Bodohkah perempuan tu kalau memilih berkahwin lelaki yang kurang paras rupanya
apa perempuan itu seperti bidadari...
Bodohkah perempuan itu kalau memilih berkahwin lelaki yang tak punya rumah....
Bodohkah perempuan itu kalau memilih berkahwin lelaki yang tak punya kenderaan...
Kita selalu berkata seperti " Hang boleh dapat lagi better.." Bukankah jodoh itu Allah yang tentukan.. Bukan kah itu sudah takdir...kenapa perlu memperlihatkan perempuan sebagai bodoh memilih...
Perempuan itu punya akal dan sudah pasti punya 1001 kriteria dalam memilih suami.. Dan jika Allah sudah menetapkan jodohnya tidak menepati 1001 kriteria itu maka perempuan itu tak akan bersama dengan lelaki yang punya 1001 kriteria itu... kerana hati itu milik Allah dan dengan kuasa Dia juga hati perempuan itu tetap akan terima lelaki yang tidak menepati 1001 kriteria.
Dan sekiranya pada awal atau pertengahan perkahwinan itu berlaku masalah... akhir zaman macam ini duit lah punca utama. Sepatutnya masyarakat sekeliling menasihati perempuan itu bahawa semua ini semua ujian..bukan menjadi boneka syaitan atau iblis yang " Itu lahh dulu kalau hang kahwin dengan Si Polan tu hang hidup senang dah" .. akhirnya perempuan itu akan termakan hasutan dan tidak lagi memandang tinggi suaminya..hilang rasa hormatnya.. maka berlaku laa penceraiaan... syaitan dan iblis bertepuk tangan berpesta kegembiraan..
Semoga Allah kuatkan hati kita perempuan-perempuan... Kenapa cari yang sempurna kalau diri sendiri tak sempurna...