Yummy Cupcake -->

Monday, January 25, 2010

Aku Dan Kata-kata Hikmah


Lately ni aq rasa down sangat.. Macam-macam hal lar.. Huh down giler la.. Rasa letih sangat.. So demi tak nak bagi wrinkles naik banyak dan stress yang melampau-lampau yang akhirnya memakan diri aq.. So aq pun search la kat internet kata-kata hikmah.. Poyo terasa.. Dulu aq main nyampah tul.. yela semua sama ja. Tapi ada ketika kata-kata hikmah ni membantu untuk golongan desperate cam aq ni.. huh so aq dah kumpul kata-kata hikmah yang buat aq semangat balik.. Chaiyok2 violetrose!!!!!!


To be truly and really independent is to support ourselves by our own exertions.
- Jane Porter

Though you may be under a dark tree, always look for the light shining through the branches

Remember sadness is always temporary. This, too, shall pass.
- Chuck T. Falcon

Nothing is impossible to a willing heart.
- John Heywood, sixteenth-century English poet

You must motivate yourself EVERYDAY.
- Matthew Stasior


If you really want to be happy, always try to do what’s right.
- Bill Blackman

Pagi-pagi kena buat suatu perkara yang membolehkan kita ceria sepanjang hari..Mungkin ada yang suka mendengar lagu kegemaran, minum white coffe atau solat dhuha..Apapun, hidup kena ceria, baru boleh berjaya. Tak begitu?-iluvislam.com

Mengapa kadangkala kita berduka, sedangkan terdapat 1001 sebab untuk kita senyum, gembiran dan bersyukur kepada Pencipta? Jadikanlah kedukaan itu sebagai cabaran untuk kita terus maju ke hadapan.-iluvislam.com


Yeah... semangat dah nak menjalani Latihan Industri... Walau tak best pada realitinya sometimes we need to think positive...



Tuesday, January 12, 2010

Sudah ada Kerja....Pun complain...


Melaporkan...


Second day kat latihan industri.. Memang tak da kerja lagi.. Sunyi sepi.. Ah, i almost used to it.. aq hanya dengaq radio kat hp aq.. Mesej-mesej macam biasa.. Boring gila tahap gila la.. Pc tak dapat pun lagi.. Macam biasa ngadap paper jek.. Dah boring aq pun tulis-tulis atas buku.. cam tu la keja aq.. Time rehat tak pergi makan... Malas nak jalan.. Kedai dekat tapi tak da membe.. Ape kes makan sorang2.. sedeyh jek rasa hikhuk...


Pas lunch hour, da seorang ntah tak tau lak nama pe.. suruh aq turun ambek PC.. (biaq betul ingat laptop ke..aq pun ikot jek) .. Turun-turun orang tu tak da.. aq naik balik jumpa orang tu.. dia bawa aq turun pastu orang yang handle PC tu cakap kena kol penyelia aq lak.. naik atas balik bila kol len cita lak.. last-last da 2 student praktikal tolong angkat dan pasang PC..(yeah yippie... aq dah da PC.. tak boring dah pas ni..)


Ahh, kul 3ptg dah.. seperti yang dikata da discussion.. penyelia dah ajaq untuk p discuss dengan ketua.. Suasana tak la skema naseb baik.. Hepi-hepi gelak-gelak jek.. Dalam hati syukur gila dapat Ketua n Penyelia yang sporting fun cam tu.. Tak la tension nanti.. emm nak dijadi kan cita.. aq yang dulu duk complain boring tak da keja sekarang nah... ambek task pertama yang dah buat aq nak tersungkur dah.. kena buat database.. Habes la.. Database pun belajaq sikit jek.. dalam kelas tak pay attention pun.. dah kena buat 1 task yang susah gila la.. Ketua nak end of this month ni adehh.... Aq tak confidence la boleh buat.. First step pun tak tahu.. Tu la time tak da keja complain time ada keja pun complain manusia biasala..

Monday, January 11, 2010

First Day kat Li..


Baru nak mengharap yang bes-bes kat first day tapi all mess up.. Pagi-pagi dah spoilt mood.. Abang aq hantar lambat.. Pukul 8 lebih baru sampai.. Kena ada sana 8.00 pagi.. Memang mood bengang giler.. Tapi tak pa dah cool down sikit sebab Pegawai tu pun tak datang lagi.. Tak pe tolak tepi..


Bila dah masuk bilik mesyuarat tu cuma 3 orang je girl.. aq dan 2 lagi member aq.. yang 4 lgi boy.. Tapi ada insiden kelakar gak.. ada sorang mamat ni silap tempat lak.. Sepatotnya dia kat tingkat bawah tapi silap.. Confirm malu punye la hakhak.. Yang menambah kan mood aq spoilt.. Aq sorang tak sama dengan 2 lagi member aq tu.. terpisah lak.. terpisah dekat-dekat tak pe ni tak jauh sebatu(wah sebatu.. ok la jauh peluh-peluh gak jalan..) bangunan aq kena buat praktikal.. Seseorang lak tu.. Aq dah mula bengang tapi still act cool..


Pastu pegawai tu bawa aq naik keta dia pergi bangunan atas bukit tu.. Nasib la dia tak suruh pergi jalan kaki ka.. Aq pun terpisah la dengan member2.. Bawa haluan sendiri dengan kesepian cewah ayat... Mula cam besa la tunjuk-tunjuk tempat pas tu kenal-kenal orang dalam.. Pastu aq di tempatkan di ofis yang still dalam keadaan baru pindah.. dengan plastik kerusi tak bukak lagik.. Aq sorang jek duduk dalam tu doing nothing.. mesej member dan si dia sampai bateri pun nak habes... pastu da seorang staf ni masuk tapi dia bilik belakang.. akhirnya tak la sunyi sebab mamat tu pasang cita pe tah sambil gelak-gelak sorang2 pastu pasang lagu.. Then dia blah dari situ.. Sempat gak la dia soal siasat aq dulu.. Maybe dia kesian tengok aq yang jadik patung dari tadi kot dia pn allow la aq guna pc meja sebelah yang owner dia tah kemana..


aq pun pe lagik buka blog aq ni.. Niat nak update blog tapi malas lak..tapi aq bukak la gak pasal database.. haa lupa cita aq ditempatkan di bahagian database.. botak la aq pasni pening seyh database.. saje buat rajin nanti penyelia tengok bangga la gak.. Memang masin penyelia aq mai gak tengok.. Dia pun syorkan aq guna internet sebab first day mana da keja.. nanti boring.. Wah salute la penyelia aq.. Naseb tak sombong atau muka ketat..hikhik


Punya la lama aq tuggu masa berlalu.. tepat jek kul 1.00 petang aq terus blah.. blah p makan la.. jumpa member aq yang terpisah berape jam yang lalu tu.. kami makan roti jek.. kedai makan jauh tamnbah-tambah aq la.. nak naik bukit lagik.. jalan kaki lak tu.. boleh turun kalori ni.. Bakar semua lemak aq.. time nak turun bukit tak la rasa jauh sangat.. tapi nak naik baru sedar jauh gak aq jalan..


tepat kul 2.00 aq sampai ofis cewah.. cam besa kesepian lagik tak ada sapa pun.. aq dah la tak disediakan pc.. leceh tul.. berejam pastu da sowang mamat ni mana mai tah guna pc buka internet.. Nak kata staf baju tak pakai pun.. Ahh biaq kan la.. lepas tu mamat tu blah.. aq mengadap paper lagi.. paper metro n the star.. first time beb baca paper lama-lama.. berejam pas tu bawu la staf masuk.. rilek-rilek jek.. umur maybe 30 lebih kot.. ramah gak.. baru dapat baby kot aq sempat tengok screen saver. dia pn soal siasat aq.. pastu dia wat hal sendiri dengaq lagu search, awie.. lagu yang aq lagi nak terlena.. emmm


pastu aq di tinggalkan kesepian lagi.. aq belek paper dari first page sampai last satu-satu aq baca.. Tak pernah la baca paper selama tu.. politik, hiburan sukan semua aq baca.. tapi aq memang tak suka latihan industri ni.. tapi tak tahu lagi ni baru first day.. Apa-apa pun cepat la 11 jun aq rindu sesangat student life aq.. Wah sok kul 3 penyelia cakap da discussion.. wah malasnyaa... Nak balik poli huwaaaaaaaaaa....

Sunday, January 10, 2010

Esok... New Life


Date: 10/01/2010

Tempat: kat ruang tamu

Mood: Excited sangat...


yey sok bermula busy day... it's better than duduk kat umah doing nothing hehe... Esok nak kena daftar untuk latihan industri yang bertempat kat usm.. Tak dapat masuk sana buat praktikal pun jadi ler.. hihi.. Nampak cam student sikit..


Malam ni nak kena prepare semua siap-siap tak nak kalut-kalut nanti lupa semua lak.. esok konpem sesi kenal diri lepas tu bahagi kumpulan ahhh mest tak dapat kumpulan sekali dengan 2 lagi member aq..emmm.. tak pe la berkenalan je la dengan sapa pun.. Esok kena melangkah dengan senyuman baru orang tak kata sombong...hikhik


apa-apa pun kena confident!!!

Wednesday, January 6, 2010

Pointer menurun..dan menurun...


Emmm... Baru dapat result hari tu.. Tergedik-gedik aq buka sampul 'cinta' berwarna putih tertera 'urusan seri paduka".. Buka-buka terus tengok tulisan yang di bold hitam tu.. wah carta graf aq semakin menurun dari semester ke semester.. Apa kah semua ni.. Cewah buat teruk plak dah.. Mana tak nya kalau dapat result camni..

Semester 1=3.80

semester2=3.66

semester3=3.56


Haish... Sedih betul.. Tapi tak pe la.. Still on the list untuk anugerah ketua jabatan... Emm tak pe.. Semester akan datang aq usaha terus-terusan.. tak kira apa pun.. Carta graph mest naik walau 0.01 pun.. Yang tu dah satu peningkatan.. Yeah Chaiyok-chaiyok!!! Aja-aja Fighting!!