Yummy Cupcake -->

Friday, January 13, 2012

Announcement: Pembukaan QVioletrose Perfumaholic

Tarikh: 13/01/2012
Tempat: My own world
Mood:  yuhuu

Salam,

Ok aq nak buat pengemuman untuk semua.. walaupun kuantiti yang baca blog aq sangat sikit tapi biar lah nak announce pun kan.. aq telah membuka 'ONLINE SHOP' di FACEBOOK.. dan taktahu  nak nama kan apa so aq simply2 letak "QVioletrose Perfumaholic".. actually nak letak "Queen Violetrose Perfumaholic" tapi FB tak approve nama tu huhuhu.. SO sebab nak sangat2 letak Queen.. so just letak Q jek.. Product yang aq jual semua la perfume2 yang Gred AA dan AAA.. dimana kesemuaanya bukan la original.. Recommended kepada perfume collector, perfumaholic..and siapa2 saja nak memiliki.. Kadang2 kita suka sangat kumpul bottle yang cute2 kan.. tapi nak beli yang original mahal pula.. bukan semua banyak duit sangat2 kan.. so boleh la nak beli yang GRED AA n AAA ni.. SO rajin2 la ke


Gred AA RM52.00 + RM5.00(*postage)

miniature RM15 include postage

dan banyak lagi... so rerajin la ke FB link di atas tu okey


In future boleh la kalau nak jual cloth and beg pulak..hehe berangan...

p/s: b what u wanna b

Tuesday, January 10, 2012

Tips Lulus Test Komputer..cepat download

Tarikh: 10/01/2012
Tempat: My own world
Mood: sharing is caring

Salam,

Aq sangat excited nak ambik lesen.. tengok belum pun masuk kelas dah sempoi2 buat tips lulus komputer ekekke... sharing is caring kan.. So dalam mencari info pasal lesen kereta ni.. aq terjumpa satu blog ni.. then download ja la.. lepas dah install then try.. syok meh.. tambah2 time color blind test.. ok2 lupa nak sharing dapat kat mana.. sila rajin2 kan untuk click pada link below


credit diberi kepada owner blog

So apa tunggu lagi cepat pergi ke link tu, download and install.. practice make perfect kan.. kadang2 ni kita malas nak baca buku.. so belajar dari soalan adalah salah satu cara nak menghafal.. so chaiyok2 semua..

serius kadang2 susah sangat nak recognize apa tu




serius time first time try 23/23.. second time camna leh salah satu ni..bahaya2

cepat teka
ciss.. gagal pulak dah.. ok la tu kan 72% tak masuk kelas lagi ni hehe
After dah dapat result yang gempak gila.. boleh la nak check jawapan.. so kita boleh tahu the correct answer.. each session soalan lain2 okeyh.. So apa lagi violetrose..study!!

p/s: satu khabar hendak dikhabarkan..

Sunday, January 8, 2012

Tips Senang Bangun pagi dan pergi kerja..buat si baloq macam aku

Tarikh: 9/1/2011
Tempat: Home sweet home
Mood: oh yeah

Salam,

Well hello everyone!! Goodmorning!! What day is today?? Monday.. What time is it? 7.17 am.. Then WTH am i doing infront of my laptop..?? Oh no she's going mad?? She's got fever?? *omongan dari korang semua kan..kan..kan.. rilek2 i'm alright.. Cuma dah new year kan mest ada semangat baru.. actually kena practice dai 1/1/12 but terlajaq dah 9/1/12.. ok la dari x start langsung.. Dari semalam tak boleh tido then bangun sahur pukul 5.30 terus tak boleh tidur.. So apa lagi take shower la.. Mak pun terkejut hahaha apakah yang terjadi pada anaknya hehe... ok tak mahu bising banyak.. sekarang ni nak share some tips for you guys on how to tak baloq bangun pagi and pergi kerja/pasar/sekolah and so on muehehe.. check it out


1. Bersyukur

Apa2 dalam hidup ini kita mesti bersyukur..bersyukur.,dan bersyukur.. Bersyukur lah kita ni dipanjangkan umur masih boleh bangun untuk pergi kerja and sekolah.. bersyukur sebab kita ni ada kerja so kena la pergi kerja.. lagi better dari mereka2 yang tak dapat kerja lagi.. untuk adik2 yang kena pergi sekolah tu bersyukur lah kamu kerna masih ada yang tidak mampu pergi sekolah..

2. Pasang Alarm tone yang bingit bangat

Untuk senang bangun.. set alarm tone yang boleh buat jiran sebelah pun bangun sama.. nasib korang la nak kena apa lepas tu.. jangan pulak set alarm yang mendayu2 sambil mendodoi2 anda untuk tidur lagi.. untuk lebih better set alarm clock yang azan subuh.. so bila tiba masa korang akan dengar panggilan " sesungguhnya solat itu lebih baik dari tidur" so insaf2 la sikit kan.. boleh bangun subuh.. it's work tau.. aq guna alarm ni downlaod kat mobile9.

3. Jangan tidur selepas subuh

Dah bangun tu terus pergi mandi.. jangan manja kan diri set lagi 5minit masa tambahan.. INGAT!! ini bukan perlawanan bola.. Mandi air sejuk sekalipun rumah u all ada jakuzi.. so that saraf2 korang pun segar.. dah solat subuh jangan tidur lak sebab bila tidur u all mungkin akan kena bangun dalam sejam lebih lagi kan.. memang nikmat boleh tidur tapi elakkan sebab nanti jadi cam aq terus tak boleh bangun and mesej colleague cakap masuk lambat atau half day hehe rugi gaji.. Kan kita ada dengar tidur lepas subuh rezeki tak masuk.. so jangan tanya pasal pa rezeki duk tak dapat2 kalau duk tidur pas subuh..

4. Always motivate yourself http://www.smileycodes.info

Sentiasa la motivasi diri untuk jadi yang terbaik dari yang terbaik.. Kita tak kan temui kejayaan kalau kita tak mula dengan sesuatu.. berubah ke arah kecemerlangan diri.. Kalau orang kata u all bodoh.. prove to them that u are not.. always believe in yourself that u can do it.. walau pun korang tak suka kerja korang sekarang ingat la time mula2 korang apply kerja betapa korang harap sangat dapat.. then once dah dapat korang baloq lak..


5. Ingat Impian dan komitmen 

Pikiaq impian2 anda tu.. "bermimpi la sampai ke bintang..kalau tak sampai dapat capai langit pun dah ok" lebih kurang camni la dialog dalam drama tu hehe.. paham tak maksud dia? camni.. kalau u all berangan nak beli kereta suzuki swift tak dapat.. beli savvy pun ok hahah tiba2 lak aq ni.. Fikir impian2 anda tu nak beli kereta ka rumah ka.. or yang famous sekarang nak kahwin ke.. Kalau yang dah berumah tangga tu ingat komitmen pada keluarga..nak bagi makan apa kat anak2..hutang2 keliling pinggang lagi..


6. Blog

Agak2 dah tak tahu buat apa kalau bangun awal sangat.. nak bukak TV.. tapi ada someone tidur kat ruang tamu.. u all boleh berblogging cam aq sekarang ni.. To avoid sleep la.. tak pun on9 la FB korang ke apa ke.. Baca paper ke.. surf internet carik info2 berguna.. dan terbaik cari kerja.. apply pagi2 kat Jobstreet, Allstaff and so on.. pagi2 rezeki masyukkkk u.. hehe dan lagi afdal kalau u all buat solat dhuha.. antara amalan yang disukai Rasulullah S.A.W.. Kadang2 tu kita mengantuk sesangat kan.. bila paksa diri mata pun aiseh amat tak pretty la.. So what u can do is ambik stok timun dari peti ais korang tekap kat mata tu jangan terus terlelap dah k.. Kalau takut terlelap.. ambik ais ketul letak kat mata.. emmm gerenti fresh!!

So guys.. i do hope that some of this tips may help u guys.. and actually tips ni untuk aq la kan... si baloq yang kurang gemar dengan kerjanya sekarang,,

Hepi bangun pagi.. rasmi kemeja pink baru bersama tudung pink.. hari ni hari pink saya.. ko ada??

p/s: ok2 nak siap2 pergi kerja dah ni.. benefit bangun awal boleh siap2 comel2 ke ofis..hehehttp://www.smileycodes.info

Thursday, January 5, 2012

Saya sudah daftar Lesen..Tutti Frutti Free

Tarikh: 07/01/2011
Tempat: My own world
Mood: yippie

 Salam,

Awal2 tahun lagi sudah ku penuhi azamku untuk mengambil lesen.. tengok aq tak tipu k hehe.. Lepas jek habis kerja tadi sementara nak tunggu kedatangan kekanda dan bonda ku.. termenung mengenang nasib dan membuat perancangan hidup hehe Setelah almost 45 minute waiting.. datang dah depa.. pwehhh lama bebenor.. nasib duduk kalau berdiri kecian aq wei.http://www.smileycodes.info

Excited kemain nak daftar.. But before that call tempat tu.. Mak aii tahun lepas call cakap 720.. tahun ni 750.. naik 30 hengget..!! duit tu boleh topup hehe.. So tak mahu cakap banyak sapa suruh tak ambik awai2.http://www.smileycodes.info ok la kan 22tahun tu muda lagi la tu.. orang tu siap tanya.. baru lepas SPM er? eh, tak dah 22 dah.. dalam hati kembang berbunga2. awet muda la tu.. perghh perasan... http://www.smileycodes.info RM200 perlu dibayar untuk pendaftaran. melayang dah RM200 aq.. tak pe investment untuk future.. haa lupa nak story sejam cari pintu masuk tak jumpa2 haha
"spek cam mak datin"kata bonda
first pic for 2012!!

Next thursday or saturday kena pergi dengaq kursus undang2.. konpem kena minta cuti kan.. nak minta cuti khamis ke sabtu nyek? hehe.http://www.smileycodes.info alasan baloq nak pergi kerja..lepas tu ambik ujian komputer.. kena lulus violetrose ooii satg rugi RM35 kena bayaq lak.. tak lulus jaga ko! http://www.smileycodes.info Tadi tengok sorang mamat chinesse tu fail.. terpancar kekecewaan dimuka dia.. alahai ciannya.. aq nanti camna la ye.. lagi kecian huhu

Andai lulus.. kursus kereta perlu diambil.. time tu kena bayar RM300.. melayang lagi duit tidak!! kelas ada hari selasa/rabu/ahad.. konpem ambik Ahad tak payah ambik cuti.. then practical 3 jam lepas tu dapat la lesen L kena bayar la RM100.. seterusnya latihan 8 jam.. 2jam every training.. tiba la masa untuk ujian kelayakan. bayar RM80.. then masa ditunggu ialah ujian JPJ.. kalau lulus maka lulus la.. Lesen P akan dikeluarkan pastu kena bayar RM70.. kalau fail RM40 lagi..adoii.. So wish me luck nanti k.. http://www.smileycodes.info

Selesai mendaftar.. Kapitan QB dituju.. roti naan cheese menjadi menu.. aq serius dah jatuh cinta dengan naan cheese.. Kapitan still the best one!.. Lunch tak makan nasi makan naan cheese jek.. Lepas tu saja2 minta kat Mak and Abang kononnya nak pergi Tutti Frutti dah alang2 dekat tu.. Diterima baik oleh mereka.. yippie.. Masuk2 pilih saiz bekas.. ambik kecik punya la..yang kaler green tu.. tertera 100 GRAM = RM5.30.. ambik perisa vanilla.. Jakun mengambil topping gummy bear, smarties, chocolate chip dan marshmallow.. semuanya dalam quantity yang sikit sebab takot berat hehe.. timbang2 tengok2 290 GRAM = RM 15.35..http://www.smileycodes.info Mahai2 tak pe bukan duit kita hahhaa.. Antara perisa Blueberry, Vanilla dan Chocolate.. Vanilla la sedap.. Yang perisa lain tak rasa lagi.. untuk bagi harga dia murah.. pump sikit2 ja yogurt tu.. pastu letak topping pun sikit2 so bila kurang berat maka kurang la harga..
cair dah,,,

p/s: tak sabar nak attend kursus yang boring itu..

Monday, January 2, 2012

Winged Eyeliner..Tutorial Double Wing eyeliner

Tarikh: 2/1/2012
Tempat: Home sweet home
Mood: oh i love it

Salam,
Sorry for the too much entry.. my blog right?? hehe Ok talk about eyeliner.. I love to wear eyeliner since 2008.. but only on using pencil eyeliner and only apply it on the bottom eyes.. Then start from 2010 i've tried to wear on both upper and bottom.. i've tried using liquid eyeliner but guess what.. the liquid goes into my eyes and it so damn sore.. merah mata kiah ooii.. so i stop using it.. Gel eyeliner make the changes in me.. easy to apply and the effect is fantastic.. i can even make cat eyes a.k.a winged eyeliner.. it's not really fantastic but it's ok la.. sekarangkan ramai suka buat cat eye.. after succeed using gel eyeliner..i've tried again to use liquid eyeliner.. pwehh it's make it!! so love it.. but still not perfect but at least ok kan... So i would like to suggest some product that i found good and easy to apply..
Check this out..



a lil' bit hard for the first time user but if u try it oftenly the result would be superb..trust me

this one is superb.. because of it i love to wear eyeliner.. belajar buat winged eyeliner guna ni la dulu

superb too.. tapi baru beli dalam 2 bulan dah habis kering..

someone please teach me how to make up like this..

cantik kan..
yang ni pun macam ok jek hehe

Ok2..for tutorial.. u guys can watch the video below.. sapa lagi kalau bukan
aq memang suka tengok tutorial dia.. ok enjoy..




p/s: stok eyeliner dah nak habis sapa boleh tolong beli hehhe 

Cerita Setelah 6 Bulan..

Tarikh: 2/1/2012
Tempat: My own world
Mood: .......

Salam,

Before start reading smile... Tanpa sedar dah 6 bulan aq bekerja.. so dalam resume 6 bulan tu kira experience la gak kan.. Menjawat jawatan "Junior Management Executive" yang gah pada nama tapi tidak pada salary  wakakak... Nak buat macam mana dalam appointment letter dapat post camni.. padahal dulu aq minta kerja jadi clerk ja kot.. so gaji yang aq dapat setaraf clerk jek tapi dapat post "Junior Management Executive" after 3month keja...

Scope kerja aq? Macam aq buat dari serendah2 clerk kepada kerja2 executive..makanya sebab tu title aq ada exec kat belakang tu..Yelah kadang2 deal dengan orang2 tertentu.. mereka tak kan layan kita la kalau kita ni clerk jek.. Kena ada title exec.. Baru orang nak bercakap kan.. Syukur Alhamdulillah dapat kerja dari 1sen pun aq tak dapat every month.. Dapat pengalaman2 yang bisa membuka minda aq yang selama ni agak childish.. Dapat tahu banyak pasal dunia perniagaan.. permainan2 perniagaan.. Pengalaman baru2 ni..nak buat loan.. so i thought yang akan mai just finance consultant je la kan alah yang muda2.. Tiba2 yang mai agak tua dan siap bagi kad tertera "Branch Manager".. what?? ketaq kot cakap dengan orang2 atasan ini.. Nasib baik Shaz ada.. So aq tak face semua ni sorang2.. Pengalaman yang dapat untuk kerja ni memang banyak sangat2.. alhamdulillah aq belajar banyak.. yela budak Diploma Programming kena handle accounting lepas tu tak ada orang nak check betul ke tak.. So dalam resume dah boleh letaq "knowledge in UBS Accounting".. Dulu Ex-Admin and Finance Manager cakap 1 advantages tu belajar benda ni..

Then.. yang syukurnya.. company melayu so soal nak sembahyang tu bukan 1 prob.. kira dapat buat kewajipan jugak la.. pekerjaan itu satu ibadah jugak.. Kerja ni aq kena deal dengan bank.. Kadang2 kena speaking.. kadang2 tu tak payah pun tak apa.. So aq nak improve aq try la speaking.. tapi besa lah lidah terkelu.. cakap gagap2.. ayat berterabuq.. sampai orang tu tukaq cakap malay dengan aq.. hehe embrassing kan.. feel down pun ada jugak.. kecian kat aq.. nak ambik kelas english.. mahal bebenor lak.. bila nak terer cakap english ni... sorry to say walaupun bukan semua kadang2 manusia ni akan respect orang yang cakap english ni lebih.. maka orang2 yang tak reti sangat speaking ni akan dipandang rendah, tak dilayan sangat.. lebih kurang cam tu la..

Sekarang hanya 6 bulan lagi iaitu bulan June 2012 ni cukup setahun.. dah ada experience setahun satu advantage lagi tu untuk minta kerja lain.. Bukan tak bersyukur dengan kerja yang ada cuma aq ni lulusan Diploma.. bukan nak demanding tapi tak kan selamanya nak kerja dengan gaji taraf SPM tapi job title jek tinggi.. Then aq nak kena kumpul duit untuk tolong sara family, further study lagi nak bayar duit PTPTN lagi.. Gaji RM1500 pun dah alhamdulillah kalau dapat.. So kerja semua dah minta... Hope sangat dapat kerja GOV banyak benefit.. Gaji pun ontime tak ada la macam sekarang gaji bagi guna cheque.. bagi lak time bank dah tutup.. lagi parah kalau time public holiday.. So aq harap tahun ni dapat la kerja yang sebaiknya2 Allah bagi dekat aq..Tapi boleh ka aq bersabar untuk 6 bulan lagi.. kadang2 tu sehari pun rasa tak tahan.. Ya Allah bagi la aq kekuatan untuk hadapi semua ni..

p/s: semoga dapat kerja yang terbaik..amin..

Sunday, January 1, 2012

Dunia akan berakhir 2012?? List things to do in 2012..

Tarikh: 1/1/2012
Tempat: my new world
Mood: grow old..

Salam,

Hi! First post for the 2012...!! Umur dah 22 tahun dah.. lagi 6bulan 16 hari lagi k hehe pwehh.. tak sangka kan.. dah masuk 2012.. haha tak sangka kan... duk tak sangka apa aih.. terima jek.. ok2 Tahun ni aq nak make sure aq achieve something.. something good may happen..Amin.. Azam aq tahun lepas ada yang tersasar.. punca?? suka menangguh.. So aq dah belajar hidup ni terlalu singkat tak boleh nak tangguh2 ok! ngerti lo! hehe

Ok for this year.. i want to make changes in my life.. Yeah aq baru nak masuk alam dewasa ni.. kenal dunia yang penuh dengan kekejaman dan tipu dusta semata2...aiseh emo lak.. Let me list out erk my wish for this year.. err not wish la but nearly to "list-things-to-do".. So that i will do all of this..

A. Take License


Ok2 sila baling telur baling botol and kata boooo kat aq.. aq ngerti huhuhu..http://www.smileycodes.info Actually kan kalau ikut plan aq dulu aq sekarang ni dah ada Lesen L.. sebab ikut plan kakak aq yang last minute tak mahu ambil lesen lagi maka semuanya tertangguh.. tambah2 sifat boros aq yang membuat kan bajet terlari sikit.. Ok2 no worry my dear.. This month i'll get it okeyh promise!! Nowadays it's important to have a license.. nak minta keja pun kena ada transport.. nak ada transport kena ada lesen dulu ye tak.. kalau dah ada lesen transport tak ada apa kehe nya tu?? http://www.smileycodes.info

B. Daftar Undi


Rasanya tak terlewat untuk aq daftar undi kan.. baru 22 tahun... Disebabkan cinta aq yang tak berbelah bahagi kepada negara yang tercinta maka aq akan daftar undi dan mengundi aiseh patriotik habis.. Penting ok nak mengundi2 ni walaupun aq amat tak minat politik.. sebab semua sama ja.. tak apa nak tahu kebenaran tunggu di Padang Mashyar nanti.. Undi untuk pertahankan agama dan bangsa..

C. Saving for future


Amat la memalukan apabila sudah 6 bulan bekerja tapi saving 3 angka pun tak ada... eh ada dalam ASB.. " Yang tu time bukak punya duit.. bulan2 tak simpan ka?" masih terngiang2 leteran Mak aq yang superb haha.. So tahun ni aq akan pasti kan aq menjadi seorang yang berjimat cermat.. tolong la bagi support ok.. Nak ada simpanan untuk 3 account.. Oh ya aq nak buat planning seperti di bawah

     (i) Bank Pertama = kegunaan untuk simpanan peribadi
     (ii) Bank Kedua = kegunaan untuk simpanan peribadi
     (iii) Bank Ketiga = kegunaaan pembayaran online
     (iv) Bank Keempat = kegunaan untuk bershopping..VISA
      *nama bank dirahsiakan atas sebab2 keselamatan..ekekke macam simpana beratus ribu lak

Oh ya lupa lagi.. nak bukak tabung haji.. Si Dia cakap aq tak ada tabung haji nanti lambat daftar tak boleh nak pergi Haji dengan Si Dia..nak pergi macam mana nanti..? banyak kali dah kena berleter..ok baik2.. saya bukak tahun ini.hehe..http://www.smileycodes.info Kena simpan duit untuk further study nanti, pastu saving untuk get married 4 tahun lagi wakaka daydream... 4 tahun lama lagi tu tapi kalau nak saving kena start sekarang la yela Si Dia minta hantaran jam tag heuer.kihkihkih, nak simpan untuk nak beli kereta 1- 2 tahun lagi kot, nak bli rumah 5 tahun lagi.. haish duit2..

D. Further study in Degree


Kegagalan untuk aq sambung degree Full Time dulu aq anggap satu kelebihan yang Allah bagi kepada aq.. oit gila ka tak dapat sambung pun kelebihan ka?? rilek2 dengar dulu.. yela kalau aq sambung aq tak kan tahu yang sebenarnya aq tak boleh pergi dengan bidang IT ni.. then 1 more thing.. aq rasa better bagi aq ambik Part Time jek sebabnya dapat kumpul duit dan experience.. Susah nak keja kiah ooii kalau tak ada experience sebagaimana susahnya nak carik keja kalau tak ada transport.. So aq harap dapat la aq sambung study maybe dalam bulan 9 kot.. Kalau tak start sekarang tangguh2 nanti lagi susah..

E. Mula bayar Hutang PTPTN


seharusnya diletakkan pada kedudukan no 2 dalam list.. yela hutang tu.. hutang2 kena bayar dulu.. Kang mati seksa dalam kubur sorang2..http://www.smileycodes.info hehe peace

F. Ubati penyakit shopaholic



Aq mengalami penyakit shopaholic yang jika tidak dirawati akan bertambah teruk so aq kena mengubati secepat mungkin... Seriously have to because i've bought clothes, shawls and other that are not necessary and i dont even use it.. so as being mentioned in CLEO magazine something like this la "only buy the things that  u still want to have it after 15 days".. so guys practice this habits okeyh..

Ok hopefully semua list of things to do ni akan aq fulfill kan amin.. selain tu ada jugak azam2 yang aq rasa tak payah la aq nak beritahu pada public biar la aq sorang jek yang tahu.. kang penuh lak entry ni.. So guys let pass be the past... Start a day with joy..and always be positive..

p/s: time management is important.. manage yourself..