Yummy Cupcake -->

Saturday, September 12, 2020

Oh 2020

 Hey dear Blog,


We meet again in September 2020...

2019 i'm busy becoming a new mother please excuse me..  😅😅😅

I miss writting here...truly..

Should i start blogging again? Maybe...

If i have extra time.. 😋 

Becoming a new mother, wife, worker and taking part time study is not that easy.. I wish to have more than 24hours per day.. 

Well actually i supposedly doing my assigment right now.. But i came across to view my blog.. Reminising those day when i am 'rich' in time... 

Orait got to go.. See you soon blog...

Thursday, November 15, 2018

Suddenly in 2018

Hey my blog....

Last post was about my engagement...
I am a mother now..😅😅😅
Time passing by so fast right...

Till we meet again dear blog...

Saturday, March 18, 2017

Throwback : 9th July 2016 Syah & Zuzu Engagement Day



Alhamdulillah 9th July tu kan Raya ke4 adalah hari iolssss menjadi tunangan orang acece gitu… Bulan July adalah bulan yang En.Rimau dah rancang dari tahun lepas lagi untuk bertunang.. baru2 bercinta dah merancang nak ke next stage.. orang nanti kata ‘gatai sangat’..’pikiaq tak panjang’ and what so ever.. tapi bagi kami apa matlamat satu percintaan tu..mesti lah nak berkahwin.. bukan zaman remaja dah nak bercinta 4-5 tahun.. lagi pun dah nak tua wei pastu Allah dah hadirkan keyakinan.. mulanya aku amat tak bersetuju tunang raya ke4 sebab bagi aku susah cari catering..orang mekap dan segalanya.. tapi bila fikir2 raya ke4 laa semua orang nak ada sebab cuti..so on kan jek..

Minggu2 terakhir sebelum majlis.. aku yang jadi tak keruan.. stress… bebai2 tu bisalah laa extra lagi adalah…kecian En.Rimau handle iolsss … so nasihat aku kepada yang nak buat majlis tu.. buat la lebih awal2.. terlajak awal pun taka pa janji seminggu sebelum majlis uolsss boleh rileks2 manjakan diri..bukan macam iolsss malam tunang tidur pukul 1 lebih pagi sebab hantaran tak siap pastu meja dan kerusi kat dewan pun tak buat lagi.. dengan tak cukup rehat pastu stress semua.. memang malam tu ada la gaduh2 manja sikit dengan En.Rimau pasal baju ja pun hehehe En.Rimau tiba2 last minute nak pakai baju melayu.. padahal kami dah shopping kemeja dah untuk tunang.. I’m sorry hehe besok tu pulak bangun2 pagi terus buat kerja lagi… so mata iolsss pun sembab..

Dari tahun lepas jugak iollsss mencari info untuk projek tunang iolsss.. jumpa kat google jek format ni.. amat membantu dalam bajet.. so kita dah tahu awal2 bajet dan boleh ubah mana2 yang perlu.. majlis tunang bagi terpulang pada individu nak buat ka tak.. aku ada tanya pendapat banyak orang dan pendapat sangat la berbeza mengikut culture, level dan age… bagi aku,  yang buat majlis biar la depa buat hampa datang makan gak dan yang tak buat tak yah mulut puaka kondem2 orang.. so konsepnya di sini suka hati ko lah nak buat pa.. sebab kan aku memang teringin nak ada open house gitu time raya pastu tunang pun time raya buat pi la makan2 untuk semua..

Bila buat majlis tunang.. sedikit sebanyak uolsss boleh tahu macam mana nak prepare untuk wedding nanti.. dan apa yang aku belajar adalah:
1. Prepare semua awai2.. orang kata awai tak kalut...sebaiknya bagi 1 week tempoh berehat untuk diri.. bukan cam aku malam and pagi bertunang pun kalut buat kerja
2. Jangan lupa makan..makan..dan minum..nanti end up cam aku pening kemain time photoshoot tu.. lagi bagus prepare ubat pening..
3. dan paling penting.. buat ikut apa yang kita suka jangan fikir apa yang orang akan rasa dan kata..

tunduk bawah jek sebab iolsss kn pemalu benar...

muka hepi dapat cincin...ihiks..

close up.. i booked by him..

gigih ok aku print dan lekat benda ni satu2 pagi hari bertunang

i kinda like this shoot..

1st step done...next insya allah

rombongan En.Rimau

menjeling2 ku memandang..mata kita sama memandang..lalalala aiseh

Cincin Perak berbatu Emerald sebab En.Rimau lahir bulan 5 so kononnya bulan 5 batu Emerald


i should learn to smile properly isnt it

He's mine...gitu..

gambar acah2 tengah make up kena ada...

acara suap gula... tau tak betapa "awesome" kena makan gula

King & Queen of my Heart

semoga matanya hanya untuk aku... gitu dominance sangat kan...

Pukul 5petang baru la ada insan yang mulia iaitu nephew aku nak bagi drink....

muka rasa ketat sebab tengah malu2 sebab tu senyum ketat

bestie since 2004

Future Mother and Father in law

Cousin2 and nieces aku

Brother, Nieces and Nephews

thanks sebab join photoshoot             


Saturday, November 19, 2016

Dewan Kahwin Pulau Pinang

Assalamualaikum,



Sekarang dah bulan 11 maknanya dah akhir2 nak masuk 2017… oh my Gucci.. dalam dok kata tak pa kahwin lambat lagi…tak pa tahun depan nuh… emmm so disebabkan tarikh kahwin diawalkan ke hujung bulan 8 sebab cuti sekolah kalau takbulan September.. yeah tarikh kahwin harus memikirkan budak2 sekolah…yelah senang nanti orang yang jauh nak mai ye dak.. jadinya lagi 10 bulan… lagi 10 bulan…. Memang cam lambat lagi..tapi kalau preparation kira dah tak lama dah tu..
Time ni la dah kena booking dewan… dah kena cari catering… melainkan duit hampa berkepok2 so boleh book tempat yang mahal2 yang orang tak selalu buat.. kalau camtu last minute pun sempat… dalam 10 bulan memang banyak benda kena settle.. 10 bulan ni la yang ada kalau kau nak cantikkan diri nak kuruskan diri..nak perkasakan diri dengan ilmu2 agama.. ingat lagi dulu sebelum bertunang nak tunang 6 bulan jek… tengok2 nah 2tahun bertunang pun tak apa la tara nak prepare semua.. kalau korang plan nak tunang 6 bulan jek sebaiknya time sebelum tunang tu prepare kan sekali preparation untuk kahwin atau nak senang kahwin ja terus tak yah tunang2 ye dak..

So moh kita sembang pasal dewan kat Pulau Pinang ni.. ni yang aku make a call tanya…

1. Dewan Recsam
Ini lah dewan yang aku memang plan nak buat sebab senang orang nak cari tepi jalan dan kawasan parking yang menyenangkan.. Cousin aku  cakap RM1500++ jek sebab relative dia sewa last year 2015.. dan aku survey blog 2014 blogger tu pun tulis harga camni bagi aku ok jek sebab bajet aku untuk dewan RM2k…bila aku make a phone call orang tu cakap RM4500 sekali dengan kerusi meja.. aku tanya sekali lagi dewan yang bawah tu ka sebab kalau tak silap da 2 dewan dalam recsam… tapi dia confirm kan RM4500… perghhh baru setahun dah mahal.. tak tahu pulak mungkin ada penambahbaikan sebab tu mahal..tapi still kalau camtu jek RM4500 dengan dewan yang camtu bagi aku tak berbaloi.. ye ada aircond tapi bukan rasa cam uolss duduk kat ballroom pun…jadi reject awal2 baik pergi honeymoon…

2.  Anjung budi USM
Tempat ni sangat sesuai kalau buat untuk sikir2 dan konsep garden style.. sewa RM1000 termasuk kerusi meja cam garden cafeteria tu.. then RM100 deposit kebersihan (so kalau memang bersih akan dipulangkan) RM120 (untuk 2orang security..mungkin jaga parking..).. Kalau aku buat sikit orang nak jek sewa sini sebab cantik sangat..photoshoot pun cantik..tapi En.Rimau advise not to sebab kami kahwin nanti musim hujan nanti inconvenience.

see cantik sangat untuk garden style

3. Desasiswa USM
Dewan ni aku tengok dah cukup cantik dah..parking pun senang dah.. tapi hanya untuk staff… beruntungnyaa keja USM T_T… price tak dan nak tanya bila dia kata untuk staff jek..

4. Dewan Kastam Bukit Gelugor
NI la Antara dewan yang aku nak tempah RM1100 jek… ada homestay kalau nak sewa untuk adik beradik 1malam RM100 jek mama cakap…Mama dah tempah untuk adik beradik belah En.Rimau. tapi orang cakap sini macam limited sikit.. nanti baru nak p tengok...

aku tak tahu ini ka rupanya tapi google jek da pic ni
5. Dewan Jubilee
Dewan ni time belah perempuan adik En.Rimau buat dekat sini.. Antara dewan yang aku nak tempah jugak.. lupa plak RM1100 atau RM1600… 1 kerusi dia charge RM0.50 then meja dia charge RM5.00 satu.. pastu parking pulak senang.

6. Penang Golf Resort
Ah'ha ni saja galak nak call sebab nampak advertisement board tulis promotion RM588 untuk Grand Ballroom..  En.Rimau suruh call.. RM588 tu bukan untuk dewan sahaja tapi merangkumi decoration pastu siap makan sekali.. perghhhh... tapi untuk chinesse wedding.. why so pilih bulu... kalau malay wedding RM6000 untuk dewan...kalau anak somebody ke keja hebat boleh la uolss buat kat sini.. tapi aku baik aku sewa dress mahai2..


Dah makin dekat dewan pun tak settle… sebelum akhir tahun ni nak booking dah.. sebab dewan pun antara major thing.. tambah2 yang duduk rumah flat.. kalau rumah kampong tak pa boleh pasang khemah…

Sunday, October 2, 2016

My Military Diet : 2nd Review

Assalamualaikum,

Sat ja kan dah boleh buat 2nd Review... tu maksudnya lagi 4 bulan jek nak habis 2016... ehmmm tolong laa biaq laa goal yang ni accomplish... Aku da banyak goal yang tak accomplish tau T_T.. ok no matter what i will never give up and i will never surrender..gituu

ok bulan 5 kenaikan 1.20KG jadi 51.2KG mungkin sebab dok seronok tengok carta turun so lupa diri haha.. Bulan June bersamaan bulan ramadhan yang mana menu sahur majoriti makan oat dan telur setengah masak.. tu pun oat makan dalam pinggan kecik ja..sebab sejak2 dewasa ni malas benar pulak nak bersahur..menu berbuka cam bihun goreng.. makaroni goreng camtu.. kecuali time berbuka kat luaq.. tahun ni rasa banyak pulak berbuka kat luaq... bulan posa turun 2.40KG.. happy Mak Jemah tau jadi 48.8KG.. lama tak nampak angka 4 kat penimbang tu,,

Masuk bulan july...bulan bahagia la kata kan... disebabkan aku sangat bahagia.. tambah2 pulak time raya.. dan tunang pastu birthday pulak.. segala kek dan chocolate aku sumbat dengan rakusnya..maka naik 1.80kg menjadi 50.6KG.. sedih teruih... tapi Encik Tunang seronok..apakah.. so hari2 makan hati dengan perihal duniawi masalah ekonomi negara masalah achievement target boss pressure hari2 jadinya bulan 8 jadik 49.5KG turun la 1.10KG.. ni yang semangat  ye dak nampak angka 4 tu.. so boleh la kot nak lose 2KG dalam masa 4 bulan terakhir ni... nak fat inchloss...i need fitness partner!!


Kaki Melangkah : Langkawi 16 Sept – 18 Sept 2016


Firstly Alhamdulillah apa yang telah kami plan dari last year kumpul duit RM20 sebulan okeyh… boleh la RM20 untuk beginner cam kami kan..kan… setahun kami kumpul membawa kepada RM240 seorang… boleh laa habuan lepas duit flight ke kan.. mula2 plan tu nak ke Cameron lepas tukar plan ke Pulau Perhentian then tukar Melaka pastu last2 jadi Langkawi hehe..

Walaupun dah biasa pergi tapi dengan orang yang berbeza2.. feeling tu lain…jadi meh list down expenses kali ni
Flight ticket = RM932.10 / 5prsn = RM 186.42 (Air Asia ja)
Accommodation = RM 240/ 5prsn = RM 48.00  (Belukar Lodge)
Car rent = RM200/5 prsn  = RM 20.00 (Myvi jek..)
Minyak  = RM 30/5 prsn  = RM 6.00
TOTAL = RM 260.42

Kami topup la sikit dari saving setahun tu kan… kalau beli ticket awal mungkin lebih murah… sebab agak lewat jadinya kalau flight pagi 16 Sept tu dah beratus so kami ambik petang then 18 Sept kami ambik pagi… singkat ja kan.. boleh laa tu… sebab kami tak pergi island hoping jadi waktu yang singkat tu boleh jek pergi mana2 Langkawi kecik jek..
On the phone dgn Mr.Fiance....tiap masa dia checking kihkih
Sampai awai kt Airport kita lepak Oldtown dulu
The best part tu kami tak tau pun kena beratur bayar sebab yela makan kat Oldtown kan kena tulis ja then waiter ambik.. dah siap2 tulis tunggu2 lama tak da sapa attend dan aku dengan confident angkat tangan 'excuse me" pastu dia cakap suruh pergi sana.. malu mak jemah...

Jadi 16 Sept tu Hari Malaysia dah tentu public holiday jadi bonus kepada aku dan Nas yelah baru la kami berpeluang nak pergi mana2 kalau tak memang tak laa kami nak dapat cuti… itu lah disadvantange kalau BFF keja 1 tempat 1 department…’ Pig might fly” laa kalau kami dapat cuti dari boss…ok tak nak stress2 jum have fun!
Sampai Langkawi around kul 5 camtu.. terus contact Mia Sara Enterprise.. sebelum tu dia contact dah suruh inform kalau flight delay ke hap ke kan…mulanya kami minta keta Kia Rio sebab Myvi manual…then sampai sana dia cakap Myvi tapi auto…boleh laa.. then akak tu actually nak minta duit minyak yang customer previous tu minta balik konon myvi tu tak sejuk.. kot mana pun kena bubuh jugak kan minyak jadi kami bagi la Rm30 untuk minyak… kak tu cakap kalau tak ok nanti besok boleh tukaq kereta atau pergi tambah gas untuk aircond..
Safely touch down...
Merasa naik flight duduk seat sebelah stranger..sis feeling travel alone... dapat seat no 4...

Time nak cari tempat penginapan kami aku kol dulu orang tu.. sesat jugak la kami nak cari.. GPS bukan boleh caya ye dak…sampai2 lepas settle payment nak kerabat tilam tu tinggi ya amat.. dalam pic nampak besa ye dak..
Kita stay kat Belukar Lodge ye kawan2..
 Aku n Nana tido kat bean seat ja.. tak sanggup tanggung risiko tido atas tu hehe kang tergolek jenuh mak jemah...

Ok pic time!!




















p/s: Insya allah da rezeki nak travel lagi… rasa hilang stress… sementara belum kahwin kan…