket..Masuk dalam poket and go on... Pusing2 dalam shopping complex tu sementara nak tunggu 7.15 start..

Aq pun pusing2 la sampai sakit kaki.. Pakai high heels biasa la.... Then arguing dengan dia pasal no bilik.. And the winner is he..hehhe malu ja.. Nak buktikan kena keluarkan tiket.. Not knowing that is the last time we saw the ticket huhu... Then we pergi kat Choco Blog beli Oreo Blog.. This is the second time aq minum.. First time minum Chocolate Blog.. Saja tukar flavour... Air ni sedap la juga especially bubles dia tu hihi.. Emm time nak keluarkan bed duit tu maybe la the reason how the ticket is lost..


At 7.10pm.. Aq and Dia pergi la kat cinema..Dalam hati lega la boleh duduk.. Nak keluarkan tiket Ohh noooo...Where's ticket gone?.. Gabra.. Triple check dalam pocket..emm Confirm dah lost.. Tinggal nak terima hakikat ja that the ticket is lost.. Arghhhhh...nasib baik tak keluarkan depan yang nak masuk cinema tu kalau tak malu ja hehehe.. Fuh rasa bersalah sesangat dah la duit tiket tu Dia punya... emm tak tahu maybe tiket tu dah masuk tong sampah or someone dah enjoy tengok free..

"Dia..Sorry Owg bagi hilang" kata aq dengan guilty nya
"Check betul2 dulu.." jawab dia tenang cewahhh...
"Yup tak dak..macam mana ni" aq dengan gabranya
"tak pe la..nak wat camna.." jawab Dia lagi

Luckily, dia tak marah hihi.. Emm salute la dengan Dia.. tenang ja.. kalau aq la mest dah bebai2 kat dia.. Thanks so much dear.... So we pun pergi ronda... Pergi pantai QB jalan2.. On the way, aq asyik say sorry ja.. and dia cakap "Takpe la.. Bukan dia sengaja pun..nasib la".. so touching... pergi dekat air port niat nak tengok flight tapi flight nek arah lain lak hiihi takpe dapat tengok star in the sky... Fuh lama tak tengok.. Banyak lak bintang.. rmantic ja ekekekek...So beauty..Subhanaallah.. So disini aq nak say sorry lagu sekali kat Dia..next time semua tiket bagi dia pegang..lebih selamat.. Emm tengok dvd ja la :(



p/s: emm time keluar tu jumpa banyak sangat orang muka seiras orang yang dikenali..hakhak
muka sama dengan mak, nur dan boy.

Tuesday, May 18, 2010

Totally...Down..Down

Tarikh: 19 May 2010...
Tempat: Suffering place....
Mood: Down...angry..Confused..Helpless....


Emm baru nak semangat buat "Gerak Gempur Report Akhir".. Tapi tetiba ja jadi hal lain.. Haish tak paham aq... Kenapa la semua ni selalu terjadi kat aq... This time feel really down.. I don't know it happen because of me.. Or because of their system... This is not a good practical...

last week ada la buat presentation.. But guess what happen?? all just mess up.. Huh macam apa ja.. Kalau boleh maw ja aq invisible kan diri time tu... Komen tu aq tak la kesah sangat.. because i learn from it.. Tapi suruh buat kerja yang i never learn before.. Kalau ada yang mengajar it's different story la if i can't do that job.. Memang sah2 salah aq.. Tapi 100% depends on me.. huh apa ni... Kalau la tahu macam ni sah2 dari mula lagi aq tak pilih... Oh no, perkataan 'kalau' tu perkataan syaitan.. benda dah jadi.. No way to turn back..

Maybe i'm too stupid.. But hmmm..... just imagine la macam mana kerja seorang pemegang Degree, orang berpendidikan Diploma yang baru semester 4 disuruh buat... Well this just perumpamaan apa yang aq rasa sekarang... Yup right.. pemegang Diploma tu boleh buat.. But she need to be taught.. Not just leave 100%... Or maybe i'm not good enough that's why i can't make it..

Alright...Stop depressing violetrose... it just 3 weeks more... Bertahan... Just buat apa yang tahu saja... hmmm :( i wonder if i'm strong enough to speak for my right.. Ok just left behind that feeling.. So sekarang aq nak siap kan kerja2 tu.. Lantak la what's going to happen.. Emm at last dapat juga pecah kn bab so i have 4 chapter now.. Finish up that 'messy' system.. clear up your report.. and enjoy the precious moments.... FIGHTING VIOLETROSE!!!!!

Saturday, May 15, 2010

Lelaki 'Novel' VS Lelaki 'Realiti'

Tarikh: 16 May 2010
Tempat: In my own World
Mood: sesuka jek...

Idea ni tercetus time aq nak tido semalam... hakhak macam mana boleh mai tak tahu la..hihi.. Yang ni bukan nak tuju kat sapa2.. Bagi aq yang ini normal... Berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aq la.. Lelaki 'Novel' ni termasuk la lelaki dalam filem ka drama ka... Contoh macam Adamaya.. Huh, mana nak ada lelaki sebaik Adam itu.. lelaki macam Dani tu ada la... Banyak.. So aq dah buat differentiation between Lelaki 'Novel' dan Lelaki 'Realiti':

LELAKI ‘NOVEL’

LELAKI ‘REALITI’

“Awak, ambik la.. Ikhlas dari saya..” Kata Boy kepada Girl sambil menghulurkan sejambak bunga.

“Waahhh..thank you awak..tak sangka saya..” Kata Girl terharu..

“Wah cantiknya bunga tu.. awak tak nak beli kat saya ke?” Kata Girl kepada Boy.

“Alah.. nak buat apa..Buang duit ja la” Jawab Boy

“Grrrrrrrr..hampeh” kata Girl dalam hati..

- “Selamat ulang tahun ke 5 bulan kita couple” Kata Boy kepada Girl.

“Tak sangka awak ingat jugak yer..” Jawab Girl.

- “Awak hari ini First Anniversary kita..tak sangka kan.” Kata Boy kepada Girl.

“Ha’ah kan.. Terima kasih awak” Jawab Girl

“Awak ingat tak hari ini hari apa?” Tanya Girl

“Hari sabtu la.. napa?” Jawab Boy

“Betul tak ingat?” Tanya Girl lagi mencari kepastian..

“Sabtu la.. napa ni??” Jawab Boy bernada rimas

“Grrrrr…Hampeh tul..” Kata Girl dalam hati berlagu sedih.

Tak sanggup rasanya Boy melihat air mata Girl yang paling disayanginya jatuh. Sungguh Boy tak sanggup. Segera disapukan air mata Girl itu.

Girl mengalirkan air mata..

“Haisy.. nangis ja.. sikit-sikit nanges” Kata Boy dalam hati bernada rimas.

“Dah la.. Tak malu ka nangis..” Kata Boy kepada Girl tanpa rasa bersalah.

“Awak.. terima kasih sangat” Kata Girl kepada Boy. Boy memberi ‘suprise’ kepada Girl. “macam mana awak tahu saya suka ni?” Tanya Girl terharu. “Saya kan sayang awak.. Mesti la saya tahu apa yang awak suka..” Jawab Boy tersenyum.

“Awak nak apa ambik la.. Mana la saya nak tahu awak nak apa…Haisy macam-macam la..” Kata Boy kepada Girl.

“Emmm nak kena cakap baru nak bagi..tak payah la..” jawab Girl dalam hati

Boy memegang erat tangan Girl. Tidak mahu Boy lepaskan insan yang disayanginya itu.

“awak tak pegang tangan saya pun.. nak terjatuh saya tadi” kata Girl kepada Boy. Lalu Boy pun memegang tangan Girl.

“emm ihlas ke tak tu.. Nak kena suruh baru nak buat..” Kata Girl didalam hati.




Yang ni la aq rasa perbezaannya... Novel kebanyakan dibuat oleh wanita so perwatakan lelaki tu di 'describe' la mengikut apa yang kaum wanita ini nak.. So jangan harap la lelaki 'novel' nak appear dalam realiti ni.. Just terima seadanya apa yang kita ada walaupun HABIT mereka kadang2 so ANNOYING.. sebab mereka adalah REALITI..

First Time Buat.....best


Tarikh: 15 May 2010...
Tempat: home sweet home...

Mood: Alam flora hihi..
.

Lately ni aq ambik berat sangat kondisi muka ni.. Macam-macam produk dah cuba..And result as usual la "NOTHING..." So aq pn survey la produk-produk yang dalam iklan2 tunjuk tu...
Saja tengok feedback dari pengguna2... Emmm macam-macam cerita ada... Ada yang pakai muka ok jek..ada yang pakai muka lagi la teruk... uih, gerun lak nak pakai.. so conclusionnya, kena ikut kesesuaian kulit la... dari aq ambik risiko so better not to try..

So dalam duk survey produk.. terjumpa lak petua2... Emm why not just try... So hari ini aq pun saja la galak nak try.. Sekali sekala manjakan diri... Nak pi spa emm aq student lagik.. So hari ini aq try guna telur and jus lemon.. Macam biasa asingkan putih telur and kuning telur.. putih telur tu campur dengan jus lemon.. emm actually tak tahu la what is the purpose of lemon juice.. maybe ada khasiat tersendiri...Or maybe sebab nak hilangkan bau hanyir telur tu..

Aq pun pakai la.. wah besnya.. Saja release tension... Dah lately ni aq stress sangat.. sebab ni la muka aq jadik entah apa2.. So cara ni boleh la membantu sikit... Rasa cekang ja muka..Ni la first time aq buat benda2 macam ni.. Bila dah basuh tu licin ja muka rasa.. Yang paling best bau lemon tu.. Maybe sebab ni petua tu suruh bubuh lemon sikit.. Tak nak bau2 yang "ucuk" tu hikhikhikhik... Pasni macam2 nak try.. Saja ja... ok la the end waiting for my love to come... ada date lagi hari ini..

p/s: gambar tak sama dengan apa yang aq pakai...Saja sekadar hiasan.. Weekend akan datang let's try somethinh new..

Wednesday, May 12, 2010

"Gerak Gempur Final Report"..heeyaaaa

Tarikh: 12 May 2010
Tempat: tempat keja

Mood: rush hour
..army girl



emmmm masa semakin singkat.. report akhir baru tergedik2 nak buat...ok la sebab aq dah siap 40 peratus dah... dalam kalut nak siapkan report sempat lagi aq update blog hihi aq da buat satu jadual untuk siapkan report..Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat jugak membantu aq untuk buat report ni.. at least aq dah rancang what to do next.. Ok la dari aq tak mula apa pun.. aq jenis orang yang kena mula buat dulu kalau tak sampai kesudah aq tak buat..

okeyh.. demi mendisiplinkan diri aq.. aq dah buat satu operasi yang aq namakan 'Gerak Gempur Final Report' hakhak..macam nak berperang..yup berperang dengan diri sendiri.. So target yang aq nak capai aq dah list down dah.


So demi nak mencapai 80 page..rancangan aq adalah:

----------------------------------------------------------------------------
1. Bab 1= 20 page (yeah dah buat and dapat 22 page)
2. Bab 2= 20 page
(..sekarang baru 13 page..sebab kena tnggu LI habes baru boleh buat)
3. Bab 3= 20 page (emm..setelah gerak gempur berjaya hasilkan 21 page)
4. Bab 4= 20 page
(tak buat lagi tapi dapat estimate dalam 20 pages sebab banyak keja)

--------------------
80 pages <------ Reach Target!!!!!
--------------------

-----------------------------------------------------------------------------

emmm :( hopefully la leh achieve.. sebenarnya aq perlukan 2bab lagi tapi nak buat macam mana aq dah tak diberi kerja kalau aq berjaya achieve target ni.. so i don't have to worry about tak cukup bab.. Bab kesimpulan semua tu berapa page ja pun.. tapi apa pun kena achieve gak...Fighting Violetrose... !!!!! Allah i need Your help..amin


emmm bulan ni kena jadik army girl la..Gerak Gempur Final Report!!!

Monday, May 10, 2010

Terjumpa..Terbaca... Dan Ikuti

Tarikh: 11 May 2010
Tempat: Tempat LI
Mood: kerajinan melanda


fuhhh...lama gak agaknya x update blog ni... dah 11 may pun.. wah cepatnya masa berlalu.. Mungkin benar apa yang aq baca dalam satu info satu masa dulu.. Gempa bumi yang melanda telah menbuat kedudukan Bumi terlari sikit dari orbitnya yang membuatkan masa menjadi pendek..entah la mungkin aq silap..Tapi bukan pasal tu aq nak cakap kan..

Sedang aq sibuk2 cari ayat2 power nak letak dalam report akhir LI aq.. terjumpa plak yang ni.. So aq rasa nak kongsi dengan semua..

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama